awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langgar PKPB: 29 pengunjung pub didenda RM1,000 setiap seorang

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
29/05/2020
06:27 MYT
Langgar PKPB: 29 pengunjung pub didenda RM1,000 setiap seorang
Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pusat hiburan di Jalan Lau Ek Ching, di sini, kira-kira jam 9.30 malam, 26 Mei lalu. - Astro AWANI
Seramai 29 individu termasuk tiga wanita didenda RM1,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana berhibur di sebuah pub, Selasa lalu.
Kesemua mereka yang berumur antara 19 dan 36 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan serentak di hadapan Majistret Umzarul An Nur Umar.
Turut dijatuhi hukuman yang sama ialah pemilik pusat hiburan yang terlibat.
Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pusat hiburan di Jalan Lau Ek Ching, di sini, kira-kira jam 9.30 malam, 26 Mei lalu.
Mereka didakwa melanggar Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 kerana terlibat dalam perhimpunan bagi maksud bersosial yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksima RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Pemilik pusat hiburan pula didakwa melanggar Peraturan 3 di bawah Peraturan-Peraturan yang sama kerana menganjurkan aktiviti perniagaan ketika PKPB.
Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara tiga bulan terhadap kesemua mereka sekiranya gagal membayar denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K. Darinee.
Dua puluh lapan pengunjung dan pemilik pusat hiburan diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) G Harbhajan Singh sementara seorang lagi tertuduh diwakili peguam Lau Chee Foon.
Topic Berkaitan
#aktiviti perniagaan
#COVID-19
#denda
#Ipoh
#langgar pkpb
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#pemilik pusat hiburan
#pengunjung
#penjara
#perhimpunan
#PKPB
#pusat hiburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan