Lapan individu warga Thailand ditahan salah guna pas lawatan

Lapan individu warga Thailand ditahan salah guna pas lawatan
Kesemua warga Thailand itu ditahan selama 14 hari di lokap Jabatan Imigresen Perlis di sini untuk siasatan lanjut.
ARAU: Jabatan Imigresen Perlis memberkas lapan warga Thailand dalam Op Bersepadu Jaja (Op Jaja) di Bazar Ramadan di Arau dan di Bintong.

Pengarahnya, Basri Othman berkata operasi bermula lima petang sehingga 7 petang tadi melibatkan 20 pegawai dan anggota.
"Enam lelaki dan dua wanita daripada 35 individu yang diperika dalam operasi itu ditahan kerana menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial," kata Basri kepada media selepas mengadakan Op Jaja di Bazar Ramadan Arau di sini, hari ini.

Menurut Basri, kesemua yang ditahan berumur 28 hingga 35 tahun dan disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1958/63 kerana menyalahgunakan pas lawatan dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana gagal mengemukan dokumen pengenalan yang sah.

Kesemua warga Thailand itu ditahan selama 14 hari di lokap Jabatan Imigresen Perlis di sini untuk siasatan lanjut.

-- BERNAMA



Tag: Jabatan Imigresen Perlis, lapan warga Thailand, Op Bersepadu Jaja, Op Jaja, Pas Lawatan Sosial, salah guna pas lawatan, Bazar Ramadan Arau, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.