Tutup

Landasan 'Runway 3' di KLIA akan dinaik taraf bermula esok - MAHB

Landasan 'Runway 3' di KLIA akan dinaik taraf bermula esok - MAHB
Raja Azmi berkata Runway 3 akan mengikut kombinasi separa dan sebelah malam, bagi tempoh sembilan bulan setengah akan datang sehingga 15 Julai, 2020. - Foto BERNAMA
SEPANG: Landasan 'Runway 3' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini akan menjalani proses pembaikan bermula esok, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Raja Azmi Raja Nazuddin.

Dalam satu kenyataan hari ini katanya, sebagaimana yang diumumkan pada bulan September tahun lepas, kerja-kerja pembaikan akan dibuat mengikut perancangan yang telah diperjelaskan dalam Pelan Induk Kelangsungan Landasan lapangan terbang itu.
Beliau berkata Runway 3 akan mengikut kombinasi separa dan sebelah malam, bagi tempoh sembilan bulan setengah akan datang sehingga 15 Julai, 2020.

"Pasukan kami telah mengambil semua langkah yang perlu untuk memaklumkan semua pihak yang terlibat sebelum ini khususnya rakan-rakan syarikat penerbangan bagi memastikan perjalanan para penumpang berjalan lancar sepanjang kerja-kerja pembaikan dijalankan, di samping memastikan operasi dan pengurusan syarikat-syarikat penerbangan tidak terjejas," katanya.
Katanya, aktiviti pembaikan itu melibatkan penurapan permukaan landasan untuk mengatasi masalah pada masa hadapan seperti kekasaran penurapan lapangan terbang yang dikesan menerusi analisis Indeks Boeing Bump yang dilakukan tahun lepas.

-- BERNAMA


Tag: Runway 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA, pembaikan bermula, Malaysia Airports Holdings Bhd, MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.