awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan lelaki leka bungkus air ketum ditahan polis

Astro Awani
Astro Awani
12/01/2017
09:26 MYT
Lapan lelaki leka bungkus air ketum ditahan polis
PAMNASWARAN: Siasatan polis juga mendapati suspek mengambil bekalan daun ketum dari Langkap, Teluk Intan - Gambar BERNAMA
Lapan lelaki yang sedang leka membungkus air ketum dalam sebuah pondok di Kampung Talang Tengah, Jalan Felda Lasah, Sungai Siput telah ditahan polis petang semalam.
Polis turut merampas sebanyak 380 bungkusan air ketum dalam serbuan pukul 5 petang itu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sungai Siput Deputi Superintenden A. Pamnaswaran berkata bahawa pihak polis telah menjumpai dan merampas sebanyak 380 bungkusan disyaki air ketum.
Menurut beliau juga, kesemua suspek berumur dalam lingkungan 20 hingga 50 tahun itu telah ditahan sepasukan anggota dari bahagian siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput dan balai polis Salak Bharu.
“Kepada sesiapa yang melakukan perbuatan sebegini, kami minta hentikan dan sedarlah akan akibat dari perbuatan ini dan tindakan undang-undang yang akan diambil,” jelasnya.semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput pada Khamis.
Menurut beliau, dalam serbuan itu pihak polis turut merampas peralatan memasak termasuk satu tong gas, lapan penapis kain, sebatang sudip kayu, 12 kotak ubat batuk dan dua periuk aluminium. 

Pamnaswaran berkata, siasatan polis juga mendapati suspek mengambil bekalan daun ketum dari Langkap, Teluk Intan dan pemeriksaan di kawasan pondok itu juga menemukan 10 hingga 20 batang pokok ketum ditanam di kawasan sekitar. 

Menurut beliau, hasil ujian saringan air kencing mendapati tiga suspek positif mengambil dadah jenis Methamphetamine dan hanya seorang mempunyai rekod lampau bersabit kes penagihan dadah.
Topic Berkaitan
#ketum
#serbuan
#tangkapan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan