Lagi tragedi Hari Raya pertama, enam cedera tiga kereta bertembung

Lagi tragedi Hari Raya pertama, enam cedera tiga kereta bertembung
Enam orang cedera dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kereta di Jalan Taiping - Kuala Kangsar. - Foto ihsan JBPM
BUKIT GANTANG: Walau pelbagai kempen keselamatan jalan raya dianjurkan agensi penguatkuasaan, namun kemalangan bagai tidak ada noktahnya.

Bermula awal pagi Syawal, hingga hampir penghunjung hari pertama, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak bertungkus lumus menyelamatkan mangsa kemalangan.

Terbaharu, enam orang cedera dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kereta di Jalan Taiping - Kuala Kangsar, berhampiran Bukit Gantang, di sini.

Menurut jurucakap JBPM Negeri Perak, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 9.09 Rabu malam.

“Setibanya ditempat kejadian, anggota mendapati kemalangan melibatkan tiga buah kereta bertembung dan terdapat enam mangsa dilokasi.

“Kesemua mangsa dikeluarkan oleh anggota dan dibantu oleh orang awam, kemudian menghantar mereka ke hospital menggunakan EMRS dan ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Mangsa terdiri daripada dua lelaki dan empat perempuan, seorang daripadanya kanak-kanak perempuan.





Tag: kemalangan, cedera, JBPM, EMRS



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.