Lapan kawasan di Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Terengganu mula mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat lewat malam tadi, menjadikan keseluruhan 26 kawasan mencatatkan IPU melebihi 100.
Sehingga 11 malam tadi, berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kawasan baharu tersebut ialah Minden dan Balik Pulau di Pulau Pinang yang mencatatkan bacaan IPU masing-masing 105 dan 115, manakala Tasek Ipoh, Pegoh Ipoh dan Tanjung Malim di Perak, masing-masing mencatatkan bacaan 111, 104 dan 113.
Kawasan baharu lain mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Indera Mahkota dan Balok Baru Kuantan di Pahang masing-masing mencatatkan bacaan 106 dan 107, sementara Kemaman di Terengganu mencatatkan bacaan IPU 103.
Selain itu, 18 kawasan lagi kekal dengan bacaan IPU tidak sihat sejak petang Sabtu, dengan Johan Setia, Klang di Selangor mencatatkan bacaan paling tinggi iaitu 168, diikuti Batu Muda di Kuala Lumpur dengan bacaan 162.
Empat kawasan di Sarawak masih berada pada tahap tidak sihat iaitu Sri Aman (135); Kuching (150); Samarahan (133) dan Sarikei (104).
Turut mencatatkan bacaan IPU lebih daripada 100 adalah Cheras (155) di Kuala Lumpur, Petaling Jaya (148), Shah Alam (138), Banting (115), Klang (122) dan Kuala Selangor (120) di Selangor serta dua kawasan di Negeri Sembilan iaitu Nilai (138) dan Seremban (126).
Putrajaya dan Segamat di Johor, masing-masing mencatatkan bacaan IPU 139 dan 128 manakala Temerloh dan Jerantut di Pahang masing-masing mencatatkan bacaan IPU 103 dan 107.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 21 2019
Pemandangan udara menunjukkan projek Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) giat dijalankan walaupun cuaca di sekitar ibu kota mencatatkan bacaan IPU 151 pada 3 petang Sabtu, 21 Sept, 2019. --fotoBERNAMA
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Pekebun durian musang king gagal dapat kebenaran semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi tolak permohoan pekebun musang king untuk semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Inspektor polis ditahan disyaki lakukan amang seksual fizikal
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan amang seksual fizikal
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.
Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.
Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Batu Pahat, Larkin catat IPU tidak sihat pagi ini
Dua kawasan di Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Dua kawasan catat IPU tidak sihat
Dua kawasan berkenaan ialah Bukit Rambai, Melaka dengan bacaan IPU 153 dan Larkin, Johor (126).
Tiga kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Setakat jam 6 pagi, Bukit Rambai di Melaka, mencatatkan bacaan IPU paling tinggi dengan paras 155.
11 kawasan di lima negeri, Lembah Klang catat bacaan IPU tidak sihat
Setakat jam 6 pagi Isnin, Banting di Selangor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat paling tinggi dengan paras 157.
17 kawasan di lima negeri, Lembah Klang catat bacaan IPU tidak sihat
17 kawasan di Lembah Klang, Perak, Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang serta Terengganu mencatatkan bacaan pada paras tidak sihat.
15 kawasan di lima negeri, Lembah Klang catat bacaan IPU tidak sihat
Bukit Rambai di Melaka dan Batu Pahat di Johor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat paling tinggi dengan paras 160.
Tiga kawasan di Johor catat bacaan IPU tidak sihat
Setakat jam 6 pagi Sabtu, Larkin mencatatkan bacaan IPU tidak sihat paling tinggi dengan paras 153.