NATIONAL
LAPOR LANGSUNG: Himpunan Bantah GST

Kumpulan #BantahGST daripada Masjid Kg Baru - Foto Astro AWANI/ Shahir Omar
Hari ini berlangsung secara besar-besaran Himpunan Bantah GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) yang yang dianjurkan oleh Parti Amanah Negara (PAN) bersama PKR dan DAP bagi membantah cukai GST yang genap setahun pelaksanaannya semalam.
Ia juga dijangka bakal membangkit beberapa isu semasa yang lain.
Kumpulan penyokong hadir menyertai perhimpunan itu dengan mula berkumpul di Pusat Beli Belah Sogo pada pukul 2.00 petang sebelum berarak ke Dataran Merdeka.
Wartawan Astro AWANI TK Letchumy, Mariah Ahmad dan Hilal Azmi berada di lokasi untuk memberikan liputan langsung perkembangan perhimpunan:
5:35 petang: Perhimpunan selesai dan peserta mula bersurai.
5:27 petang: Tun Mahathir selesai berucap.
5:20 petang: Bekas perdana menteri Tun Mahathir mula berucap.
5:15 petang: Kehadiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah.
5:00 petang: Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mula berucap di Himpunan Bantah GST.
4:30 petang: Himpunan #BantahGST berehat .

Himpunan Bantah GST

Himpunan Bantah GST

Himpunan Bantah GST

perhimpunan bantah gst

himpunan bantah gst
Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba di perhimpunan #BantahGST, di Jalan Raja.
3.24 petang: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar sedang berucap di Himpunan Bantah GST.

HIMPUNAN BANTAH GST
Antara pimpinan yang hadir #BantahGST
3.10 Petang : Naib Presiden PKR, Tian Chua memberi ucapannya di Himpunan Bantah GST.
2:50 petang: Ucapan dimulakan oleh wakil DAP sebelum berarak ke Dataran Merdeka.
2.30 petang: Bilangan peserta perhimpunan anti-GST semakin meningkat dan mereka mula berarak ke Dataran Merdeka.
2.20 petang: Dianggarkan kira-kira 1,000 peserta telah berkumpul di hadapan pusat Beli Belah Sogo sambil melaungkan 'Bantah GST'.
2:00 petang: Peserta Himpunan Bantah GST mula berkumpul di beberapa lokasi sebelum memulakan perarakan ke Sogo.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami