Seorang anggota polis berpangkat lans koperal di Balai Polis Pagoh ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Cawangan Batu Pahat hari ini kerana menerima wang rasuah berjumlah RM700.
Suspek lelaki berusia 28 tahun itu, ditahan di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Abdullah, Bandar Maharani, Muar, kira-kira 3.00 petang tadi.
Menurut sumber, suspek didapati menerima wang rasuah itu daripada seorang staf kontraktor sejak November tahun lepas sebagai dorongan tidak mengambil tindakan atas kesalahan mengambil pekerja buruh asing tanpa permit bagi melaksanakan kerja-kerja pembinaan sekitar Pekan Pagoh.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit dengan kesalahan.
Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias yang dihubungi malam ini mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Batu Pahat pagi esok untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 06 2018
Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias yang dihubungi malam ini mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Batu Pahat pagi esok.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ladang sawit: Terokai automasi, kurang bergantung buruh asing - Zuraida
Penggunaan automasi di peringkat ladang akan menarik minat pekerja tempatan untuk mula bekerja di sektor tersebut.
FGV terap langkah cari pekerja yang beretika selepas sempadan dibuka
Ini terkait dengan jangkaan keputusan kerajaan untuk membuka semula sempadan Malaysia kepada pengambilan pendatang baharu sebagai buruh.
Maki polis, buruh asing ditahan dalam sekatan PKP
Lelaki yang tidak mempunyai lesen memandu dan tiba-tiba berang apabila diarahkan memberhentikan kenderaan.
Buruh asing di Malaysia ditindas?
Rumah yang hanya beratapkan kanvas dan diselubungi bau yang tidak menyenangkan menjadi lumrah kehidupan buruh asing yang mencari sesuap nasi di bumi Malaysia ini.
Buruh asing lintas jalan secara berbahaya, maut dirempuh
Mangsa dikenali sebagai Sukarno Pulalon, 35 tahun, yang bekerja sebagai buruh binaan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Wujudkan rangka kerja holistik buruh asing - Penolong Gabenor BNM
Rangka kerja yang holistik dan komprehensif bagi buruh asing perlu diwujudkan untuk menambah baik produktiviti buruh tempatan selain menyelesaikan masalah upah di negara ini.
Buruh asing maut, empat cedera dihempap besi konkrit
Ketua Pusat Gerakan Operasi, JBPM Selangor, Mohd Nurizwan Basri berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.28 pagi tadi.
Lans Koperal terima rasuah ditahan SPRM
Seorang anggota polis berpangkat lans koperal di Balai Polis Pagoh ditahan oleh SPRM Johor Cawangan Batu Pahat kerana menerima wang rasuah.