awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan LRT Ampang bertukar, penumpang mengamuk akibat sesak

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
18/07/2016
04:45 MYT
Laluan LRT Ampang bertukar, penumpang mengamuk akibat sesak
Para penumpang terpaksa menunggu lama ketibaan tren di beberapa stesen LRT pagi ini - Foto Facebook/Nor Wink
Bermula Ahad, para penumpang RapidKL Laluan Ampang perlu menukar tren di stesen Chan Sow Lin untuk meneruskan perjalanan sama ada menghala ke Sentul Timur atau Putra Heights.
Perubahan ini bagaimanapun tidak disambut baik oleh para penumpang, lebih-lebih lagi selepas kesesakan teruk berlaku pagi ini.
Kebanyakan penumpang merungut di media sosial berkenaan kesesakan melampau di beberapa stesen seperti Chan Sow Lin.
Kesesakan tersebut didakwa berpunca daripada kekerapan tren yang rendah berikutan penggunaan tren model baharu di laluan Putra Heights dan model lama di laluan Ampang.
Serious ah setiap pagi nak kena hadap ni? #LRTAmpang pic.twitter.com/CI9IjjILU8
— tïgër (@geefarisha) July 18, 2016
Aku rasa sistem lrt yang baru ni serabut betul. Lambat.
— Hussaini (@azwan_hussaini) July 17, 2016
The new STAR LRT route are not that efficient. Fix it guys. Seriously. I was late today because of that. /p>— ↭ (@MinHyo311) July 18, 2016
Pengumuman laluan baharu oleh RapidKL - Foto Facebook/RapidKL
Pengumuman laluan baharu oleh RapidKL - Foto Facebook/RapidKL
Penumpang beri cadangan
Beberapa netizen turut memberi beberapa cadangan untuk mengatasi masalah tersebut di laman Facebook rasmi RapidKL.
Rosmawati Mohd Sidik mencadangkan laluan lama dikembalikan bagi membolehkan penumpang dari Ampang terus ke Sentul Timur tanpa perlu bertukar di stesen Chan Sow Lin.
Dennis Tay pula bersetuju dengan pengenalan laluan baharu namun mahu RapidKL mempertingkat kekerapan tren bagi mengelakkan penumpang menunggu lama.
“Boleh tingkatkan kekerapan kepada 2.5 minit berbanding tiga minit sekarang. Ini bermakna, dalam sejam akan ada 24 tren berbanding 20. Gunakan empat tren yang lebih ini untuk menampung penumpang di Chan Sow Lin,” tambah Dennis.
Salah seorang penumpang, Fadli Al-Akiti mencadangkan agar RapidKL menggilirkan penggunaan tren baharu dan lama seperti yang dilakukan di Laluan Kelana Jaya jika bilangan tren tidak mencukupi.
"RapidKL boleh tangguhkan terlebih dahulu pengenalan laluan baharu ini sehingga pembinaan MRT di Maluri selesai supaya pengguna ada pilihan pada waktu puncak," ujar Fadli.
Dalam komen di laman Facebook rasmi RapidKL, syarikat berkenaan menjelaskan kelewatan berpunca daripada gangguan bekalan kuasa di salah sebuah stesen.
Topic Berkaitan
#Kini Trending
#laluan Ampang
#LRT
#RapidKL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan