Proses kuarantin bagi 55 individu terdiri daripada warga Malaysia dan tanggungan serta bukan warganegara yang tiba di tanah air dari Tehran, Iran, pada 22 Mac, tamat selepas mereka dibenarkan pulang hari ini.
Mereka yang melibatkan 46 rakyat Malaysia serta lapan rakyat Singapura dan seorang rakyat Indonesia, yang dikuarantin selama 14 hari di Pusat Pemantauan di Akademi Audit Negara, Bandar Enstek di sini, dibenarkan berbuat demikian seawal pukul 7.30 pagi ini.
Daripada jumlah itu, 29 daripada mereka adalah lelaki dan baki 26, perempuan.
Turut dibenarkan pulang ialah Duta Besar Malaysia ke Iran Datuk Rustam Yahaya.
Menurut wakil Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), 42 individu pulang dengan diambil oleh ahli keluarga yang dibekalkan dengan surat kebenaran manakala lima yang lain dihantar ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, untuk menaiki pesawat pulang ke Kelantan dan Kedah.
Terdahulu, lapan warga Singapura adalah kumpulan awal dibenarkan pulang dengan menaiki bas yang diuruskan Kedutaan Singapura di Malaysia, manakala seorang rakyat Indonesia pulang dengan diambil oleh keluarga suami, yang juga warga tempatan.
BACA: Pesawat khas bawa pulang rakyat Malaysia dari Tehran tiba di KLIA
BACA: Speaker Parlimen Iran positif COVID-19
BACA: 79 individu dari Iran ditempatkan di pusat pemantauan
Sebelum ini, pesawat khas dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) yang digerakkan Kerajaan Malaysia membawa pulang kesemua mereka dari Iran, yang antara negara paling teruk dilanda wabak COVID-19, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada 6.34 pagi, 22 Mac.
Misi berkenaan adalah yang ketiga selepas kejayaan membawa pulang rakyat Malaysia terkandas di Wuhan, China pada 4 dan 26 Feb lepas akibat wabak itu, dengan masing-masing berjumlah 133 dan 66 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 06 2020
Seramai 79 individu terdiri daripada warga Malaysia dan bukan warganegara yang tiba di tanah air dari Tehran, Iran, 22 Mac lalu ditempatkan di Pusat Pemantauan di Bandar Enstek untuk proses kuarantin selama 14 hari. - Gambar Bernama/Fail
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Kuarantin: Duta serta 54 individu tiba dari Iran dibenarkan pulang hari ini
Proses kuarantin bagi 55 individu terdiri daripada warga Malaysia dan tanggungan serta bukan warganegara yang tiba di tanah air dari Iran, pada 22 Mac, tamat hari ini.