awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan masuk dibuka, semua rakyat Malaysia boleh ke Sabah

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
02/06/2020
07:55 MYT
Laluan masuk dibuka, semua rakyat Malaysia boleh ke Sabah
Sabah membenarkan kemasukan ke negeri itu menerusi semua laluan yang berkuat kuasa hari ini.
Sabah membenarkan kemasukan ke negeri itu menerusi semua laluan yang berkuat kuasa hari ini.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kebenaran itu sah untuk penjawat awam, pekerja sektor swasta, warga Malaysia termasuk rakyat Sabah yang berada di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.
Tambahnya, kerajaan negeri turut bersetuju untuk mengecualikan mereka daripada menjalani kuarantin sebaik sahaja tiba di negeri ini dengan syarat telah melakukan ujian COVID-19 di tempat atau negeri masing-masing dalam tempoh tiga hari sebelum masuk ke Sabah serta disahkan negatif.
"Malah surat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hendaklah dikemukakan setiba sahaja di negeri ini," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
Menurut Mohd Shafie, pihaknya turut mengalu-alukan semua warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sarawak dan Labuan ke Sabah untuk menginap di hotel-hotel yang telah beroperasi sejak 10 Mei lalu.
"Bagi maksud warganegara bukan rakyat Sabah dan pelancong diwajibkan untuk mengemukakan pas kerja dan pas-pas lain yang masih sah ketika tiba di negeri ini," katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kebenaran masuk
#Ketua Menteri Sabah
#Labuan
#laluan masuk
#masuk ke Sabah
#Mohd Shafie Apdal
#Sabah
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan