Seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan kelucahan terlampau terhadap tiga tahanan lelaki bawah umur, dua minggu lalu.
Lans Koperal Mohd Khairul Hisam Azis, 31, mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu selepas ia dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som.
Mohd Khairul didakwa melakukan kelucahan terlampau terhadap tiga remaja berumur 14, 15 dan 16 tahun itu yang merupakan tahanan lokap bagi kes pergaduhan di dalam lokap berpusat Jinjang di sini antara pukul 1 pagi hingga 5.30 pagi, 10 April lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin menawarkan jaminan RM3,000 bagi setiap pertuduhan, bagaimanapun peguam Mohd Syazwan Mohd Salleh memohon jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya perlu menyara isteri dan dua anak.
Majistret Mahyudin membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 19 Mei untuk sebutan semula kes.
Bernama
Mon Apr 25 2016
Lans Koperal Mohd Khairul Hisam Azis, 31, mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan selepas ia dibacakan secara berasingan. - Gambar hiasan
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
'Ustaz Budak' kekal dipenjara 13 bulan
Syamsul Zaman yang juga seorang pendakwah didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang ahli perniagaan lelaki berusia 30 tahun.
Kelucahan melampau: 'Ustaz Budak' akhirnya ke penjara
Ustaz Budak akhirnya perlu menjalani hukuman penjara selama 13 bulan selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa mengekalkan hukuman.
Nelayan didakwa lakukan kelucahan melampau
Seorang nelayan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap sorang gadis di bawah jagaannya pada 20 Oktober lalu.
Guru didakwa lakukan amang seksual, kelucahan melampau terhadap kanak-kanak
Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Lelaki laku amang seksual terhadap 2 kanak-kanak jual kuih diburu
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak di sebuah pangsapuri di Seksyen 19, Petaling Jaya, di sini Isnin lepas.
Mahkamah: "Ustaz Budak" didakwa cabul lelaki
Seorang pengusaha madrasah di Kelantan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau.
Guru madrasah ditangkap kerana mencabul kaum sejenis
Guru berusia 32 tahun itu didakwa melakukan kelucahan melampau ke atas seorang lelaki yang juga ahli perniagaan berusia 30 tahun.
2 anggota polis dituduh lakukan seks luar tabii, cabul, ugut pasangan kekasih
Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Pengetua madrasah dipenjara tiga tahun melakukan kelucahan melampau
Majistret memerintahkan hukuman tertuduh itu dilaksanakan secara berasingan bermula hari ini.
Selamba beronani dalam lif, pemandu van didakwa
Seorang pemandu van sebuah kedai cat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau iaitu dengan beronani di dalam lif, minggu lepas.