Gerakan Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram) mengucap tahniah kepada kerajaan kerana mengenakan moratorium ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang selama tiga bulan bermula 15 Januari ini.
Pengerusinya, Ali Akbar Othman berkata, tindakan itu tepat pada masanya dalam keadaan segala langkah untuk mengurangkan pencemaran berikutan aktiviti itu sebelum ini yang menemui jalan buntu.
"Cuma lagi rakyat mahu mengetahui adakah tempoh tiga bulan itu juga akan digunakan untuk membaiki infrastruktur yang telah banyak rosak dan tercemar berikutan kegiatan itu.
Ini termasuk membaiki kembali jalan-jalan raya serta mencuci papan-papan tanda yang telah berubah warna menjadi merah sebelum ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Ali, Geram yang mewakili suara rakyat berhubung isu itu sebenarnya sama sekali tidak pernah menentang perlombongan itu jika sekiranya ia mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang sewajarnya.
"Kita mahukan satu SOP baru diperkenalkan dan dikuatkuasakan. Ia juga perlu dihebahkan kepada umum melalui media masa supaya senang untuk rakyat melaporkan sebarang masalah jika pengusaha yang terlibat tidak mengikut SOP yang ditetapkan itu," katanya.
SOP itu katanya perlu bermula daripada proses pemberian permit, kerja-kerja pengorekan bauksit, pengangkutan sehingga kepada kerja-kerja pemunggahan bahan mineral itu ke atas kapal.
Dalam masa yang sama , beliau turut mencadangkan kepada kerajaan supaya mewujudkan 'hotline' khas berkaitan perkara itu bagi memudahkan rakyat mengemukakan sebarang aduan yang berkenaan.
Selain itu, Penaksiran Kesan Persekitaran (EIA) juga perlu dilakukan di kawasan-kawasan perlombongan tidak kira keluasannya untuk memastikan ia tidak menimbulkan kesan pencemaran kepada alam sekitar.
Sementara itu Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berharap kerajaan dapat mempertimbangkan untuk menghentikan terus aktiviti berkenaan di Pahang.
"Ini kerana kita telah dapat lihat dengan jelas kesan pencemaran yang teruk diakibatkan oleh aktiviti perlombongan ini, bukan sahaja jalan raya serta pokok-pokok bertukar menjadi merah, malah ia turut mencemarkan punca air minuman penduduk yang sekali gus boleh mendatangkan risiko kesihatan.
Jadi kalau boleh kita memohon kepada kerajaan agar menghentikan terus aktiviti ini, kita mahukan Pahang kembali menjadi makmur dengan pemandangan yang alam sekitar yang menghijau," katanya.
Bernama
Wed Jan 06 2016
Pengerusi Geram, Ali Akbar Othman berkata, tindakan itu tepat pada masanya dalam keadaan segala langkah untuk mengurangkan pencemaran berikutan aktiviti itu sebelum ini yang menemui jalan buntu. - Gambar fail
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Lynas nafi ada kaitan dengan video tongkang muatan bauksit tenggelam
Kejadian itu bukannya berlaku di Malaysia dan bahan yang terkandung dalam tongkang itu adalah bijih nikel, dan bukan bauksit.
Bauksit: Cari 'kelompongan' dalam SOP baharu sepanjang tempoh percubaan
Tempoh percubaan itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi mencari jika masih ada 'kelompongan' yang perlu dibaiki.
Pahang mungkin jadi tapak pelupusan sisa Lynas - Dr Mahathir
Pahang mungkin dipilih menjadi lokasi tempat pembuangan sisa Lynas jika ia diputuskan selamat oleh pakar, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jumlah pembuangan pekerja menerusi skim VSS antara isu Dewan Rakyat hari ini
Datuk Seri Mustapa Mohamed mahukan penjelasan daripada Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran tentang peluang pekerjaan yang disediakan kepada mereka yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan.
Nasib peneroka terlibat perlombongan bauksit jadi persoalan
Kebanyakan peneroka mahukan kerajaan membenarkan semula aktiviti tersebut diteruskan dalam tempoh terdekat.
Bauksit: Penduduk harap mimpi buruk tidak berulang dengan SOP baharu
Kerungsingan berkaitan debu merah juga menyelubungi peniaga kerana kedai makan yang diusahakan sejak 14 tahun lalu terletak di laluan lori bauksit.
Permaisuri Agong tunjuk bakat reka corak baju guna bauksit
Jika dua hari lalu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar mendedahkan baginda memiliki baju kurung daripada kain Tenun Diraja Pahang bauksit, har
Saya ada tenun 'bauksit' - Permaisuri Agong
Tunku Azizah bertitah kain tersebut 'diilhamkan' apabila baginda dituduh oleh segelintir pihak kononnya baginda terlibat dalam perlombongan bauksit.
Pengusaha bauksit mahu kerajaan tarik balik moratorium
20 pelombong berdaftar di bawah PPMNP berharap kerajaan dapat membuat pertimbangan memandangkan banyak pihak dalam industri itu menanggung kerugian.
Johor pertahan beri air percuma kepada golongan berpendapatan rendah
Beliau menegaskan usaha itu dibuat setelah mengambil kira kemampuan Kerajaan Negeri serta ingin memenuhi manifesto Pakatan Harapan dan membantu rakyat berpendapatan rendah.