awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi video 'semburit' tersebar, SKMM gesa buat laporan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
05/09/2019
07:52 MYT
Lagi video 'semburit' tersebar, SKMM gesa buat laporan
Menurut Pengerusi SKMM, Al-Ishsal Ishak (gambar), orang ramai boleh tangkap skrin (screenshot) penghantar kandungan berunsur lucah itu dan salurkan laporan kepada pihak SKMM untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut. - Foto Fail
Mana-mana individu yang menerima kandungan lucah termasuk 'video semburit' menerusi dalam talian disaran membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Pengerusi SKMM, Al-Ishsal Ishak berkata tindakan itu membolehkan pihaknya meneruskan siasatan terhadap aktiviti-aktiviti perkongsian kandungan lucah.
Menurutnya, orang ramai boleh tangkap skrin (screenshot) penghantar kandungan berunsur lucah itu dan salurkan laporan kepada pihaknya untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.
"Kami akan mulakan proses (siasatan) secara dalaman termasuk kerjasama dengan PDRM. Rangka kerja kami berteraskan aduan.
"Jadi kami terima aduan daripada orang ramai dan pihak-pihak lain. Kami akan proses aduan tersebut secepat mungkin kerana kami mempunyai pasukan yang bertugas hampir 24 jam sehari, tujuh hari seminggu," katanya ketika ditemui media pada Khamis.
Jelasnya, pihaknya kini telah memperkukuh jalinan kerjasama siasatan dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, PDRM serta Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).
Beliau sebelum itu menyampaikan taklimat media berhubung Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) di ibu pejabat SKMM di sini hari ini.
Al-Ishsal berkata demikian sebagai respon daripada tindakan seorang individu membuka satu kumpulan mesej (group chat) menerusi aplikasi Whatsapp awal pagi tadi.
Individu tersebut bertindak memasukkan hampir 200 pengguna aplikasi Whatsapp yang rata-ratanya petugas media sebelum berkongsi beberapa potongan video berunsur lucah yang sebelum ini pernah tular.
Anda boleh malaporkan isu-isu berkaitan jenayah siber terus kepada SKMM melalui:
i) Aplikasi WhatsApp di talian 016 220 6262; ataupun ii) E-mel kepada [email protected].
Ini respon yang kami (wakil media) terima daripada Pengerusi @SKMM_MCMC Al-Ishsal Ishak. @501Awani pic.twitter.com/As4FA5H1as
— Harits Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) September 5, 2019
Topic Berkaitan
#jenayah
#jenayah siber
#kandungan lucah
#keselamatan
#MCMC
#NACSA
#PDRM
#siasatan
#SKMM
#video lucah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan