awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lambang ikonik pelancongan Sarawak, Tusan Cliff runtuh

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
22/02/2020
04:48 MYT
Lambang ikonik pelancongan Sarawak, Tusan Cliff runtuh
Gambar selepas runtuhan (atas) dan gambar sebelum runtuhan struktur (bawah) Tusan Cliff yang menjadi ikon pelancongan Sarawak. -Gambar Facebook Lukanisman
Tarikan pelancongan Sarawak, Tusan Cliff di Pantai Trusan, Bekenu, Miri dilaporkan runtuh pada malam tadi.
Perkara tersebut turut disahkan oleh Ahli Parlimen Sibuti, Luka Nis Man Awang Sauni melalui laman Facebook beliau pada pagi Sabtu.
“Saya amat bersedih atas kehilang ikon Tusan yang menjadi tarikan pengunjung selama ini. Kejadian berlaku pada malam tadi dan saya ingin mendapatkan penerangan daripada pihak berkuasa,” katanya.
Tusan Cliff mempunyai reka bentuk unik kerana strukturnya menyerupai kepala kuda seakan-akan sedang minum air.
Sejak diketahui umum sejak beberapa tahun lalu, pantai tersebut terus terkenal dan menerima pelawat serta pelancong dari dalam dan luar negara selain menjadi tumpuan untuk dijadikan lokasi penggambaran.
Selain dari lambang ikonik tersebut, Pantai Tusan turut terkenal dengan fenomena ‘Blue Tears’.
“Terasa satu kehilangan keindahan semula jadi yang sukar untuk diganti dan proses terbentuk ikonik Drinking Horse tusan ini memakan masa puluhan tahun,” jelas Luka Nis Man.
Bagaimanapun, punca kejadian itu masih belum dikenal pasti.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#AWANI Sarawak
#Pantai Tusan
#Pelancongan Sarawak
#Tusan Cliff Drinking Horse
#Tusan Cliff Runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan