Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Lanjutkan PKP sehingga selepas Aidilfitri - AMM

Lanjutkan PKP sehingga selepas Aidilfitri - AMM
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan perlu dilanjutkan sehingga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, gesa Akademi Perubatan Malaysia.
KUALA LUMPUR: Akademi Perubatan Malaysia (AMM) menggesa kerajaan supaya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam satu kenyataan, AMM berkata, pergerakan dari negeri ke negeri akan meningkat apabila masyarakat pulang ke kampung secara beramai-ramai untuk sambutan perayaan sekali gus memburukkan lagi penyebaran wabak COVID-19.

"Apabila ramai yang balik kampung, ia akan memberi risiko penyebaran virus terutamanya kepada orang tua.

"Penjarakan sosial di hentian serta kawasan rehat dan rawat sepanjang lebuh raya juga berisiko untuk gagal," katanya dalam satu kenyataan.
Memetik kenyataan itu lagi, pihaknya memahami keinginan masyarakat untuk meluangkan masa bersama sanak-saudara sempena hari raya, namun dalam mendepani wabak ini, penjarakan sosial perlu terus dilakukan sehinggalah vaksin baharu ditemui.

“Disebabkan pandemik COVID-19, penjarakan sosial perlu menjadi norma baharu sekurang-kurangnya untuk satu tempoh waktu sehingga keadaan menjadi terkawal.
“Untuk tahun ini, sekurang-kurangnya perlu ada kawalan, pemantauan atau mungkin haramkan perhimpunan sama ada perhimpunan Ramadan, Aidilfitri atau Haji,” katanya.
BACA: COVID-19: Angka jangkitan kini melebihi 1.5 juta di seluruh dunia


Tambah AMM lagi, penarikan balik PKP atau penguatkuasaan yang terlalu longgar akan mensia-siakan kebaikan yang telah dicapai dalam tempoh empat minggu PKP dilaksanakan.

“Perang melawan COVID-19 masih jauh lagi, banyak pengorbanan yang telah dan akan terus dilakukan dalam tahun ini,” katanya.

Akademi itu turut yang mengingatkan hal sama terhadap Pesta Kaamatan pada 30 Mei di Sabah dan Hari Gawai yang akan disambut pada 1 Jun di Sarawak.


Tag: Perintah Kawalan Pergerakan, PKP, Ramadan, Sambutan Hari Raya Aidilfitri, koronavirus, COVID19, hari raya, lanjutan PKP



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.