Malaysia Hindu Sangam (MHS) mengulangi kenyataan bahawa kuil Hindu tidak boleh dibuka mahupun mengadakan upacara keagamaan semasa berlakunya fenomena gerhana bulan pada sambutan hari Thaipusam, 31 Jan ini.
Presidennya, Datuk RS Mohan Shan berkata masyarakat Hindu di seluruh dunia secara amnya berpegang teguh kepada ritual sebegini sejak dahulu kala, memandangkan impak negatif fenomena gerhana kepada mereka.
"Kebiasaannya, kuil tidak akan dibuka sepanjang tempoh gerhana dan masyarakat Hindu juga tidak digalakkan keluar rumah, bimbang akan 'gelombang negatif' yang wujud akibat gerhana," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau berkata gerhana bulan dijangka berlaku sekitar jam 7.48 malam dan berakhir 11.11 malam pada hari tersebut.
Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Kuil Devasthanam Sri Maha Mariamman pada Jumaat bahawa upacara keagamaan di Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves pada hari Thaipusam akan diteruskan, termasuk pada tempoh gerhana bulan.
Pengerusinya Tan Sri R. Nadarajah, dalam satu sidang media berkata masyarakat Hindu tidak perlu berasa was-was bagi menunaikan nazar atau sembahyang pada waktu gerhana bulan, pada hari Thaipusam itu, memandangkan satu upacara khas (parigara pooja) akan diadakan pada malam 31 Jan selepas gerhana bulan itu.
"Kebanyakan masyarakat Hindu tidak akan keluar rumah dan kebiasaannya kuil akan ditutup ketika berlakunya gerhana, namun disebabkan terdapat ramai penganut yang akan menunaikan nazar pada hari Thaipusam, kita mengambil alternatif ini," katanya.
"Parigara pooja akan dijalankan pada jam11.30 malam. Pihak pengurusan kuil telah mendapatkan nasihat daripada agamawan Hindu sebelum mengambil keputusan ini, dan diberitahu upacara keagamaan boleh dijalankan seperti biasa," katanya.
Sementara itu, beliau berkata perarakan pedati emas dan perak akan bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S.Lee, di sini pada jam 10 malam, 29 Jan dan dijangka tiba di di Batu Caves pada jam 2 petang hari berikutnya.
"Perarakan pulang pedati (perak sahaja) dari Batu Caves adalah pada 1 Feb dan akan tiba di Kuil Sri Maha Mariamman pada tengah malam hari yang sama," katanya.
Dalam pada itu, Mohan Shah menasihatkan penganut menunaikan nazar atau menjalankan upacara keagamaan sebelum jam 7.30 malam ataupun selepas 11.30 malam pada hari berkenaan, sambil menyatakan pihaknya tidak melarang penganut ke Batu Caves semasa berlakunya gerhana bulan.
Beliau berkata dua lagi lokasi utama sambutan Thaipusam di negara ini iaitu Kuil Balathandayuthapani di Goerge Town, Pulau Pinang dan Kuil Sri Subramaniya Swami di Sungai Petani, Kedah, dilaporkan akan ditutup semasa waktu gerhana bulan itu.
"Malah kuil di Singapura dan India juga dilaporkan akan mengambil langkah sama," katanya. -- Bernama
Bernama
Sat Jan 13 2018
Kuil Devasthanam Sri Maha Mariamman pada Jumaat bahawa upacara keagamaan di Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves pada hari Thaipusam akan diteruskan, termasuk pada tempoh gerhana bulan. - Gambar fail
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Cermin kereta Safiq Rahim pecah diketuk dengan tukul besi
Bekas pemain kebangsaan, Safiq Rahim, turut ditimpa malang apabila cermin kereta dipecahkan menggunakan tukul besi berdekatan pusat latihan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Perhimpunan Agung PBB mengundi Jumaat ini
Ia secara berkesan akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai berapa banyak sokongan rakyat Palestin terhadap bidaan mereka, yang telah diveto dalam Majlis Keselamatan PBB bulan lalu oleh Amerika Syarikat.
Serangan di Rafah satu kesilapan, malapetaka kemanusiaan - PBB
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa memberi amaran kepada Israel bahawa serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan strategik, bencana politik dan kemanusian.
Kehadiran Agong ke Parlimen kukuhkan lagi hubungan dua hala
Di bawah pemerintahan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Sultan Negeri Johor, hubungan negeri itu dengan Singapura semakin kukuh.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Vladimir Putin angkat sumpah sebagai Presiden bagi penggal kelima
Majlis angkat sumpah itu diadakan di Kremlin dengan diboikot Amerika Syarikat dan beberapa negara barat lain susulan perang antara Rusia-Ukraine.
Cuaca panas undang stres kalangan jemaah wanita
Dalam keadaan cuaca panas melampau dan untuk tempoh yang lama, ia boleh mengundang kepada stres atau tekanan sehingga berupaya menjejaskan kesihatan mental jemaah wanita yang menerima tawaran sebagai tetamu Allah di musim haji.
Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia BBP
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.
Usaha bersepadu penting untuk mengekang jenayah
Usaha bersepadu di kalangan agensi-agensi dari pelbagai bidang adalah penting untuk mengekalkan kerangka keselamatan global, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Kuil Hindu tidak boleh dibuka ketika fenomena gerhana - MHS
Malaysia Hindu Sangam mengulangi kenyataan bahawa kuil Hindu tidak boleh dibuka mahupun upacara keagamaan diadakan semasa berlakunya fenomena gerhana bulan pada sambutan hari Thaipusam.