UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] Krisis diplomatik Malaysia-Korea Utara memuncak

Ketegangan hubungan Malaysia dan Korea Utara memuncak selepas kes pembunuhan warganya, Kim Jong Nam di KLIA2 pada Feb 13 lalu.

Astro Awani
PM Najib sedang mempengerusikan mesyuarat tergempar MKN di Lapangan Terbang TUDM Subang petang Selasa. - Sumber foto Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak

Segera bentuk pasukan rundingan

Wed Mar 08 2017

Kerajaan Malaysia perlu segera menubuhkan sebuah pasukan rundingan bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang ditahan di Korea Utara dan usaha untuk membawa mereka pulang ke tanah air.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sewajarnya penubuhan pasukan itu melibatkan badan luar yang berkapasiti menguruskan perundingan di antara kedua-dua negara bagi memastikan ia berlangsung secara baik.

BACA SELANJUTNYA DI SINI


Jangan politikkan isu Malaysia-Korea Utara

Wed Mar 08 2017

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta semua pihak agar tidak mempolitikkan isu ketegangan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Korea Utara.

Beliau berkata sebagai warganegara Malaysia mereka perlu memberi sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangani isu berkenaan seterusnya mencari jalan penyelesaian.

BACA SELANJUTNYA DI SINI

Krisis dalam fasa ketegangan, bukan perang

Wed Mar 08 2017

Penyelesaian krisis diplomasi di antara Malaysia dan rejim komunis Korea Utara yang kian memuncak sejak semalam tidak perlu berpandukan Konvensyen Geneva.

Penganalisis Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Azizuddin Mohd Sani menegaskan Kuala Lumpur-Pyongyang bukan dalam fasa peperangan, sebaliknya hanya diselubungi ketegangan.

BACA SELANJUTNYA DI SINI

Jumlah dagangan Malaysia-Korea Utara kecil

Wed Mar 08 2017

Perdagangan antara Malaysia dan Korea Utara dijangka tidak terjejas dengan kejadian pembunuhan Kim Jong Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) baru-baru ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata ini kerana nilai perdagangan antara kedua-dua negara itu tidaklah begitu besar yang mana pada 2016 jumlahnya adalah sebanyak RM18.9 juta.

BACA SELANJUTNYA DI SINI


Kemunculan video anak Kim Jong Nam jadi perhatian

Wed Mar 08 2017

Sebuah rakaman video memaparkan seorang lelaki yang mendakwa dirinya Kim Han Sol, anak kepada Kim Jong Nam telah tersebar di laman perkongsian video YouTube.

Portal berita Channel News Asia melaporkan, video yang bertajuk KHS Video itu dimuat naik ke YouTube pada Selasa melalui akaun sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka Cheollima Civil Defense (Pertahanan Awam Cheollima), seterusnya menghubungi stesen berita berkenaan.

BACA SELANJUTNYA DI SINI

Kuala Lumpur teliti apa kehendak sebenar Pyongyang - PM

Wed Mar 08 2017

Malaysia masih belum memutuskan hubungan dengan Korea Utara bagi membolehkan usaha rundingan dibuat dengan Pyongyang susulan larangan keluar rakyat Malaysia di negara berkenaan, ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jelasnya, Kuala Lumpur juga sedang teliti apa kehendak sebenar Pyongyang.

BACA SELANJUTNYA DI SINI

Krisis Korea Utara-Malaysia: 'Saya beri jaminan lakukan segala yang terdaya' - PM

Wed Mar 08 2017

Kerajaan memberi jaminan untuk melakukan segala yang terdaya dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Korea Utara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, fokus utama ialah memastikan mereka pulang ke tanah air dengan selamat.

ARTIKEL PENUH DI SINI

Suspek kes bunuh Jong Nam sembunyi di kedutaan - KPN

Tue Mar 07 2017

'Cara terbaik membawa warga Malaysia pulang melalui laluan diplomatik' - Penganalisis

Tue Mar 07 2017

Perkembangan mesyuarat tergempar PM Najib-MKN

Tue Mar 07 2017

Bebaskan Mohd. Nor Azrin Md. Zain 

Tue Mar 07 2017

Rangkuman buletin 'Hari Ini 8' sehubungan tindakan pengharaman Korea Utara ke atas warga Malaysia

Tue Mar 07 2017

Antara paparan Hari Ini 8 termasuk wawancara dengan beberapa penganalisis politik antarabangsa termasuk tular di media sosial apabila netizen berkongsi
gambar Mohd. Nor Azrin Md. Zain salah seorang rakyat Malaysia yang kini berada di Korea Utara.




Imigresen Johor pantau pintu sempadan, elak warga Kedutaan Korea Utara tinggalkan negara

Tue Mar 07 2017

Jabatan Imigresen Johor akan memastikan tiada warga Kedutaan Korea Utara meninggalkan negara ini menerusi pintu di sempadan Johor-Singapura.

Pengarahnya Datuk Rohaizi Bahari berkata langkah itu akan dilaksana sehingga ada keputusan sebaliknya daripada kerajaan.


BACA ARTIKEL DI SINI

Tiada sidang media mesyuarat tergempar MKN

Tue Mar 07 2017

6:30PM Kelihatan Perdana Menteri serta menteri dan wakil kementerian keluar dari bilik mesyuarat.

— Hilal Azmi (@HilalAzmiAWANI) March 7, 2017

PM Najib keluar dari mesyuarat MKN

Tue Mar 07 2017

6:30PM Kelihatan Perdana Menteri serta menteri dan wakil kementerian keluar dari bilik mesyuarat.

— Hilal Azmi (@HilalAzmiAWANI) March 7, 2017

Wartawan mengikuti perkembangan mesyuarat PM Najib-MKN

Tue Mar 07 2017

Pihak media diminta tunggu di lobi ketibaan Pergerakan Udara TUDM Subang @501Awani pic.twitter.com/pryho5ggBL

— Hilal Azmi (@HilalAzmiAWANI) March 7, 2017

PM Najib mempengerusi mesyuarat tergempar dengan MKN

Tue Mar 07 2017

6:04PM Ketika ini PM @NajibRazak sedang mempengerusikan Mesy Tergempar Majlis Keselamatan Negara (MKN) @501Awani

— Hilal Azmi (@HilalAzmiAWANI) March 7, 2017

Mesyuarat PM dan Majlis Keselamatan Negara

Tue Mar 07 2017

Pesawat yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari Jakarta telah tiba di Lapangan Terbang Subang kira-kira 5.40 petang tadi.

Najib terus mempengerusikan mesyuarat tergempar dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk berbincang tentang pengharaman warga Malaysia keluar dari Korea Utara,

Turut hadir di mesyuarat tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, Menteri Komunikasi Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Turut serta dalam mesyuarat khas itu ialah Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Wartawan Astro AWANI, Hilal Azmi berada di sana untuk mengikuti perkembangan mesyuarat tersebut.

[KEMASKINI] 'Bebaskan semua warga Malaysia di Korea Utara' - PM Najib

Tue Mar 07 2017

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kepimpinan Korea Utara untuk segera membenarkan rakyat Malaysia meninggalkan negara tersebut bagi mengelakkan ketegangan terus berlanjutan.

Beliau turut memaklumkan bahawa arahan untuk menghalang semua rakyat Korea Utara di Malaysia daripada meninggalkan negara telah pun diberi kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Ketibaan Najib di Lapangan Terbang Subang

Tue Mar 07 2017

'Melindungi rakyat Malaysia menjadi keutamaan saya' - PM Najib

Tue Mar 07 2017

Sarawak berunding dengan KDN dan Kementerian Luar isu 170 pekerja Korea Utara

Tue Mar 07 2017

Kerajaan negeri sedang berunding dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Luar berhubung kedudukan 170 pekerja warga Korea Utara di Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata kebanyakan mereka merupakan pekerja mahir di syarikat perlombongan arang di Selantik Coal Field di Bahagian Sri Aman dan projek hidro di Lawas.


BACA ARTIKEL DI SINI

Mesyuarat tergempar MKN: PM bergegas pulang, dijangka tiba 5.30 petang

Tue Mar 07 2017

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Pangkalan Udara TUDM Subang.

Wartawan Hilal Azmi berada di lokasi untuk mengikuti mesyuarat tersebut.

BACA DI SINI

Keadaan di hadapan bangunan Kedutaan Korea Utara

Tue Mar 07 2017

LANGSUNG dari depan bangunan Kedutaan Korea Utara @501Awani pic.twitter.com/bZH2FMO17R

— Hilal Azmi (@HilalAzmiAWANI) March 7, 2017

Polis percaya suspek masih di kedutaan Korea Utara

Tue Mar 07 2017

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu, pihaknya masih lagi mencari tujuh suspek yang dipercayai ada kaitan dengan pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un pada 13 Feb lalu.

Setakat ini, empat daripada suspek terbabit sudah meninggalkan malaysia pada hari pembunuhan itu.

Bagaimanapun, menurut Khalid tiga yang lain, termasuk seorang pegawai di Kedutaan Korea Utara dan seorang pekerja syarikat penerbangan Air Koryo, dipercayai masih berada di Malaysia atau mungkin berada di kedutaan.

BACA DI SINI

Sidang media penuh TPM

Tue Mar 07 2017

Korea Utara paranoid, sukar dijangka - Penganalisis

Tue Mar 07 2017

Ketua Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya, Dr Roy Anthony Rogers dalam temu bual bersama Astro Awani menyifatkan langkah terbaharu rejim komunis Pyongyang terhadap warga Malaysia sebagai pencabulan konvensyen hak asasi manusia.

BACA SELANJUTNYA DI SINI

Perdana Menteri kecam Korea Utara halang rakyat Malaysia tinggalkan negara itu

Tue Mar 07 2017

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengecam sekeras-kerasnya keputusan Korea Utara untuk menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu.

Najib dalam satu kenyataan media hari ini menyifatkan tindakan Pyongyang itu sebagai perbuatan hina dan melanggar semua undang-undang antarabangsa dan norma diplomatik.

BACA SELANJUTNYA DI SINI

Susulan arahan segera Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Tue Mar 07 2017

Astro Awani melalui wartawan Hilal Azmi sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara.

Ia susulan arahan segera Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas keputusan Korea Utara bertindak untuk menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara komunis itu.

Polis kawal bangunan kedutaan Korea Utara

Tue Mar 07 2017

Pegawai Kedutaan Korea Utara telah dilarang meninggalkan bangunan pejabat itu di Bukit Damansara, lapor portal Mstar.

Pegawai polis dilihat mengawal dan menyekat jalan masuk ke kedutaan dari kedua-dua arah dan memasang garisan polis di hadapan pintu pagar bangunan itu.

BACA SELANJUTNYA DI SINI

DAP desak Malaysia putuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara

Tue Mar 07 2017

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak kerajaan memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara.

Pada masa sama, katanya, Malaysia perlu mengemukakan usul kepada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berhubung tindakan provokasi dilakukan Korea Utara susulan halangan rakyat Malaysia keluar dari negara itu.

"Kita juga boleh minta bantuan negara-negara yang masih ada hubungan mesra dengan Korea Utara supaya bantu bebaskan warganegara Malaysia," katanya semasa ditemui media di lobi parlimen di sini hari ini.

BACA SELANJUTNYA DI SINI

Rakyat Malaysia di Korea Utara selamat - Reezal Merican

Tue Mar 07 2017

Kesemua 11 rakyat Malaysia di Korea Utara pada ketika ini berada dalam keadaan selamat.

Perkara tersebut disahkan Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang memaklumkan 11 rakyat Malaysia itu terdiri daripada empat kakitangan kedutaan, dua kakitangan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan lima anggota keluarga kakitangan kedutaan.

BACA SELANJUTNYA DI SINI

Kakitangan Kedutaan Korea Utara dilarang tinggalkan Malaysia - TPM

Tue Mar 07 2017

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengeluarkan arahan serta-merta menghalang kakitangan Kedutaan Korea Utara untuk keluar daripada negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri KDN berkata keputusan itu sebagai tindak balas kepada tindakan Korea Utara yang mengahalang rakyat Malaysia keluar daripada negaranya.

BACA SELANJUTNYA DI SINI

Pyongyang halang rakyat Malaysia tinggalkan Korea Utara

Tue Mar 07 2017

Korea Utara mengeluarkan larangan sementara kepada rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu.

Arahan itu bertujuan untuk memastikan keselamatan para diplomat dan rakyatnya yang masih berada di Malaysia.

Kementerian Luar Korea Utara dilaporkan telah memaklumkan kepada kedutaan Malaysia di Pyongyang berhubung keputusan mereka itu.

BACA SELANJUTNYA DI SINI

#Korea Utara#krisis#Malaysia
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.