Idea dan pengalaman luas Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pelbagai bidang menyebabkan Jepun memilih Perdana Menteri untuk berucap pada program Sekolah Pemimpin Masa Depan Jepun (JFLS) dan Institut Kepimpinan Kyushu-Asia (KAIL) bermula Rabu.
Dalam masa sama, Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Kennedy Jawan berkata, program-program yang diatur itu juga sekali gus mengukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara.
“Setakat ini, JFLS telah melahirkan 2,617 pelajar dan kebanyakan mereka melanjutkan pelajaran di Jepun dan luar negara.
"Penglibatan Tun Mahathir sejak 2004 melalui program ini telah memberi sumbangan yang besar dalam mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan seterusnya ke peringkat people to people,” katanya dalam sidang media bersama wartawan Malaysia di Hotel Nikko Fukuoka pada Selasa.
Malah, kata Kennedy, mesej keamanan yang sentiasa dipegang Dr Mahathir menjadikan beliau sebagai tokoh paling sesuai dan inspirasi kepada generasi muda berkenaan.
Menurut Kennedy, kehadiran Perdana Menteri ke program kepimpinan berkenaan adalah atas permintaan Jepun yang mahukan pemimpin itu memberi ucapan serta semangat kepada generasi muda yang bakal menjadi pemimpin.
“Lawatan Perdana Menteri kali ini adalah untuk memenuhi tuntutan daripada Sekolah Pemimpin Masa Depan Jepun (JFLS) di mana beliau akan memberi syarahan bertajuk Bagaimana Sains dan Teknologi Akan Menyumbang Kepada Keamanan Dunia.
"Program ini adalah kali yang ke-16 dengan penganjuran pertama pada 2004. Program ini dikhaskan juga untuk sekolah menengah Jepun terpilih. Program dilakukan selama dua minggu,” ujar beliau lagi.
Dr Mahathir dijangka tiba di Fukuoka pada Rabu dan akan berucap di Sekolah Pemimpin Masa Depan Jepun (JFLS) pada sebelah tengah hari.
Beliau juga akan dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Antarabangsa Jepun (IUJ) bertempat di Hotel Nikko Fukuoka.
Sejurus selepas itu, beliau akan melawat teamLab Future Park di Canal City Hakata.
Sementara pada hari terakhir lawatan itu, Dr Mahathir akan mengadakan pertemuan selama sejam dengan Penasihat Khas Perdana Menteri Jepun di hotel yang sama.
Sebelum berlepas pulang pada Khamis petang, Perdana Menteri akan menyampaikan syarahan bertajuk “New Dilemma In Rapidly Growing Asia” di Institut Kepimpinan Kyushu-Asia (KAIL).
Rahimah Abdullah
Tue Aug 06 2019
Menurut Kennedy, idea dan pengalaman luas Dr Mahathir dalam pelbagai bidang menyebabkan Jepun memilih Perdana Menteri untuk berucap pada program Sekolah Pemimpin Masa Depan Jepun dan Institut Kepimpinan Kyushu-Asia. - Gambar Astro AWANI
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
Insiden roda pesawat, satu daripada landasan Lapangan Terbang Fukuoka ditutup seketika
Pesawat ringan yang membawa empat penumpang dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Chofu di Tokyo pada awal hari itu.
Wanita tertua di dunia sambut ulang tahun kelahiran ke-119, harap boleh cecah usia 120 tahun
Momen indah tersebut diraikan wanita dari Jepun itu di kediamannya di Wilayah Fukuoka pada 2 Januari.
Ipoh mahu luaskan hubungan dengan bandar raya Fukuoka
Selain hubungan antara kerajaan melalui pertukaran pegawai dan pelajar, Perak mahu hubungan diperluaskan antara penduduk dengan penduduk.
Sotong hasil lakaran Tun Mahathir diabadikan di teamLab Future Park
TeamLab Future Park turut menyajikan hiburan dan pendidikan kepada kanak-kanak melalui orkestra cahaya, Sketch Town Papercraft yang menggunakan teknologi AR.