awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
xAI perkenal Grok untuk perniagaan dan perusahaan
Malaysia kecam sekeras-kerasnya tindakan Israel larang operasi organisasi bantuan kemanusiaan di Gaza
Gempa bumi sederhana landa Laut Banda, Indonesia dan Rantau Kepulauan Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langkawi terima kad hijau, kekalkan status Global Geopark kali ketiga

Bernama
Bernama
08/10/2019
01:16 MYT
Langkawi terima kad hijau, kekalkan status Global Geopark kali ketiga
UNESCO Global Geopark berpuas hati dengan pelaksanaan konsep geopark di Langkawi. -Gambar fail
Proses revalidasi Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) yang dijalankan Ogos lepas, menyaksikan pulau ini berjaya diberikan kad hijau seterusnya mengekalkan status itu buat kali ketiga.
Ketika mengumumkan berita gembira itu, Ketua Pegawai Eksekutif Langkawi (LADA) Dr Hezri Adnan berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut oleh UNESCO Global Geopark kira-kira seminggu lalu.
"Kita baru terima keputusan tidak rasmi daripada UNESCO Global Geopark menerusi pekeliling dan turut dipaparkan di laman web mereka yang Langkawi tersenarai sebagai antara satu geopark yang diberikan kad hijau.
"Keputusan rasmi hanya akan dikeluarkan pada April 2020 namun kita dimaklumkan sudah boleh berkongsi berita baik ini dengan seluruh penduduk Langkawi dan Malaysia," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Makan Malam Regional Course UNESCO Global Geopark 2019 di Ombak Villa, di sini malam tadi.
Turut hadir Naib Presiden Rangkaian Geopark Global UNESCO, Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo.
Mengulas lanjut, Hezri berkata berdasarkan maklumat awal yang diterima, UNESCO Global Geopark berpuas hati dengan pelaksanaan konsep geopark di Langkawi.
"Kalau dilihat komen yang diberikan oleh UNESCO Global Geopark memang lebih baik berbanding apa yang diterima pada 2015, maksudnya kita telah ada beberapa penambahbaikan yang diiktiraf mereka," katanya.
Sebagai rekod, proses revalidasi status LUGGp telah dijalankan oleh dua pakar Dr Kirstin Lemon dari Ireland dan Sigurdur Sigursveinsson dari Iceland selama lima hari bermula 7 hingga 11 Ogos lepas.
Langkawi diisytihar sebagai sebuah Geopark oleh Global Geopark Network (GGN) yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1 Jun 2007.
Status itu bagaimanapun tertakluk kepada penilaian semula yang dilaksanakan setiap empat tahun, sekali gus meletakkannya sebagai geopark pertama di rantau Asia Tenggara.
Pulau pelancongan bebas cukai ini berjaya mengekalkan status ini untuk dua proses penilaian semula yang telah dijalankan pada tahun 2011 dan 2015.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hezri Adnan
#Ibrahim Komoo
#kad hijau
#LUGGp
#revalidasi Langkawi
#Unesco
#UNESCO Global Geopark
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan