Kuota Bumiputera bagi pembelian rumah mampu milik akan dikaji semula, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
Beliau berkata, kajian dan semakan semula dasar itu akan merangkumi penyeragaman harga rumah standard bagi semua lapisan masyarakat.
"Kementerian perlu masa untuk kaji semula dan mendapatkan maklum balas daripada pihak industri dan pembeli rumah. Kita perlu tahu sebabnya, mungkin sebab faktor demografik yang berbeza di sesuatu negeri. Kita lihat ada keperluan untuk seragamkan polisi.
"Pada dasarnya, dalam kerajaan baharu ini, rakyat akan dinilai dari segi kemampuan pendapatan dan tidaklah mengenai bangsa, kalau kita tetapkan rumah mampu milik itu untuk mereka yang berpendapatan bawah RM3,000, maka kita akan gunakan garis panduan itu tidak mengira agama dan bangsa. Begitu juga dengan rumah yang berharga RM500,000," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX 2018) di Pusat Pameran Mid Valley anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) di sini hari ini.
Baru-baru ini, Presiden Rehda Datuk Ir Soam Heng Choon mencadangkan agar kerajaan menyemak semula dasar kuota Bumiputera untuk lebih telus dan menjadikannya satu mekanisme pelepasan secara automatik jika ia tidak terjual.
Sementara itu, mengulas pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap bahan binaan perumahan, Zuraida berkata selain harga rumah yang dijangka akan diturunkan, rumah mampu milik juga boleh diberi nilai tambah bagi memastikan pulangan berbaloi kepada pembeli rumah.
MAPEX 2018 yang bertemakan '#ahomeforbettertomorrow' bermula hari ini sehingga Ahad menghimpunkan 44 syarikat pemaju perumahan, antaranya Gamuda Land Sdn Bhd dan IJM Land Berhad.
Ekspo itu dijangka menarik lebih 30,000 pengunjung dengan 12,274 jumlah unit rumah ditawarkan untuk dijual.
Kemasukan adalah percuma dan dibuka dari 10 pagi hingga 9.00 malam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 12 2018
ZURAIDA: Kementerian perlu masa untuk kaji semula dan mendapatkan maklum balas daripada pihak industri dan pembeli rumah. - Gambar fail
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Adakah Freedom Flotilla ke Gaza bakal terjejas?
Perkembangan terbaru ni pastinya memberi impak kepada Misi Freedom Flotilla untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
KEB 2024 perlihat agenda perkasakan ekonomi bumiputera tanpa pinggirkan kaum lain
Memberi jaminan bahawa kepentingan kaum lain turut diberi perhatian, Ahmad Zahid berkata mereka juga diberi pelbagai bantuan kerajaan.
PN adalah parti masa depan untuk Malaysia - Muhyiddin
Dasar yang mereka bawa adalah sesuai dengan jati diri dan identiti Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dengan masyarakat Bumiputera sebagai penduduk majoriti.
Yakin Kerajaan Perpaduan komited bantu Bumiputera Sabah - Hajiji Noor
Sabah mempunyai aspirasi tinggi bersama rakyat Malaysia menikmati kemakmuran dan kemajuan ekonomi negara.
Kerajaan tidak pertahan badan agensi curang, terlibat projek tidak manfaat Bumiputera
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Madani tidak akan mempertahan mana-mana badan agensi Kerajaan yang curang.
Kerajaan Sarawak tekad hapus isu kemiskinan rakyat
Kerajaan Sarawak nekad meningkatkan sosio ekonomi serta menghapuskan kemiskinan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang.
Tabung pecutan transformasi bumiputera bantu lonjak syarikat ke tahap tinggi
Tabung itu antara cadangan dikemukakan 970 peserta sepanjang sesi libat urus kumpulan Daya Saing Perusahaan Bumiputera sempena KEB.
Syor penubuhan Pusat Kajian Pembangunan Bumiputera
Pusat itu bertujuan membangunkan pangkalan data Bumiputera, menjalankan kajian, mewujudkan pelantar perbincangan dan advokasi polisi.
'Kongres Ekonomi Bumiputera tidak harus dipolemik' - Asyraf Wajdi
Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) tidak harus dilihat sebagai salah satu langkah untuk menafikan hak bukan bumiputera.
Perkara 153: Tak perlu bincang, sedia ada dalam Perlembagaan - PM Anwar
Beliau menjelaskan, tindakan itu termasuk Perkara 153 melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum bumiptera di Sabah dan Sarawak.
Pertumbuhan baharu Bumiputera perlu dikenal pasti - PM Anwar
Kerajaan MADANI bertekad untuk memperkukuh agenda Bumiputera yang akan memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat, bukan hanya kumpulan tertentu sahaja.