Skip to main content

Malaysia

Kualiti udara di Sarawak sentiasa dipantau - Najib

71441799961_PresidentUMNO.jpg
Kualiti udara di beberapa kawasan di Sarawak yang masih berada pada tahap tidak sihat akan sentiasa dipantau dari semasa ke semasa, kata Datuk Seri Najib Razak.

Dalam catatan menerusi laman Twitter dan Facebooknya malam Khamis, perdana menteri berkata beliau mengambil maklum mengenai situasi itu.

"Saya ambil maklum mengenai situasi jerebu di Sarawak, kualiti udara di kawasan seperti Kuching, Samarahan dan Sri Aman masih berada di tahap tidak sihat," katanya.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar setakat 5 petang tadi, bacaan  Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarikei merekodkan bacaan 104 berbanding pukul 1 tengah hari tadi iaitu 99. 

Tiga kawasan lain masih merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu di Samarahan (167), Sri Aman (154), dan Kuching (146).


Advertisement

Must Watch Video