awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan warganegara China di Johor belum disahkan negatif koronavirus - KP Kesihatan

Fareez Azman
Fareez Azman
24/01/2020
14:37 MYT
Lapan warganegara China di Johor belum disahkan negatif koronavirus - KP Kesihatan
Menurut Dr Noor Hisham, kesemua mangsa ketika ini belum disahkan negatif dan keputusan akan diketahui selewat-lewatnya pada Sabtu. - Gambar fail
Spesimen lapan warga China di Johor yang tiba bersama mangsa pertama koronavirus yang positif di Singapura belum disahkan keputusannya, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurut beliau, spesimen terbabit baharu tiba di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk diuji kira-kira jam 8:00 malam tadi.
Justeru, katanya keputusan bahawa pesakit itu negatif seperti yang dimaklumkan dalam satu sidang media di Johor Bahru belum muktamad.
Sebaliknya, jelas Dr Noor Hisham, kesemua mangsa ketika ini belum disahkan negatif dan keputusan akan diketahui selewat-lewatnya pada Sabtu.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Kesihatan dan Sumber Manusia Johor, Aminolhuda Hassan mengesahkan lapan warganegara China itu bebas daripada dijangkiti koronavirus.
Ia selepas hasil ujian klinikal mendapati kesemua mereka sihat dan tidak menunjukan sebarang gejala jangkitan.
Topic Berkaitan
#China
#Dr Noor Hisham Abdullah
#IMR
#Institut Penyelidikan Perubatan
#Ketua Pengarah Kesihatan
#koronavirus
#virus Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan