awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru wanita rugi lebih RM140,000 ditipu lelaki menyamar pegawai NSRC
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga 29 Dis
Kekasih didakwa bunuh Suri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kualiti udara hampir pulih, seluruh kawasan catat IPU sederhana

Bernama
Bernama
26/09/2019
01:45 MYT
Kualiti udara hampir pulih, seluruh kawasan catat IPU sederhana
Pemandangan Menara Kuala Lumpur, Menara TRX dan Menara KLCC yang semakin jelas ketika tinjauan pada 25 Sept, 2019. --fotoBERNAMA
Kualiti udara negara hari ini hampir pulih apabila keseluruhan kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bawah 100 atau sederhana.
Berdasarkan bacaan IPU terkini di portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat 8 pagi, 66 kawasan mencatatkan kualiti udara sederhana manakala Besut, Terengganu dan Tanjung Malim, Perak berada pada tahap kualiti udara baik.
Johan Setia Klang, Selangor yang sehingga semalam masih di tahap IPU tidak sihat merekodkan peningkatan kualiti udara, apabila kali terakhir berada pada paras itu pukul 6 pagi tadi dengan bacaan 104 dan menurun kepada 89 iaitu sederhana pada 8 pagi.
Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini, meramalkan keadaan jerebu yang melanda negara sejak dua minggu lepas akan beransur pulih susulan fasa Monsun Peralihan yang bermula pada 24 Sept.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.
Untuk berita terkini berkaitan jerebu boleh layari www.bernama.com.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Besut
#Indeks Pencemaran Udara
#IPU
#jerebu
#Klang
#kualiti udara
#Malaysia
#sederhana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan