awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai tertinggi ATM hadir sekali lagi ke SPRM beri keterangan behubung kes rasuah
xAI rancang bangunkan AI kuasai robot seperti Tesla Optimus
Tiada kompromi kes buli di sekolah, KPM perkenal Polisi Perlindungan Kanak-Kanak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapor kandungan berbaur 3R di media sosial terus kepada MCMC

Bernama
Bernama
17/08/2019
22:27 MYT
Lapor kandungan berbaur 3R di media sosial terus kepada MCMC
Bagi kandungan negatif yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp, mereka perlu mengambil tangkapan skrin berserta nombor telefon individu bagi tujuan aduan. - Gambar hiasan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa orang ramai supaya tampil melaporkan insiden atau kandungan berunsur 3R iaitu Race (Kaum), Religion (Agama) dan Royalty (Institusi Diraja) di media sosial terus kepada suruhanjaya itu.
Dalam kenyataan pada Sabtu, MCMC memaklumkan laporan itu boleh dibuat melalui aplikasi WhatsApp di talian 016-220 6262 atau e-mel kepada [email protected].
Menurutnya, platform itu akan memudah dan mempercepatkan proses tindakan penguatkuasaan diambil terhadap kandungan 3R dengan kerjasama pihak berkepentingan.
Orang ramai diminta mengambil tangkapan skrin dan pautan (URL) kepada kandungan yang tidak berhemah di media sosial dan hantar ke talian atau e-mel berkenaan.
Bagi kandungan negatif yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp, mereka perlu mengambil tangkapan skrin berserta nombor telefon individu bagi tujuan aduan, menurut MCMC.
Suruhanjaya itu seterusnya mengingatkan orang ramai agar mengamalkan sikap kesederhanaan ketika mengulas mengenai isu sensitif bagi memelihara keharmonian dan kedamaian yang dicapai melalui persefahaman yang dibina sejak 62 tahun lepas.
Ia menegaskan bahawa sebarang ulasan dan penyebaran kenyataan berunsur negatif serta mengancam perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini perlu dihentikan segera demi kepentingan bersama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#3R
#agama
#institusi diraja
#kandungan
#kaum
#MCMC
#media sosial
#nombor telefon
#penguatkuasaan
#perpaduan
#sikap sederhana
#SKMM
#tangkapan skrin
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan