DALAM menyantuni golongan kurang berkemampuan di bulan Ramadan, Kumpulan Wang Pesaraan (Diperbadankan) (KWAP) menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) mengambil inisiatif untuk memberi sumbangan kepada anak-anak yatim dan golongan asnaf di Masjid Seri Putra, Bangi, Selangor.
Edaran bubur lambuk juga dilakukan pada masa yang sama untuk semua tetamu dan penduduk setempat.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Syed Hamadah Syed Othman, selain berperanan menguruskan dana pesara kerajaan, KWAP juga menggalakkan hubungan golongan pesara dalam aktiviti produktif dan sosial yang lain.
"Walaupun tidak banyak, walaupun sedikit, ia tetap juga membantu golongan yang memerlukan.
"Tambah lagi, kita kini berada di penghujung bulan Ramadan. Dengan bantuan yang tidak seberapa ini diharap dapat lah membantu sedikit sebanyak kepada golongan-golongan yang kami kasihi," katanya ketika ditemui pada sesi penyerahan bantuan program Ihya Ramadan di masjid berkenaan baru-baru ini.
Program Ihya Ramadan itu diharap turut menyemai amalan bersedekah serta melahirkan rasa simpati kepada golongan kurang berkemampuan dalam kalangan kakitangannya.
Pengagihan bubur lambuk juga dibuat oleh 40 kakitangan KWAP dan ahli jawatankuasa masjid yang menyertai program tanggungjawab korporat tersebut.
Selain daripada program Ihya Ramadan, KWAP juga telah memperluaskan lagi program tanggungjawab korporatnya dengan mengadakan aktiviti, melawat dan menyumbang kepada anak-anak yatim dari Rumah Kesayangan (RUKESA) dan orang-orang tua Rumah Ehsan di Kuala Kubu Bharu sebagai persiapan sempena Hari Raya Aidilfitri.
Astro Awani
Tue Jun 04 2019
Edaran bubur lambur oleh Kumpulan Wang Pesaraan (Diperbadankan) sebagai tanda berkongsi rezeki dan kemakmuran. - Gambar Astro AWANI
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Anak muda kongsi rezeki masak bubur lambuk guna kayu api
Sekumpulan anak muda dari Pertubuhan Warga Cakna membanting tenaga dengan bergotong-royong menyiapkan bubur lambuk untuk diagihkan sebagai juadah berbuka di sekitar Jitra.
Bubur kanji, air halia Masjid Pulau Timbul tarikan sepanjang Ramadan
Ia dianggap mempunyai tarikan tersendiri kerana dimasak menggunakan kawah dan periuk tembaga yang dikatakan dibawa pedagang India.
Bubur lambuk ayam belanda menu istimewa Kampung Parit Sikom
Penduduk Kampung Parit Sikom Pontian menggunakan ayam belanda sebagai bahan utama dalam pembuatan bubur lambuk.
Hampir 10,000 sertai Majlis Iftar MADANI bersama PM sempena Nuzul al-Quran
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama hampir 10,000 orang bersempena cuti Nuzul al-Quran di Dataran Putra di sini.
KPN agih lebih 600,000 pek bubur lambuk serentak di seluruh negara
Lebih 600,000 pek bubur lambuk disalurkan serentak di seluruh negara melalui Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan dan Sungkei Perdana 2024 anjuran Kementerian Perpadaduan Negara.
Bubur lambuk 'salted egg' mama, infak sempena Ramadan
Bubur lambuk juga tidak ketinggalan melalui pelbagai perubahan dan versi telur masin antara kelainan yang jarang kedengaran.
Masjid Jamek Kampung Baru sedia 4,000 bubur lambuk sehari
Peningkatan harga barangan tidak menghalang pihak pengurusan Masjid Jamek Kampung Baru di sini daripada meneruskan tradisi menyediakan bubur lambuk sepanjang Ramadan.
Program Gerak Rahmah edar 300,000 bekas bubur lambuk
Program itu melibatkan penyertaan lebih 3,000 kawasan rukun tetangga (KRT) atau 40 peratus daripada keseluruhan KRT di seluruh negara.
Tradisi memasak bubur lambuk kambing diteruskan
Tradisi memasak bubur lambuk kambing diteruskan
Program Harapan Ramadan: CIMB agih 200 kotak makanan kepada keluarga kurang berkemampuan
Ia bertujuan membawa impak yang bermakna kepada masyarakat sekeliling dan memberi keceriaan kepada penerima pada Ramadan serta Syawal yang bakal menjelang tiba.