Kubur dirosakkan: MAIM minta penduduk Bachang bertenang

Kubur dirosakkan: MAIM minta penduduk Bachang bertenang
Keadaan salah satu kubur yang dirosakkan, dengan beberapa nisan yang dicabut. - Twitter: @fauziharmaji94
MELAKA: Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab hari ini meminta pihak yang terlibat dalam kejadian merosakkan batu nisan serta membakar kubur di Tanah Perkuburan Islam As-Syakirin, Bachang di sini malam tadi segera menyerah diri kepada pihak polis.

"Saya tidak faham kenapa ada individu sanggup berbuat demikian kerana tanah perkuburan tersebut adalah tanah wakaf dan milik orang ramai dan ianya tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Beliau berharap semua pihak termasuk penduduk kampung dan waris yang kubur keluarga mereka dirosakkan atau dibakar bertenang dan tidak mengambil tindakan mengikut emosi sebaliknya memberi ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan.
BACA: 'Seolah-olah dirancang' - Penduduk gempar temui puluhan kubur dirosakkan, dibakar

"Saya yakin bahawa pihak polis mampu menyelesaikan kes ini," katanya kepada Bernama..

Bernama melaporkan pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian tersebut yang melibatkan 20 batu nisan dirosakkan dan dua buah kubur lagi mempunyai kesan plastik dibakar malam tadi.

Menurut polis sehingga kini, belum ada sebarang tangkapan dilakukan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

-- BERNAMA

Tag: kubur, Tanah Perkuburan Islam As-Syakirin, kubur bachang, MAIM, Mohd Sofi Abdul Wahab, vandalisme, orang kampung, polis, pdrm


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.