Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersetuju menangguhkan kutipan tol di Lebuhraya Pantai Timur (LPT2) yang sepatutnya bermula Jun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Rosli Othman berkata penangguhan itu berkuat kuasa hingga Hari Raya Aidilfitri.
Rosli berkata, permohonan penangguhan itu dibuat kerajaan negeri Terengganu bagi meringankan beban rakyat dan memberi peluang kepada pengguna untuk menikmati tol percuma dalam tempoh berkenaan.
Ia juga sebagai hadiah kepada rakyat Terengganu yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti sekolah, dan perayaan Aidilfitri.
"Kita faham, bila musim perayaan, ramai yang akan menggunakan lebuh raya ini untuk balik kampung. Mereka dari luar Terengganu akan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 untuk ke destinasi Kemaman, Dungun dan Kuala Terengganu.
"Di samping itu, pengguna yang berasal dari Kelantan juga akan menggunakan kemudahan ini," kata Rosli.
Menurutnya, pengurusan membabitkan kutipan tol antara LLM, Jabatan Kerja Raya dan pihak konsesi sudah diselesaikan.
Pihak konsesi juga telah menempatkan kakitangannya di sepanjang lebuh raya bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.
Hentian Rehat dan Rawat yang sebelum ini kosong juga sudah mula beroperasi sepenuhnya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian bantuan persediaan bagi kemasukan matrikulasi dan diploma semester satu di Kerteh, Kemaman.
Astro Awani
Tue May 31 2016
Permohonan penangguhan itu dibuat kerajaan negeri Terengganu bagi meringankan beban rakyat dan memberi peluang kepada pengguna untuk menikmati tol percuma dalam tempoh berkenaan. -Gambar hiasan
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kutipan tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 ditangguh hingga Aidilfitri
Permohonan penangguhan itu dibuat kerajaan negeri Terengganu bagi meringankan beban rakyat dan memberi peluang kepada pengguna untuk menikmati tol percuma dalam tempoh berkenaan.