awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi kes kucing mati dimasuk dalam mesin dobi pakaian

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
12/07/2020
11:39 MYT
Lagi kes kucing mati dimasuk dalam mesin dobi pakaian
Arie Dwi berkata, ini kejadian kedua pembunuhan kucing di mesin pembasuh baju di kedai dobi. - Foto Ihsan Animal Malaysia
Tiga ekor kucing mati selepas disumbat ke dalam mesin basuh layan diri, di sebuah kedai dobi 24 jam di Desa Aman Puri, Kepong di sini.
Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), Arie Dwi Andika berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi dan disedari orang awam sekitar pukul 9 pagi tadi.
"Ini kejadian kedua pembunuhan melibatkan mesin dobi tetapi dimasukkan ke dalam mesin pembasuh baju.
"Saksi kemudiannya menghubungi persatuan sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Desa Jaya, Kepong," katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.
Pada September tahun lepas, kes penderaan haiwan melibatkan seekor kucing ditemukan mati dalam mesin pengering di kedai dobi Taman Gombak Ria, Selangor.
Dalam pada itu, Arie Dwi menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelaku dan dikenakan hukuman setimpal.
"Saksi yang mendakwa melihat kejadian dan pemilik kedai dobi yang memiliki rakaman cctv digesa sama-sama laporkan kejadian kepada pihak polis dan seterusnya panjangkan laporan ke pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS).
"Animal Malaysia mahu kes ini disisasat di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 dengan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda maksimum RM100,000.00 terhadap pelaku di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015," tegasnya.
Topic Berkaitan
#2015
#Astro
#Astro Awani
#bunuh kucing
#CCTV
#haiwan
#kejam
#kucing
#Malaysia
#mati
#pencinta haiwan
#penjara
#polis
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan