UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] Peningkatan kes di luar China membimbangkan - WHO

Penurunan kes di China dilihat baik, namun beberapa negara yang dijangkiti tanpa ada sejarah perjalanan atau hubungan dengan kes disahkan.

Astro Awani
China mengumumkan 96 kematian dengan 630 kes baharu di wilayah Hubei yang dikesan pada Sabtu, peningkatan 366 kes berbanding hari sebelumnya. -Gambar fail

Peningkatan kes di luar China membimbangkan - WHO

Sun Feb 23 2020

ANGKA kematian akibat wabak COVID-19 di China dilihat menurun, namun Pegawai Kesihatan Dunia memberi amaran bahawa terlalu awal untuk membuat ramalan bahawa wabak itu akan reda.

Ini kerana ia kini menular ke beberapa negara lagi dan mencatatkan peningkatan mendadak.



KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

AS keluar nasihat perjalanan Tahap 2 ke Jepun

Sun Feb 23 2020

Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan nasihat perjalanan Tahap 2 kepadanya warganya yang mahu berkunjung ke Jepun.

Nasihat perjalanan itu adalah yang terbaharu oleh Pusat Kawalan Penyakit AS (CDC) selepas sebelum ini mengeluarkan nasihat Tahap 1 susulan penularan jangkitan COVID-19.

Pelancong ke Jepun dinasihatkan agar "lebih berwaspada" mengikut panduan yang diberi pada tahap itu.

Penumpang Diamond Princess positif virus di Australia

Sun Feb 23 2020

Seorang penumpang Diamond Princess disahkan positif COVID-19 di Australia.

Wanita berusia 57 tahun itu pernah dikuarantin di dalam kapal persiaran mewah tersebut sebelum dibenarkan keluar.

Korea Selatan sahkan 4 kematian, 556 dijangkiti

Sun Feb 23 2020

Kes jangkitan koronavirus di Korea Selatan meningkat kepada 556, dengan sekurang-kurangnya empat menjadi korban setakat ini.

Angka itu dicatat susulan peningkatan mendadak kes jangkitan sejak 24 jam lalu.

Sejumlah 123 kes baharu direkod, di mana 93 dilapor di Daegu yang merupakan pusat penularan jangkitan di negara itu.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

96 kematian, 630 kes baharu di Hubei

Sat Feb 22 2020

China mengumumkan 630 kes baharu di wilayah Hubei yang dikesan pada Sabtu, peningkatan 366 kes berbanding hari sebelumnya.

Jumlah ini menjadikan angka keseluruhan di Hubei sebanyak 64,084.

Angka korban di Hubei meningkat kepada 2,346, kenaikan 96 daripada hari sebelumnya.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Itali tangguh perlawanan liga

Sat Feb 22 2020

Itali menangguhkan tiga perlawanan liga Serie A susulan kenaikan mendadak kes jangkitan di Milan.

Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte ketika mengumumkan perkara itu berkata tiga perlawanan itu termasuk Inter - Sampdoria, Atalanta - Sassuolo dan Cagliari - Verona.

Kes meningkat di Itali, 79 dijangkiti

Sat Feb 22 2020

Itali mengesahkan peningkatan kes jangkitan apabila 79 mangsa dilaporkan menghidap virus itu pada Sabtu.

Peningkatan mendadak itu dilaporkan selepas negara tersebut mencatat 62 kes pada Jumaat dengan 10 bandar ditutup.

Belum ada bukti lelaki lebih mudah dijangkiti COVID-19

Sat Feb 22 2020

Kajian mengenai golongan lelaki lebih mudah dijangkiti COVID-19 berbanding wanita mengikut pandangan pakar saintis dari luar negara, masih belum dibuktikan sepenuhnya, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Katanya, Kementerian Kesihatan tidak akan membuat sebarang kesimpulan, sebelum kajian secara terperinci dilakukan terlebih dahulu.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Diamond Princess kembali belayar pada April

Sat Feb 22 2020

Kapal Persiaran Diamond Princess dilapor akan kembali beroperasi pada April selepas menjalani proses sanitasi lengkap.

Proses akan dimulakan selepas semua baki penumpang dan kru dibenarkan keluar.

Pelayaran pertama dijangka bermula pada 29 April iaitu tarikh bermulanya sambutan Golden Week di Jepun.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Iran tutup sekolah, pusat budaya

Sat Feb 22 2020

Iran menutup sekolah dan pusat budaya selepas enam mangsa maut akibat jangkitan COVID-19.

Ujian ke atas mayat pesakit di bandar Arak baru-baru ini mendapati mangsa positif virus itu.

Sementara itu, protes memuncak apabila warga Iran mendakwa kerajaan sengaja menyembunyikan maklumat berkenaan COVID-19 di negara itu.

Antara yang menjadi perhatian adalah kekurangan kelengkapan bagi petugas di hospital dalam menghadapi penularan wabak yang setakat ini telah meragut enam nyawa di negara itu.

AS tingkat nasihat perjalanan untuk Korea Selatan

Sat Feb 22 2020

Amerika Syarikat meningkatkan nasihat perjalanan ke Korea Selatan pada Tahap 2 susulan peningkatan mendadak kes jangkitan di negara itu.

Warga AS yang ingin ke Korea Selatan dinasihatkan untuk “lebih berwaspada” dan mengikuti panduan dikeluarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) bagi membasmi jangkitan dengan cara mengelak kontak dengan individu sakit dan sering membasuh tangan.

Kes jangkitan di Itali meningkat kepada 62

Sat Feb 22 2020

Jumlah individu yang dijangkiti di Itali meningkat kepada 62.

Sejumlah 46 kes dikesan di utara wilayah Lombardy, 12 di Veneto, tiga di Rom dan satu di Piedmont.

Bayi disahkan sembuh

Sat Feb 22 2020

Seorang bayi berusia 17 hari dibenarkan keluar dari hospital pada Jumaat, menjadikan pesakit termuda yang sembuh dari wabak COVID-19 di Wuhan, China.

Menurut laporan CCTV, bayi terbabit yang dilahirkan pada 5 Februari lalu telah dimasukkan ke Hospital Kanak-kanak Wuhan selepas ibunya disahkan positif COVID-19.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Tiga lagi kes disahkan di Singapura, jumlah terkini 89

Sat Feb 22 2020

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini mengesahkan tiga lagi kes jangkitan COVID-19 disahkan di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 89 kes.

Satu daripada kes yang disahkan hari ini melibatkan seorang warga Singapura berusia 32 tahun yang merupakan kumpulan mereka yang dibawa pulang daripada Wuhan pada 9 Feb.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Korea Selatan catat 229 kes baharu, kematian kedua

Sat Feb 22 2020

Korea Selatan merekodkan 229 lagi kes positif jangkitan wabak COVID-19, menjadikan jumlah semasa jangkitan di negara itu kepada 433.

Memetik laporan Channel News Asia, negara itu juga mencatat jumlah kes kedua tertinggi jangkitan COVID-19 selain China.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Anak ditinggal di rumah maut jatuh tingkat 15

Sat Feb 22 2020

Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 15 di rumahnya di Hong Kong, selepas dikatakan ditinggal di rumah oleh bapanya yang bimbang ancaman COVID-19.

Menurut laporan South China Morning Post, unit perkhidmatan kecemasan telah dipanggil ke blok pangsapuri Butterfly Estate di daerah Tuen Mun, Hong Kong selepas menerima panggilan daripada pengawal keselamatan.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Jepun lapor 12 kes terbaharu

Sat Feb 22 2020

Jepun merekodkan 12 kes terbaharu koronavirus, melibatkan di antaranya tiga remaja.

Negara matahari terbit itu kini mencatat 738 kes positif COVID-19 di mana 639 daripadanya dikesan di atas kapal persiaran Diamond Princess.

China semak semula kiraan

Sat Feb 22 2020

China menyemak semula angka jangkitan pada 19 Februari lalu.

Perubahan data bagi tarikh tersebut adalah dari 349 kepada 775 kes.

Saintis bidas teori virus dihasilkan di makmal

Sat Feb 22 2020

SERAMAI 27 saintis dari sembilan negara mengutuk teori konspirasi yang mendakwa bahawa virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19 direka di makmal.

Antara spekulasi yang timbul setakat ini termasuk kemungkinan bahawa patogen tersebut dihasilkan menerusi kaedah biologi di makmal dan pekerja makmal dijangkiti virus semasa mengendalikan kelawar.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

397 kes baharu, 109 kematian di China

Sat Feb 22 2020

Sebanyak 397 kes baharu jangkitan koronavirus disahkan di tanah besar China pada Jumaat.

Angka kematian yang dicatatkian pada hari sama pula sebanyak 109, lapor Suruhanjaya Kesihatan China Kebangsaan.

Kes terbaharu itu menjadikan jumlah jangkitan di China sebanyak 76,288, dan kematian 2,345 pada Jumaat.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

UAE sahkan 2 kes terbaharu

Sat Feb 22 2020

Emiriah Arab Bersatu mengesahkan dua kes terbaharu jangkitan koronavirus.

Kes terbaharu ini menjadikan jumlah semasa jangkitan di negara itu sebanyak 11.

Kes dikesan pada pesakit warga Filipina berusia 34 tahun dan warga Bangladesh berusia 39 tahun yang mempunyai kontak dengan seorang pesakit warga China.

Kedua-dua mereka dilapor berada dalam keadaan stabil.

Bekas pesakit sah positif 10 hari selepas keluar hospital

Fri Feb 21 2020

Seorang bekas pesakit COVID-19 di China disahkan positif virus itu 10 hari selepas dibenarkan meninggalkan hospital.

Ia mencetuskan kebimbangan bahawa pesakit yang telah pulih mungkin masih membawa virus tersebut.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Itali sahkan kematian pertama

Fri Feb 21 2020

Seorang lelaki berusia 78 tahun menjadi mangsa pertama jangkitan COVID-19 di Itali.

Warga emas itu yang bekerja sebagai buruh kasar dilaporkan meninggal dunia di Padua.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Hasil ujian klinikal penawar diketahui 3 minggu lagi

Fri Feb 21 2020

Israel sahkan kes jangkitan pertama

Fri Feb 21 2020

Israel mengesahkan kes jangkitan pertama melibatkan warganya.

Pesakit merupakan penumpang Diamond Princesss yang pulang sehari sebelum arahan kuarantin dikeluarkan di kapal persiaran mewah itu.

Wanita itu dilapor tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan buat masa ini.

Penutupan besar-besaran di Itali

Fri Feb 21 2020

Itali mengarahkan penutupan besar-besaran selepas kes jangkitan meningkat empat kali ganda.

Pihak berkuasa di utara negara itu mengarahkan penutupan sekolah, bangunan awam, restoran dan kedai kopi.

Langkah kecemasan itu berikutan beberapa kes jangkitan dikesan termasuk terhadap individu yang tidak pernah ke China.

10 juta penutup hidung, mulut dalam seminggu

Fri Feb 21 2020

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjangkakan sebanyak 10 juta penutup hidung dan mulut akan mula dibekalkan pengeluar dalam tempoh seminggu bagi memenuhi permintaan pengguna susulan penularan jangkitan COVID-19.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pengeluaran penutup hidung dan mulut itu selaras dengan jaminan kerajaan kepada pengeluar terhadap permintaan mereka bagi membantu meningkatkan jumlah pengeluaran daripada biasa ekoran permintaan yang tinggi dan stok di pasaran terjejas.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Polis antirusuhan HK dijangkiti

Fri Feb 21 2020

Hong Kong mengumumkan tiga lagi kes positif jangkitan di mana satu daripadanya melibatkan seorang anggota polis antirusuhan berusia 48 tahun.

Sementara itu, sejumlah 59 pegawai yang lain kini dikuarantin.

Kumpulan kedua rakyat Malaysia di Wuhan pulang 25 Feb

Fri Feb 21 2020

Kerajaan akan membawa pulang kumpulan kedua 75 rakyat Malaysia dari Wuhan, China pada Selasa depan, susulan penularan wabak COVID-19 di negara itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, mereka akan dibawa ke Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) di Nilai untuk menjalani pemantauan selama 14 hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

3 anggota tentera Korea Selatan dijangkiti

Fri Feb 21 2020

Tiga anggota tentera Korea Selatan dilapor dijangkiti.

Mereka terdiri daripada anggota tentera darat, laut dan udara yang ada kaitan dengan operasi di wilayah Daegu, salah satu pusat penularan virus tersebut di Korea Selatan.

COVID-19: Zed Zaidi didakwa buat kenyataan sebabkan kegentaran awam

Fri Feb 21 2020

Presiden Seniman Zed Zaidi antara empat orang didakwa kerana membuat kenyataan berhubung COVID-19 di media sosial yang boleh menyebabkan kegentaran pada orang awam.

'Seolah paru-paru mahu meletup'

Fri Feb 21 2020

Apakah yang dialami pesakit COVID-19?

Menurut seorang pesakit warga Palestin yang dijangkiti virus itu, apa yang boleh digambarkan ialah penyakit ini sama seperti selesema namun gejalanya lebih buruk.

Muhammad Abu Namus yang menuntut bidang perubatan di Wuhan, China berkata pesakit yang dijangkiti wabak ini akan menderita kesakitan seolah paru-paru mahu meletup.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Data terkini COVID-19

Fri Feb 21 2020

Lihat data terkini COVID-19 di seluruh dunia di laman web khas kami di sini.

Media dibenar buat liputan dalam hospital di Wuhan

Fri Feb 21 2020

Korea Selatan isytihar Daegu, Cheongdo "zon khas"

Thu Feb 20 2020

Korea Selatan isytihar bandar Daegu dan Cheongdo sebagai "zon rawatan khas" susulan beberapa kes dilapor di wilayah itu.

Perdana Menteri Chung Sye-kyun berkata kerajaan akan mengerahkan aset sedia ada bagi menangani virus berbahaya itu.

Daegu ialah bandar keempat terbesar di Korea Selatan dengan populasi sekitar 2.4 juta penduduk.

Keseluruhan jumlah kes di negara itu kini 111.

China sahkan 411 kes baharu, 115 kematian

Thu Feb 20 2020

Sejumlah 411 kes jangkitan baharu disahkan di Wilayah Hubei, China pada Khamis.

Angka kematian pula mencatat 115 korban.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Pesakit pertama di Kanada bebas jangkitan

Thu Feb 20 2020

Pesakit pertama dijangkiti COVID-19 disahkan bebas daripada jangkitan tersebut.

Pegawai kesihatan Ontario mengesahkan lelaki berusia 50-an itu didapati negatif koronavirus setelah menjalani ujian selang 24 jam.

Kita bersama tangani isu ini - Dr Tedros

Thu Feb 20 2020

"This is the time for facts, not fear.

This is the time for science, not rumors.

This is the time for solidarity, not stigma.

???? ?????? ?????? ???? ???????? ????????????????."@DrTedros of @WHO on the #coronavirus epidemics. #COVID2019 pic.twitter.com/Nsgxhu1GWq

— UN Geneva (@UNGeneva) February 20, 2020

Iran sahkan 3 lagi kes selepas 2 kematian

Thu Feb 20 2020

Iran mengesahkan tiga lagi kes positif jangkitan COVID-19 susulan dua kematian warga emas pada Khamis.

Dua pesakit dilapor di Qom manakala satu lagi di Arak.

Wanita 61 tahun 'punca' 40 dijangkiti di Korea Selatan

Thu Feb 20 2020

Seorang wanita berusia 61 tahun dipercayai telah menjangkiti sekurang-kurangnya 37 jemaah di sebuah gereja di Daegu, Korea Selatan.

Kejadian berlaku di Shincheonji Church of Jesus the Temple of the Tabernacle of the Testimony.

Wanita yang dikenali sebagai "Pesakit 31" itu menunjukkan simptom jangkitan pada 10 Februari dan menghadiri empat acara di gereja sebelum disahkan dijangkiti.

AS keluar nasihat perjalanan ke atas Jepun

Thu Feb 20 2020

Pusat Kawalan dan Pencegahan Amerika Syarikat (CDC) mengeluarkan nasihat perjalanan untuk Jepun, yang kedua di luar tanah besar China.

CDC menasihatkan pelancong untuk “memastikan langkah waspada” mengikut notis “Waspada - Tahap 1.”
Langkah "Waspada" termasuk mengelak hubungan dengan orang sakit dan mencuci tangan.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Malaysia, Singapura tingkat kerjasama

Thu Feb 20 2020

Malaysia dan Singapura akan mempertingkatkan kerjasama di Tambak Johor yang mempunyai pergerakan manusia dan kenderaan yang tinggi, dalam usaha menangani penularan jangkitan COVID-19.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau telah mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan rakan sejawatannya Vivian Balakrishnan, berhubung Tambak Johor yang mengendalikan 250,000 pergerakan setiap hari.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Singapura catat satu lagi kes, tiga dibenarkan pulang

Thu Feb 20 2020

Singapura mengesahkan satu lagi kes positif jangkitan COVID-19 di negara itu pada Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 85 orang.

Memetik laporan Channel News Asia, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) turut memaklumkan tiga lagi pesakit telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA LANJUT

ASEAN tingkat kerjasama bidang kesihatan

Thu Feb 20 2020

ASEAN akan meningkatkan kerjasama dalam bidang kesihatan susulan penularan wabak COVID-19.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan, ia melibatkan perkongsian maklumat dan kepakaran negara masing-masing dalam menangani virus berkenaan.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA LANJUT

Adu ke Jabatan Tenaga Kerja jika hilang kerja

Thu Feb 20 2020

Individu yang kehilangan pekerjaan akibat COVID-19 boleh tampil membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bagi mendapatkan bantuan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, kementerian memahami masalah yang dihadapi pekerja membabitkan beberapa sektor yang terjejas teruk termasuk perkhidmatan dan pelancongan.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA LANJUT

Korea Selatan lapor kematian pertama

Thu Feb 20 2020

Seorang mangsa COVID-19 dilaporkan meninggal dunia di Korea Selatan pada Khamis, menjadikan kematian pertama di negara itu akibat wabak tersebut.

Lapor media antarabangsa, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) dalam satu kenyataan bagaimanapun memaklumkan punca sebenar kematian masih dalam siasatan.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA LANJUT

Dua lagi kes COVID-19 pulih

Thu Feb 20 2020

Dua lagi kes COVID-19 telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke rumah lewat petang Rabu.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, dua kes tersebut adalah kes ke-20 iaitu seorang lelaki warganegara China berumur 27 tahun dan telah disahkan COVID-19 pada 14 Februari dan seorang lagi wanita warganegara China berumur 32 tahun dan telah disahkan COVID-19 pada 14 Februari lepas.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA LANJUT

Dua penumpang kapal persiaran Diamond Princess meninggal dunia

Thu Feb 20 2020

Dua penumpang warga Jepun yan menaiki kapal persiaran Diamond Princess yang dikuarantin sebelum ini kerana dijangkiti wabak COVID-19 dilaporkan telah meninggal dunia.

Lapor agensi berita negara itu, NHK yang memetik sumber kerajaan berkata mangsa adalah seorang lelaki dan seorang wanita berusia sekitar 80an.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA LANJUT

Data setakat 8 pagi Khamis

Thu Feb 20 2020

Data Novel Koronavirus (COVID-19) setakat Khamis , 8 pagi.

Astro AWANI akan kemas kini data dari semasa ke semasa untuk dikongsikan kepada umum.

Ikuti lapor langsung mengenai perkembangan terkini #COVID19 di https://t.co/YniXLm3WQj#AWANInews pic.twitter.com/0k2j5DCVM7

— ????Astro AWANI???? (@501Awani) February 20, 2020

Dua warga Iran maut, kes pertama di Asia Barat

Wed Feb 19 2020

Dua warga emas dilaporkan meninggal dunia di Iran selepas didapati positif COVID-19 pada Rabu, kes pertama seumpamanya di republik itu.

Kes kematian akibat koronavirus baru ini ialah yang pertama di Asia Barat dan yang ketujuh dan kelapan di luar China.

Tiga kes baharu di Singapura, jumlah terkini 84

Wed Feb 19 2020

Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan tiga lagi kes positif jangkitan COVID-19 di negara itu, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 84 orang.

Memetik laporan Channel News Asia, pada masa sama lima pesakit telah dibenar pulang setelah pulih sepenuhnya daripada jangkitan tersebut.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA LANJUT

Ketua Pengarah WHO puji komitmen KKM

Wed Feb 19 2020

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memuji kepakaran dan komitmen Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani wabak COVID-19.

Pujian itu dilontarkan sendiri oleh Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi perkongsian di akaun Twitter rasminya pada Rabu.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA LANJUT

Dakwaan 100,000 pekerja terjejas akibat COVID-19 bersifat andaian

Wed Feb 19 2020

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata dakwaan bahawa hampir 100,000 rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan jika jangkitan COVID-19 berterusan sehingga penghujung tahun ini, hanya bersifat andaian.

Bagi menangani kesan akibat penularan kluster penyakit itu terhadap pekerjaan dalam sektor tertentu seperti pelancongan, beliau berkata kementerian sedang mengumpul maklumat mengenainya.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA LANJUT

Ketua Pengarah WHO puji komitmen KKM perangi COVID-19

Wed Feb 19 2020

I spoke to @DrDzul, Minister @KKMPutrajaya, and his senior team about challenges and progress in fighting #COVID19. I appreciated the Minister for #Malaysia's collaboration with @WHO and countries in the region, as well as the commitment to advance research to end the outbreak.

— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) February 19, 2020

KKM lancar program DoctorOnCall

Wed Feb 19 2020

ementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melancarkan aplikasi DoctorOnCall yang merupakan satu bentuk perkhidmatan nasihat atas talian di sini pada Rabu.

Menurut menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, platfom kesihatan digital itu akan melibatkan pakar perubatan keluarga dalam memberi penerangan kepada rakyat Malaysia mengenal pasti COVID-19.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA LANJUT

Dua lagi pesakit sembuh sepenuhnya

Wed Feb 19 2020

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua lagi pesakit yang dikesan positif COVID-19 sebelum ini disahkan sembuh sepenuhnya dan telah dibenarkan pulang hari ini (Rabu).

Menurut menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, ujian pengesanan kali kedua terhadap pesakit kes ke-17 dan ke-18 itu didapati negatif.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA LANJUT

Hong Kong catat kes kematian kedua

Wed Feb 19 2020

Hong Kong mencatatkan kes kematian kedua akibat wabak baharu koronavirus atau COVID-19 pada Rabu.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Hong Kong dalam satu kenyataan, kes itu melibatkan seorang lelaki berusia 70 tahun yang telah ditahan di Hospital Princess Margaret.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA LANJUT

COVID-19 beri kesan kepada ekonomi China - Duta

Wed Feb 19 2020

Sabah kumpul RM2j untuk Tabung Wuhan China

Wed Feb 19 2020

Kerajaan negeri Sabah berjaya mengumpulkan sejumlah RM2 juta untuk disumbangkan kepada China yang kini berdepan cabaran mengendalikan situasi berkaitan wabak koronavirus COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, sumbangan ikhlas yang diperolehi menerusi Tabung Wuhan China itu merupakan tanda prihatin negeri ini kepada republik berkenaan.

Mesyuarat Khas Menteri-menteri Luar bincang COVID-19

Wed Feb 19 2020

Menteri-Menteri Luar ASEAN dan China akan bertukar pandangan mengenai kerjasama dalam menangani penularan COVID-19 dalam satu mesyuarat khas di Vientiane, Laos, 20 Feb, 2020.

Wisma Putra berkata, delegasi Malaysia akan diketuai Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

140 dikuarantin di Bangkok dibenarkan pulang hari ini

Wed Feb 19 2020

Seramai 140 individu yang akan menamatkan tempoh kuarantin 14 hari selepas dibawa pulang oleh kerajaan Thailand dari Wuhan 4 Feb lepas, akan dibenarkan pulang hari ini.

Sementara itu, hanya tinggal seorang sahaja lagi yang masih akan terus menerima rawatan di hospital.


Angka terkini: Lebih 2,000 kematian 

Wed Feb 19 2020

China mencatatkan 132 lagi kematian dalam wilayah Hubei, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya 2,002 kematian setakat pagi Rabu.

Pada masa sama, terdapat 1,693 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan.

Data setakat 8 pagi Rabu

Wed Feb 19 2020

Data Novel Koronavirus (COVID-19) setakat Rabu , 8 pagi.

Astro AWANI akan kemas kini data dari semasa ke semasa untuk dikongsikan kepada umum.

Ikuti lapor langsung mengenai perkembangan terkini #COVID19 di https://t.co/YniXLm3WQj#AWANInews pic.twitter.com/6wR5xv2tGG

— ????Astro AWANI???? (@501Awani) February 19, 2020

Kisah kejayaan proses kuarantin, pemantauan dalaman

Tue Feb 18 2020

Sebaik memulakan tugas di AKEPT, 158 petugas terdiri 30 pegawai dan pembantu pegawai perubatan, 25 kakitangan NADMA, 88 pegawai dan kakitangan PDRM dan 15 kakitangan JKM berdepan tugas berat apabila mereka juga perlu dikuaratin.

Baca pengalaman mereka memberikan khidmat secara cermat dan teliti dalam penjagaan 107 rakyat Malaysia dan beberapa waris bukan warganegara sepanjang tempoh 14 hari kuaratin.

Dr Tedros di Geneva

Tue Feb 18 2020

“Outside China, there are now 804 cases in 25 countries, with three deaths”, @WHO chief @DrTedros updated journalists in Geneva on #COVID19, the corona virus.https://t.co/KvAMHg1xR4

— UN News (@UN_News_Centre) February 18, 2020

Dua lagi warga China di Malaysia pulih

Tue Feb 18 2020

Pasangan suami isteri warga China positif COVID-19 dibenarkan keluar Hospital Permai, Johor Bahru petang Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka disahkan sembuh sepenuhnya selepas keputusan ujian COVID-19 ulangan kali kedua berturut-turut, didapati negatif.

Saham Apple jatuh 3 peratus

Tue Feb 18 2020

Saham Apple jatuh lebih tiga peratus dalam dagangan Selasa, susulan kenyataan Apple berkenaan operasi dan jualannya di China.

Sebelum ini syarikat teknologi Apple, memberi amaran kepada pelaburnya yang ia mungkin tidak capai sasaran kewangan untuk suku kedua.

Sidang media harian Ketua Pengarah WHO

Tue Feb 18 2020

At the risk of sounding like a broken record, I must say again that the ?? has a window of opportunity to slow the #COVID19 outbreak & we must seize it, now. Today I told media about the massive preparedness activities @WHO & countries are engaged in.https://t.co/2xwryYLLTl

— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) February 18, 2020

Individu dikuarantin puas hati

Tue Feb 18 2020

Kumpulan yang menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat pemantauan di AKEPT, Nilai, berpuas hati dengan layanan baik yang diberikan petugas yang terlibat.

Beliau adalah antara 107 individu merangkumi rakyat Malaysia dan ahli keluarga mereka yang dibawa pulang dengan penerbangan khas dari Wuhan pada 4 Feb lepas.

Pada Selasa, mereka dibenarkan meninggalkan AKEPT selepas tamat tempoh kuarantin dan disahkan bebas daripada jangkitan COVID-19.


Empat kes baharu di Singapura, jumlah terkini 81

Tue Feb 18 2020

Kementerian Kesihatan Singapura pada Selasa mengesahkan empat lagi kes positif jangkitan COVID-19 di republik itu, seorang daripadanya warga Malaysia.

Perkembangan terbaru ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 81 orang.

Wanita berusia 35 tahun itu pemegang Pas Kerja Singapura dan tiada rekod perjalanan ke China baru-baru ini, tetapi merupakan ahli keluarga Kes 72.

Ekonomi Korea Selatan darurat - Moon Jae-In

Tue Feb 18 2020

Data setakat Selasa, jam 11 malam

Tue Feb 18 2020

Data Novel Koronavirus (COVID-19) setakat Selasa pukul 11 malam.

Astro AWANI akan kemas kini data dari semasa ke semasa untuk dikongsikan kepada umum.

Ikuti lapor langsung mengenai perkembangan terkini #COVID19 di https://t.co/YniXLm3WQj#AWANInews pic.twitter.com/dEGqlCc0Ei

— ????Astro AWANI???? (@501Awani) February 18, 2020

Pengarah hospital Wuhan meninggal dunia

Tue Feb 18 2020

Pengarah Hospital Wuhan Wuchang di Wuhan, China maut akibat jangkitan COVID-19.

Mendiang Liu Zhiming disahkan meninggal dunia pada jam 10:30 pagi tadi.

Diamond Princess: Dua rakyat Malaysia positif sedang dirawat di Jepun

Tue Feb 18 2020

Dua rakyat Malaysia di atas kapal Diamond Princess disahkan positif COVID-19 dan sedang dirawat di Jepun, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Selain itu, katanya, terdapat dua lagi rakyat Malaysia yang masih menunggu keputusan ujian COVID-19.


Bilangan kes menurun melegakan - Pakar Kesihatan Awam

Tue Feb 18 2020

Dua rakyat Malaysia atas Diamond Princess positif - Noor Hisham

Tue Feb 18 2020

Pengarah hospital Wuhan masih 'bertarung nyawa'

Mon Feb 17 2020

Pengarah sebuah hospital di Wuhan, China dilapor berada dalam keadaan kritikal susulan dijangkiti virus COVID-19 yang sudah meragut lebih 1,800 nyawa setakat ini.

Memetik laporan The People’s Daily, Dr Liu Zhiming yang menyandang jawatan Pengarah Hospital Wuchang kini sedang dirawat.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

93 lagi kematian di Hubei

Mon Feb 17 2020

Angka kematian di Hubei, China terus meningkat apabila 93 lagi kematian dilaporkan.

Jumlah ini menjadikan angka kematian di Hubei setakat ini pada 1,789.

Dalam pada itu, sebanyak 1,807 kes baharu dilapor menyaksikan penurunan jumlah kes baharu pada Isnin.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Kotak kuarantin

Mon Feb 17 2020

Photos of the flights evacuating US citizens from the quarantined Diamond Princess. Kalitta Air 747 freighters with palletised seating, divided into compartments. USAF bases (Lackland & Travis) being used as reception airfields. pic.twitter.com/vj0RrL3mKA

— Andy Netherwood (@AndyNetherwood) February 17, 2020

Penumpang Delta Air dicari

Mon Feb 17 2020

Delta Air Lines says it's contacting passengers who were on a recent flight between Honolulu and Nagoya, Japan, after reports that two passengers are being treated for coronavirus https://t.co/RkbLMSuCiy pic.twitter.com/xMG4oWIpKG

— CNN Breaking News (@cnnbrk) February 17, 2020

Lebih $42 juta diperlukan

Mon Feb 17 2020

UNICEF umum ia perlu lebih $42 juta untuk meningkatkan tindakan dalam menangani COVID-19.

"Fokus semasa ialah mengurangkan jangkitan antara manusia juga membantu kanak-kanak di mana akses kepada perkhidmatan am terganggu," kata Pengarah Eksekutif Henrietta Fore dalam satu kenyataan.

Mulai hari ini, WHO akan laporkan bilangan semua kes positif

Mon Feb 17 2020

From today, WHO will report all #COVID19 confirmed cases, including laboratory-confirmed as previously reported, and clinically diagnosed cases (currently only applicable to Hubei province, #China????)

WHO Situation Report 17 February 2020 https://t.co/RqlUPOzido pic.twitter.com/RtJiPvjR7o

— World Health Organization (WHO) (@WHO) February 17, 2020

Hala tuju, promosi TMM2020 diubah

Mon Feb 17 2020

Hala tuju dan promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM2020) perlu diubah, bagi diselarikan dengan situasi negara yang sedang berhadapan dengan COVID-19.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata penularan COVID-19 yang memberi kesan kepada negara serta industri pelancongan antarabangsa, memerlukan satu inisiatif dan strategi berkesan, untuk memastikan misi menarik kehadiran pelancong tidak terjejas.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

14 penumpang Diamond Princess positif

Mon Feb 17 2020

Sejumlah 14 penumpang yang dibawa keluar dari kapal persiaran Diamond Princess disahkan positif.

Mereka merupakan antara 300 warga Amerika Syarikat (AS) yang diterbangkan dengan pesawat tempahan khas ke pangkalan tentera udara AS.

2,051 kes baharu di China - WHO

Mon Feb 17 2020

In the past 24 hours #China has reported 2051 new #COVID19 cases, which includes both clinically- & lab-confirmed cases. As more data comes in from ????, we’re starting to get a clearer picture of the outbreak, how it’s developing & where it could be headed.https://t.co/mdybD1H5bv

— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) February 17, 2020

Hong Kong sahkan 3 kes baharu

Mon Feb 17 2020

Tiga kes baharu disahkan di Hong Kong, menjadikan angka semasa 60 kes positif, termasuk satu kematian.

Kes terbaharu ialah lelaki berusia 69 tahun tanpa simptom jangkitan dan rekod perjalanan, dan lelaki 45 tahun yang berkait dengan kes terdahulu,

Satu lagi kes melibatkan wanita 46 tahun yang berkahwin dengan pesakit yang disahkan dijangkiti pada Ahad.

467 dipantau di AS

Mon Feb 17 2020

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS) menyenaraikan 467 orang yang dipantau di 42 negeri.

Daripada jumlah itu, 15 disahkan positif, 392 negatif, dan 60 masih menunggu keputusan.

Pengarah hospital Wuhan masih kritikal

Mon Feb 17 2020

NOW: Liu Zhiming, director of Wuchang hospital in Wuhan, is said to be seriously ill and in life support; reports of his death have now been denied by local media citing family and hospital sources

— BNO Newsroom (@BNODesk) February 17, 2020

Taiwan, Singapura sahkan 2 lagi kes

Mon Feb 17 2020

Dua lagi kes disahkan di Singapura, menjadikan jumlah keseluruhan di negara itu kini 77.

Kes pertama melibatkan warga Singapura berusia 76 tahun yang dibawa keluar dari Wuhan, China pada 9 Februari.

Seorang lagi merupakan lelaki berusia 35 tahun tanpa rekod terkini melancong China dan ada kaitan dengan kes terdahulu.

Lima pesakit didiscaj dari hospital, menjadikan jumlah yang pulih kepada 24 di Singapura.

Sementara itu, Taiwan umum dua kes baharu menjadikan jumlah semasa 22 dengan satu kematian.

Kes terbaharu ini melibatkan seorang wanita berusia 80-an dan lelaki berusia 30-an. Kedua-dua mereka ada kaitan dengan kes yang diumu semalam.

Jepun sahkan 5 lagi dijangkiti

Mon Feb 17 2020

Lima lagi di Jepun disahkan dijangkiti COVID-19.

Pesakit dilaporkan bukan dari kapal persiaran Diamond Princess.

Ini menjadikan jumlah semasa di Jepun sahaja sebanyak 62 kes, manakala angka keseluruhan di Jepun ialah 518.

Malaysia hubungi Kemboja

Mon Feb 17 2020

Kerajaan Malaysia hari ini telah berhubung dengan dengan Kerajaan Kemboja susulan satu kes positif COVID-19 yang dikesan terhadap seorang penumpang kapal persiaran, MS Westerdam yang berlabuh di negara itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata beliau menghubungi rakan sejawatnya dari Kemboja, Prof Mam Bunheng melalui telesidang bagi maklumkan kepada situasi terkini pesakit warganegara Amerika Syarikat tersebut.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Jepun sahkan 2 lagi kes

Mon Feb 17 2020

Dua lagi pesakit disahkan dijangkiti COVID-19 di Jepun.

Salah seorang merupakan pembantu pentadbiran kementerian yang bekerja di atas kapal persiaran Diamond Princess di mana ratusan penumpang disahkan dijangkiti.

Seorang lagi mangsa merupakan jururawat berusia 40-an yang merawat pesakit lain berusia 80-an yang dijangkiti virus itu di Kanagawa.

Pesakit itu kemudian meninggal dunia menjadikannya mangsa pertama di Jepun yang terkorban akibat virus itu.

Thailand sahkan kes terbaharu

Mon Feb 17 2020

Thailand mengesahkan kes terbaharu koronavirus, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu kini 35.

Pesakit terbaharu merupakan wanita China berusia 60 tahun yang mana ahli keluarganya terlebih dahulu dijangkiti.

Makmal AS papar imej baharu COVID-19

Mon Feb 17 2020

Pada 11 Februari, pakar-pakar di Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NIAID) di Montana, Amerika Syarikat telah memuat naik sebuah galeri yang mengandungi imej terbaharu koronavirus menggunakan pelbagai jenis mikroskop pengimbas elektron.

Menurut laman rasmi NIAID, sampel imej koronavirus SARS-CoV-2 (yang dahulu dikenali sebagai 2019-nCoV) ialah sebahagian daripada kajian di Regional Medical Laboratory (RML).


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Senator AS dakwa virus berasal dari makmal

Mon Feb 17 2020

China didakwa masih melindungi punca sebenar penularan wabak COVID-19 yang sebelum ini dikatakan bermula di sebuah pasar makanan laut di Wuhan, China.

Senator Amerika Syarikat, Tom Cotton ketika ditemu bual Sunday Morning Futures menerusi saluran Fox News sekali lagi menegaskan kerajaan China menipu sejak dahulu dan terus menipu sehingga hari ini.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

'Ejen syaitan' sebar virus dalam lif ditahan

Mon Feb 17 2020

Ketika seluruh dunia mengambil langkah berjaga-jaga daripada dijangkiti virus COVID-19, ada pula kalangan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri dan bersikap acuh tak acuh tentang isu penjagaan kesihatan.

Beberapa perkongsian video mula tular yang memaparkan kelibat individu tidak bertanggungjawab yang sengaja menyebarkan apa yang didakwa virus COVID-19 melalui air liur mereka pada butang lif.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Data terkini mengikut negara

Mon Feb 17 2020
Data terkini mengikut negara

COVID-19: Sepintas lalu

Mon Feb 17 2020
COVID-19: Sepintas lalu

Data terkini mengikut negara

Mon Feb 17 2020
Data terkini mengikut negara

Data terkini mengikut negara

Mon Feb 17 2020
Data terkini mengikut negara

Korea Selatan sahkan 1 lagi kes

Mon Feb 17 2020

Korea Selatan mengesahkan satu lagi kes jangkitan COVID-19 menjadikan jumlah semasa 30 di negara itu.

Peguam, isteri enggan tinggalkan Diamond Princess

Mon Feb 17 2020

Seorang peguam Amerika Syarikat (AS) dan isterinya memilih untuk terus berada di atas kapal pelayaran koronavirus yang berlabuh di pantai Jepun kerana berasa lebih selamat di situ.

Matthew Smith dan isterinya Katherine berkata mereka merancang untuk terus berada di dalam kapal persiaran mewah Diamond Princess walaupun kerajaan AS mengulangi hasrat membawa pulang ratusan warganya dari situ.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

100 lagi kematian dilapor di China

Sun Feb 16 2020

Angka kematian akibat jangkitan COVID-19 meningkat melebihi 1,765 di Hubei, China apabila 100 lagi korban dilaporkan.

Suruhanjaya Kesihatan Hubei mengumumkan 1,933 kes jangkitan terbaharu menjadikan jumlah kes keseluruhan
di wilayah itu mencapai 58,182 pada Ahad.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Warga AS dalam Diamond Princess terbang ke California

Sun Feb 16 2020

Sekumpulan besar pelancong warga Amerika Syarikat yang berada di dalam kapal persiaran Diamond Princess di Jepun dilihat menaiki sebuah pesawat tempahan khas di Lapangan Terbang Haneda di Tokyo.

Warga AS dari Diamond Princess tiba di lapangan terbang

Sun Feb 16 2020

Warga Amerika Syarikat (AS) dari kapal persiaran Diamond Princess di Jepun yang mengambil bahagian dalam pemindahan sukarela oleh kerajaan AS tiba di Lapangan Terbang Haneda di Tokyo.

Konvoi 10 bas itu diiiringi polis.

Mereka bakal menaiki dua pesawat Boeing 747 yang dicartar dari Kalitta Air, dan bakal berlepas ke Pangkalan Tentera Udara Travis di California.

Penumpang perlu menjalani satu lagi proses kuarantin selama 14 hari sebaik tiba di AS.

40 warga AS antara yang dijangkiti

Sun Feb 16 2020

Sejumlah 40 warga Amerika Syarikat (AS) yang dikuarantin di dalam kapal persiaran Diamond Princess di Jepun dikesan dijangkiti COVID-19.

Pesakit dikuarantin di hospital di Jepun.

Mereka antara 400 penumpang dari AS yang dijadual dibawa keluar dari kapal persiaran itu melalui dua pesawat tempahan khas pagi ini.

Jepun sahkan 6 kes baharu

Sun Feb 16 2020

Jepun mengesahkan enam lagi kes jangkitan yang dikesan di negara itu yang bukannya dari kapal persiaran Diamond Princess.

Ini menjadikan jumlah terkini kes jangkitan di Jepun ialah 412 (356 dari kapal persiaran Diamond Princess, 56 dalam Jepun).

Tiga kes baharu di Singapura, jumlah kini 75 kes

Sun Feb 16 2020

Tiga lagi kes positif jangkitan COVID-19 di Singapura direkodkan, menjadikan jumlah kesuluruhan kes kepada 75.

Memetik laporan Channel News Asia, Kementerian Kesihatannya memaklumkan, kes ke-73 melibatkan seorang anggota Pasukan Angkatan Udara Singapura (RSAF) yang mempunyai kontak semasa menghadiri upacara keagamaan di gereja.

Mangsa merupakan antara dua kes terbaharu yang direkodkan dari gereja tersebut.

KLIK DI SINI UNTUK PERKEMBANGAN LANJUT

Taiwan rekod kematian pertama akibat COVID-19

Sun Feb 16 2020

Taiwan mengesahkan kematian pertama akibat wabak novel koronavirus (COVID-19), lapor Reuters pada Ahad.

Menteri Kesihatan, Chen Shih-chung memaklumkan mangsa yang merupakan pemandu teksi berusia 61 tahun itu tiada rekod perjalanan ke luar negara baru-baru ini.

Namun, mangsa membawa penumpang kebanyakannya daru Hong Kong, Macau dan China.

KLIK DI SINI UNTUK PERKEMBANGAN LANJUT

Malaysia hubungi Kemboja

Sun Feb 16 2020

Kerajaan Malaysia hari ini telah berhubung dengan dengan Kerajaan Kemboja susulan satu kes positif COVID-19 yang dikesan terhadap seorang penumpang kapal persiaran, MS Westerdam yang berlabuh di negara itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata beliau menghubungi rakan sejawatnya dari Kemboja, Prof Mam Bunheng melalui telesidang bagi maklumkan kepada situasi terkini pesakit warganegara Amerika Syarikat tersebut.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Kapal persiaran berlabuh di China tidak dibenar masuk

Sun Feb 16 2020

Kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan mana-mana kapal persiaran yang berlepas atau transit di mana-mana pelabuhan di negara China daripada memasuki Malaysia.

Ia susulan seorang wanita warga Amerika (AS), yang juga penumpang dari kapal persiapan mewah MS Westerdam yang berlabuh di Kemboja pada Khamis lalu disahkan positif koronavirus (COVID-19) ketika memasuki Malaysia pada Sabtu.

KLIK DI SINI UNTUK PERKEMBANGAN LANJUT

143 penumpang kapal persiaran MS Westerdam lepasi ujian saringan

Sun Feb 16 2020

Seramai 143 penumpang dari kapal persiaran mewah MS Westerdam yang memasuki Malaysia selepas berlepas dari Kemboja disahkan melepasi saringan dan tidak bergejala COVID-19.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, daripada jumlah tersebut, 137 telah meneruskan perjalanan sementara enam lagi masih menunggu penerbangan sambungan ke destinasi masing-masing.

KLIK DI SINI UNTUK PERKEMBANGAN LANJUT

Tawar promosi hebat pikat pelancong domestik - MATTA

Sun Feb 16 2020

Penyedia perkhidmatan pelancongan seperti syarikat penerbangan, hotel, restoran dan taman tema, perlu menawarkan promosi hebat yang mampu memikat pelancong domestik.

Selain menarik lebih ramai pelancong tempatan, langkah itu juga dapat mengurangkan kesan kerugian akibat pembatalan tempahan baru-baru ini susulan penularan COVID-19.

Presiden MATTA Datuk Tan Kok Liang turut menyarankan pengusaha pelancongan lebih inovatif dengan menawarkan pakej pengembaraan yang menarik bagi memenuhi kehendak pelbagai segmen.

Khalid Free Spirit World Tour Asia 2020 ditunda

Sun Feb 16 2020

Penyanyi dan penulis lagu AS, Khalid umum tangguh konsert jelajah Asia, Khalid Free Spirit World Tour Asia 2020 di beberapa negara termasuk Malaysia.

Penangguhan disebabkan wujud "larangan dan nasihat perjalanan yang dikeluarkan di beberapa negara Asia baru-baru ini".

Cuci tangan anda untuk elak jangkitan - Tedros

Sun Feb 16 2020

Everyone should clean hands frequently to ward off infections. Glad to see hand sanitizers throughout @MunSecConf. They keep us safe from flu, common cold, and #COVID19! Example of preparedness on a small scale #MSC2020 ???? pic.twitter.com/FfF8vlzV6X

— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) February 15, 2020

139 kematian baru, 1,843 jangkitan baru di Hubei

Sun Feb 16 2020

Hubei melaporkan 139 kematian baru dan 1,843 kes baru positif COVID-19 setakat ini.

Daripada jumlah itu, 1,548 adalah di Wuhan, di mana wabak itu telah bermula.

Angka kematian dan jumlah kes baru di Hubei menurun berbanding hari sebelumnya, apabila ia merekodkan hanya 2,420 kes jangkitan baru.

Jumlah ini membawa kepada 1,596 kematian dan 56,249 jangkitan COVID-19 di wilayah itu setakat ini.

Video petugas perubatan menari di Wuhan curi perhatian

Sun Feb 16 2020

Data setakat pukul 8 pagi Ahad

Sun Feb 16 2020

Data Novel Koronavirus (COVID-19) setakat pukul 8 pagi ini.

Astro AWANI akan kemas kini data dari semasa ke semasa untuk dikongsikan kepada umum.

Ikuti lapor langsung mengenai perkembangan terkini #COVID19 di https://t.co/YniXLm3WQj#AWANInews pic.twitter.com/Zt7bTBPXfI

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) February 16, 2020

Video petugas perubatan menari di Wuhan curi perhatian

Sat Feb 15 2020

Sepasukan pengamal perubatan yang dipinjamkan ke Wuhan mencuri tumpuan apabila cuba mententeramkan situasi dengan menari bersama pesakit di sebuah hospital sementara.

Perkara itu menjadi perbualan hangat apabila video mereka tular di media sosial.

Itali bawa pulang rakyat terakhir dari Wuhan pada Sabtu

Sat Feb 15 2020

Ketua Pengarah WHO mohon solidariti

Sat Feb 15 2020

Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus meminta semua pihak bersatu padu dalam memerangi wabak COVID-19.

Katanya, perkara yang menjadi musuh utama penularan wabak itu adalah “stigma masyarakat yang menjadikan semua pihak saling menentang antara satu sama lain.”

Lima lagi kes di Singapura

Sat Feb 15 2020

Kementerian Kesihatan Singapura pada Sabtu mengesahkan lima lagi kes jangkitan COVID-19 di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 72.

Kes baharu itu melibatkan tiga rakyat Singapura dan masing-masing seorang warga Bangladesh dan China yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China baru-baru ini.

Sementara itu, 18 kes telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan itu dan telah dibenarkan keluar hospital.

Malaysia masih selamat untuk dikunjungi - TPM

Sat Feb 15 2020

Rakyat diseru untuk bersama-sama memberikan mesej yang positif, bahawa Malaysia masih selamat untuk dikunjungi, walaupun negara kini berdepan dengan penularan COVID-19.

Pada masa yang sama, beliau turut menasihati rakyat untuk tidak menyebarkan dan mempercayai berita tidak benar atau maklumat palsu di media sosial dan menggalakkan masyarakat sentiasa merujuk portal ‘sebenarnya.my'.

Katanya dalam usaha menangani persepsi negatif terhadap penularan COVID-19, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Pemulihan Pelancongan, bagi merangka strategi pemulihan industri pelancongan negara, yang terkesan dengan keadaan itu.

Data COVID-19 setakat ini

Sat Feb 15 2020

Data Novel Koronavirus (COVID-19) setakat pukul 12 tengah malam ini.

Astro AWANI akan kemas kini data dari semasa ke semasa untuk dikongsikan kepada umum.

Ikuti lapor langsung mengenai perkembangan terkini #COVID19 di https://t.co/YniXLm3WQj#AWANInews pic.twitter.com/Zq6X0ndWZe

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) February 15, 2020

Malaysia rekod kes ke-22

Sat Feb 15 2020

Satu lagi kes baharu direkodkan di negara ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah 22 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kes terbaharu ini melibatkan seorang wanita warga Amerika Syarikat berusia 83 tahun.

Tedros puji China pada persidangan Munich

Sat Feb 15 2020

"We are encouraged that the steps #China has taken to contain the outbreak at its source appear to have bought the world time – even though those steps have come at greater cost to China itself," says @DrTedros in his update on #COVID19 at #MSC2020. @WHO #coronavirus pic.twitter.com/tThddMnxkj

— Munich Security Conference (@MunSecConf) February 15, 2020

Perancis catat kematian pertama

Sat Feb 15 2020

Seorang pelancong China dilaporkan meninggal dunia di Perancis selepas dijangkiti COVID-19, sekali gus menjadi kes kematian pertama akibat virus itu di luar Asia.

Mangsa adalah wanita berusia 80 tahun dari wilayah Hubei, China, menurut Menteri Kesihatan Perancis, Agnès Buzyn.

Nelayan disiasat sebar berita palsu

Sat Feb 15 2020

Ekoran penyebaran berita palsu berhubung COVID-19, Polis Kelantan sudah memanggil seorang lelaki berusia 64 tahun untuk diambil keterangan.

Lelaki terbabit yang bekerja sebagai nelayan disyaki menyebarkan maklumat tidak benar berkenaan menerusi WhatsApp, kata Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Abdullah Mohamad Piah.

Pihaknya menerima satu laporan polis yang dibuat baru-baru ini dan berjaya mengesan lelaki terbabit dan sudah mengambil keterangan sebelum membuka satu kertas siasatan.

Kematian di China meningkat kepada 1,524 orang

Sat Feb 15 2020

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan negara China memaklumkan angka kematian di republik itu akibat wabak COVID-19 meningkat kepada 1,524, setakat Sabtu.

Pihak berkuasa itu berkata, sebanyak 66,492 kes positif telah dilaporkan, dengan 2,280 kes baharu dikesan, sementara seramai 143 orang maut dalam tempoh 24 jam lalu.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Satu lagi kes baharu di Thailand

Sat Feb 15 2020

Thailand mengesahkan satu kes baharu COVID-19 membabitkan seorang anggota pasukan perubatan Thai.

Kes terbaharu itu menjadikan jumlah pesakit positif dijangkiti virus tersebut sebanyak 34 orang.

Perkara itu disahkan pegawai Kementerian Kesihatan Awam Thailand.


Wabak COVID-19 kekal jadi keutamaan China

Sat Feb 15 2020

Hun Sen alu-alukan penumpang MS Westerdam

Sat Feb 15 2020

Perdana Menteri Kemboja Hun Sen pada Jumaat mengalu-alukan ratusan penumpang kapal persiaran MS Westerdam yang meninggalkan negara itu untuk pulang ke negara asal masing-masing.

Pada masa sama, terdapat juga penumpang yang mahu melawat Kemboja dan diberi kebenaran berbuat demikian.

"Kemboja bebas koronavirus, walaupun faktor takut itu memang wujud," katanya menjelaskan keputusan Kemboja menerima penumpang kapal itu setelah beberapa negara lain menolak.



MS Westerdam berlabuh di Kemboja

Sat Feb 15 2020

KKM sahkan dua lagi kes

Sat Feb 15 2020

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan dua lagi kes jangkitan COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 21 kes di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dalam satu sidang media pada pagi Sabtu menjelaskan kes terbaru itu melibatkan dua warganegara China.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Beijing keluarkan arahan kuarantin

Sat Feb 15 2020

Rakyat Korea yang dikuarantin dibenarkan pulang

Sat Feb 15 2020

Seramai 700 warga Korea Selatan yang dibawa pulang dari China ekoran wabak COVID-19 akan dibebaskan daripada kuarantin pada Sabtu dan Ahad.

Mereka dikuarantin di dua pusat kemudahan di Asan dan Jincheon, di selatan Seoul, selama lebih dua minggu.

Mereka diisytiharkan bebas virus itu berdasarkan ujian terakhir yang dibuat pada Khamis dan dibenarkan pulang.


Angka kematian di China mencecah 1,523

Fri Feb 14 2020

China melaporkan 2,641 kes COVID-19 yang baru disahkan dan 849 kes baru yang serius pada Sabtu.

Sebanyak 143 orang meninggal dunia pada Sabtu, menjadikan jumlah kematian di negara itu sebanyak 1,523.

Pada masa sama, terdapat 2,277 kes baru yang disyaki COVID-19.

Berita lanjut di sini.


WHO sahkan kes pertama di Mesir

Fri Feb 14 2020

.@WHO confirms first #COVID19 case in Egypt, after official confirmation by Egyptian Ministry of Health & Population. @WHOEgypt & @mohp_gov_eg are collaborating closely in outbreak investigation & response actions.
# of confirmed cases in @WHOEMRO Region to date:
UAE: 8
Egypt: 1 pic.twitter.com/00PFDrWzdD

— WHO EMRO (@WHOEMRO) February 14, 2020

Pegawai kesihatan China "tersalah kira" angka kematian

Fri Feb 14 2020

Dalam masyarakat sivil dunia sedang gempar dengan jumlah kematian yang semakin meningkat, pegawai perubatan di China pula tersilap kira angka mangsa yang telah meninggal dunia.

Semakan angka kematian, jumlah jangkitan

Fri Feb 14 2020

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China menyemak semula jumlah jangkitan dan kematian yang dilapor di negara itu.

Angka kematian di China diturunkan sebanyak 108 daripada 1,488 kepada 1,380, selepas pegawai bertanggungjawab menyedari kesilapan mengira mangsa sebanyak dua kali.

Suruhanjaya itu juga menyemak semula jumlah keseluruhan kes jangkitan sebanyak 1,043 selepas disahkan.

Jumlah keseluruhan kini berada pada 63,851.

COVID-19: Maklumat ringkas

Fri Feb 14 2020
COVID-19: Maklumat ringkas

Data terkini mengikut negara

Fri Feb 14 2020
Data terkini mengikut negara

Data terkini mengikut negara

Fri Feb 14 2020
Data terkini mengikut negara

Data terkini mengikut negara

Fri Feb 14 2020
Data terkini mengikut negara

Hong Kong sahkan 3 lagi kes

Fri Feb 14 2020

Hong Kong mengesahkan tiga lagi kes jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara itu kini 53.

Mangsa, lelaki berusia 43 tahun, itu merupakan saudara kepada kes terdahulu. Dia dilaporkan menghidap batuk pada 29 Januari sebelum mengalami muntah dan cirit-birit sejak 31 Januari.

Dua lagi kes baharu melibatkan wanita 67 tahun dan anaknya yang berusia 37 tahun.

Mereka dilapor pernah makan malam dengan tiga pesakit koronavirus di sebuah restoran makanan laut.

Si ibu menghidap batuk pada 31 Januari dan demam pada 1 Februari manakala anaknya menghidap demam pada 8 Februari.

COVID-19: 4,823 kes baharu, 116 kematian di Hubei, China

Fri Feb 14 2020

Sebanyak 4,823 kes baharu dilaporkan di Hubei, China dengan angka korban bertambah 116 lagi menjadikan jumlah kematian di seluruh dunia kini 1,486.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Pesakit pertama di Jerman pulih

Thu Feb 13 2020

Salah seorang daripada 16 pesakit di Jerman dibenarkan pulang setelah menunjukkan tanda pulih daripada jangkitan COVID-19.

Pesakit itu didapati sihat dan memenuhi kriteria untuk dibenarkan keluar hospital, kata Menteri Kesihatan.

AS sahkan kes ke-15

Thu Feb 13 2020

Amerika Syarikat mengesahkan satu lagi kes jangkitan positif COVID-19, menjadikan jumlah kes semasa di negara Uncle Sam itu kini 15.

Pesakit kini dirawat di sebuah Hospital Methodist Texsan di San Antonio, Texas.

Pesakit merupakan seorang lagi warga AS yang dibawa pulang dari China dan dikuarantin di Pangkalan Udara Tentera Udara Lackland.

Mangsa yang kini berada dalam keadaan stabil dikesan positif setelah menunjukkan simptom demam.

Jepun sahkan kematian pertama

Thu Feb 13 2020

Jepun mengesahkan kematian pertama akibat jangkitan COVID-19 di negara itu.

Menteri Kesihatan, Katsunobu Kato berkata mangsa merupakan wanita berusia 80-an yang terlah dirawat di hospital sejak 1 Februari apabila dia pada awalnya didiagnosis menghidap pneumonia.

Wanita itu, penduduk wilayah Kanagawa dekat Tokyo, ialah ibu mentua pemandu teksi yang baru saja disahkan menghidap jangkitan itu.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH


Universiti awam ada kuasa autonomi tangguh kelas

Thu Feb 13 2020

Universiti Awam (UA) mempunyai kuasa autonomi sendiri dalam membuat sebarang keputusan melibatkan arahan penangguhan kelas pengajian susulan penularan jangkitan COVID-19.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata keputusan yang sama telah dilaksanakan UA apabila negara dilanda jerebu sebelum ini, bagi memastikan kesihatan setiap warga universiti terjaga.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

WS Westerdam berlabuh di Kemboja

Thu Feb 13 2020

Kapal persiaran WS Westerdam akhirnya diterima untuk berlabuh di perairan Kemboja pada Khamis selepas ditolak oleh empat buah negara yang khuatir dengan wabak COVID-19.

Kapal yang membawa 2,200 penumpang termasuk 802 anak kapal itu sebelum ini tidak diterima untuk berlabuh di Jepun, Filipina, Taiwan dan Thailand.

44 lagi dikesan positif atas kapal Diamond Princess

Thu Feb 13 2020

Sejumlah 44 penumpang lagi dikesan positif COVID-19 di atas kapal persiaran Diamond Princess yang kini berlabuh diYokohama.

Menteri Kesihatan Jepun, Katsunobu Kato berkata kes terbaharu ini menjadikan jumlah jangkitan yang dikesan di atas kapal itu sebanyak 219, termasuk seorang pegawai kuarantin Jepun.

Jumlah jangkitan di Jepun ini merupakan yang tertinggi dicatatkan di luar China.

Ibu maut selepas panik anak 'akan dibunuh' kerana COVID-19

Thu Feb 13 2020

Dikejutkan oleh berita anaknya dijangkiti koronavirus (COVID-19), seorang ibu diserang sakit jantung secara tiba-tiba sebelum disahkan meninggal dunia dalam kejadian di Kampung Patakhali, Bangladesh pada Selasa.

Renuka Roptan, 56, sebelum itu panik apabila penduduk kampung kecoh mengatakan anaknya, Ratan Roptan, 35, perlu dibunuh kerana positif koronavirus (COVID-19).


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH


Korea Utara panjangkan tempoh kuarantin

Thu Feb 13 2020

Korea Utara memanjangkan tempoh kuarantin dari 15 ke 30 hari.

Setakat ini, tiada kes jangkitan COVID-19 dilaporkan di Korea Utara, dan tidak diketahui bagaimana negara itu berjaya terhindar daripada dijangkiti.

COVID-19: Statistik jangkitan & kematian

Thu Feb 13 2020
COVID-19: Statistik jangkitan & kematian

Taburan data mengikut negara

Thu Feb 13 2020
Taburan data mengikut negara

Taburan data mengikut negara

Thu Feb 13 2020
Taburan data mengikut negara

Taburan data mengikut negara

Thu Feb 13 2020
Taburan data mengikut negara

Taburan data mengikut negara

Thu Feb 13 2020
Taburan data mengikut negara

Data terkini COVID-19

Thu Feb 13 2020
Data terkini COVID-19

Kes positif COVID-19 di Malaysia

Thu Feb 13 2020
Kes positif COVID-19 di Malaysia

Kes positif COVID-19 di Malaysia

Thu Feb 13 2020
Kes positif COVID-19 di Malaysia

Kes positif COVID-19 di Malaysia

Thu Feb 13 2020
Kes positif COVID-19 di Malaysia

Kes positif COVID-19 di Malaysia

Thu Feb 13 2020
Kes positif COVID-19 di Malaysia

AS sahkan kes ke-14

Thu Feb 13 2020

Amerika Syarikat (AS) mengesahkan satu lagi kes jangkitan koronavirus (COVID-19).

Kes yang dilapor berlaku di California Selatan itu membabitkan warganya yang dibawa pulang dari Wuhan.

Pesakit merupakan kes ke-14 di AS dan kes ke-8 di California.

242 lagi maut di China

Thu Feb 13 2020

Angka kematian di Hubei meningkat 242 kes lagi dengan jumlah keseluruhan korban di seluruh dunia kini 1,360.

Dua kematian di luar China dilapor di Hong Kong dan Filipina.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Lebih 14,800 kes baharu

Thu Feb 13 2020

Lebih 14,800 kes baharu jangkitan koronavirus (COVID-19) dilaporkan di Hubei, China semalam.

Pihak berkuasa kesihatan China dilapor menggunakan kaedah baharu untuk mengesan jangkitan COVID-19.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Ugut bakar diri gara-gara majlis hari lahir batal

Wed Feb 12 2020

Seorang lelaki di barat daya China bertindak nekad menyiram badannya dengan petrol dan mengikat mercun pada pinggangnya untuk menakut-nakutkan orang ramai.

Menurut laporan media tempatan, dia bertindak demikian kerana pihak berkuasa membatalkan jamuan sambutan hari lahirnya susulan langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan koronavirus (COVID-19).


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

'Masih terlalu awal jangka COVID-19 akan berakhir' - WHO

Wed Feb 12 2020

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meminta masyarakat dunia agar berhati-hati kerana "masih terlalu awal" untuk menjangkakan penularan virus ini akan berakhir susulan penurunan kes terbaharu yang direkodkan.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata jumlah kes terbaharu di China stabil sepanjang minggu lalu namun ia perlu diperhalusi dengan langkah berhati-hati.

UK sahkan kes ke-9

Wed Feb 12 2020

Seorang wanita yang pulang dari China beberapa hari lalu disahkan dijangkiti COVID-19.

Kes terbaharu ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di United Kingdom sebanyak sembilan.

Menurut sumber, wanita itu mengalami simptom jangkitan ketika mendarat di Heathrow sebelum menghubungi NHS111 dan disahkan positif.

Wanita itu kini dirawat di London.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

'Dapatkan fakta daripada sumber sahih'

Wed Feb 12 2020

Penting bagi semua pihak mendapatkan kebenaran dan fakta daripada sumber yang sahih berhubung penularan COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

"Setiap orang mesti bertanggungjawab apabila berkongsi maklumat dan lebih baik bagi kita untuk tidak berkongsi jika sumber dan kesahihannya diragui," katanya dalam satu kenyataan.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Mobile World Congress dibatalkan

Wed Feb 12 2020

Mobile World Congress, acara tahunan terbesar dunia melibatkan teknologi telefon pintar, dibatalkan kerana penularan koronavirus.

Menurut kenyataan daripada penganjur, pembatalan itu disebabkan perkara-perkara membabitkan perjalanan dan isu-isu berkaitan yang mengakibatkan sukar bagi pihaknya untuk meneruskan acara itu.

Keputusan itu juga susulan penarikan diri beberapa syarikat teknologi utama yang terlebih awal menarik diri daripada menyertai acara itu atas sebab sama.

Pengalaman lepas jadikan Malaysia lebih siap sedia tangani COVID-19

Wed Feb 12 2020

Pengalaman Malaysia berdepan dengan krisis kesihatan seperti virus Zika, Influenza dan Nipah pada masa lepas membolehkan negara ini sentiasa dalam keadaan bersiap sedia menghadapi sebarang penularan penyakit berjangkit.

Ketua dan Pakar Perunding Kanan Jabatan Perubatan Kecemasan Universiti Malaya Prof Madya Datuk Dr M. Rishya berkata berdasarkan pengalaman itu, dengan beberapa penambahbaikan mengikut panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangkitan COVID-19 di negara ini dapat dikawal dan dikendalikan dengan baik.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

2 pesakit dibenar keluar hospital Perancis

Wed Feb 12 2020

Dua pesakit koronavirus di Perancis dibenarkan keluar selepas sembuh daripada jangkitan virus berbahaya itu.

Pesakit merupakan pasangan China dalam usia 30-an yang dikuarantin di Hospital Bichat di Paris.

Havard pelik Indonesia tiada kes COVID-19

Wed Feb 12 2020

Indonesia mengkritik kajian Universiti Harvard yang mempersoalkan ketiadaan kes COVID-19 di negara paling ramai di Asia Tenggara itu.

Kajian itu mempersoalkan ketiadaan kes COVID-19 di republik berkenaan walaupun negara berkenaan mempunyai laluan penerbangan yang luas ke China, termasuk ke Wuhan, lokasi tercetusnya wabak berkenaan.

"(Kajian) ini satu penghinaan!" tegas Menteri Kesihatan Indonesia, Terawan Agus Putranto.

COVID-19: Tiga lagi kes positif di Singapura

Wed Feb 12 2020

Singapura mengesahkan tiga kes baharu COVID-19, kata Pengarah Perkhidmatan Perubatan Kementerian Kesihatan, Kenneth Mak dalam satu sidang media pada Rabu.

Dua daripada kes itu dari gereja Grace Assembly of God dengan salah seorang mangsa bekerja di bank DBS di Pusat Kewangan Marina Bay.

Ketiga-tiga mangsa tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China dalam tempoh beberapa minggu ini.

Lebih 500 kakitangan hospital dijangkiti

Wed Feb 12 2020

Sekurang-kurangnya 500 kakitangan hospital di Wuhan sah dijangkiti novel koronavirus pada pertengahan Januari lalu.

Kebanyakannya kakitangan di Hospital Wuhan Xiehe dan Hospital Renmin.

Beberapa sumber perubatan yang mengesahkan perkara tersebut mendakwa situasi itu menyebabkan banyak hospital mengalami kekurangan pekerja.

Pakar perubatan ramal COVID-19 berakhir pada April

Wed Feb 12 2020

Penularan wabak novel koronavirus (COVID-19) yang memuncak di China bulan ini diramal berakhir pada April, menurut Pakar Epidemiologi yang juga Penasihat Perubatan Kerajaan China, Zhong Nanshan.

Katanya, dapatan itu adalah hasil penilaian terbaharu mengenai virus yang sudah merebak ke seluruh dunia itu.

Berita lanjut di sini.

Jumlah kematian global COVID-19 meningkat kepada 1,114 orang

Wed Feb 12 2020

Angka kematian di China akibat COVID-19 terus meningkat kepada 1,112 orang dengan pertambahan kes positif jangkitan sebanyak 44,437 orang, setakat ini.

Daripada jumlah itu, seramai 4,638 pesakit dilaporkan telah sembuh.

Keseluruhannya, jumlah kes COVID-19 di peringkat global setakat pukul 8 pagi ini adalah 44,914, melibatkan 29 negara.

Berita lanjut di sini.

Kes di Thailand bertambah satu lagi, jumlah terkini 33

Tue Feb 11 2020

Thailand pada Selasa mengesahkan satu kes baharu COVID-19 di negara itu, menjadikan jumlahnya kini 33 kes yang disahkan.

Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Thailand Suwannachai Wattanayingcharoenchai berkata kes positif terbaharu melibatkan pelancong berumur 54 tahun dari Wuhan.

Dia telah mengunjungi Thailand sebelum China mengenakan sekatan pergerakan keluar masuk di beberapa bandarnya akibat wabak koronavirus itu.

Pelancong Kanada antara tujuh suspek baharu di Sarawak

Tue Feb 11 2020

Seorang pelancong Kanada yang tiba di lapangan terbang Mulu dua hari lepas, adalah antara tujuh kes suspek baharu COVID-19 di Sarawak setakat pukul 10.30 pagi Selasa.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, sebelum tiba di Mulu, pelancong itu mengadu demam.

Rekod perjalanan menunjukkan beliau pernah singgah di beberapa bandar raya, termasuk Singapura, Bali, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.

COVID-19, nama rasmi novel koronavirus

Tue Feb 11 2020

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa memutuskan nama rasmi bagi novel koronavirus, iaitu COVID-19.

Menurut Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus, nama tersebut diberi berlandaskan garis panduan yang ditetapkan oleh Organisasi Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) dan Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO).

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH


COVID-19 nama baru virus

Tue Feb 11 2020

?? BREAKING ??

"We now have a name for the #2019nCoV disease:

COVID-19.

I’ll spell it: C-O-V-I-D hyphen one nine – COVID-19"

-@DrTedros #COVID19 pic.twitter.com/Kh0wx2qfzk

— World Health Organization (WHO) (@WHO) February 11, 2020

Malaysia kekalkan 14 hari tempoh inkubasi

Tue Feb 11 2020

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak akan memanjangkan tempoh inkubasi atau kuarantin kepada 24 hari ekoran dapatan terbaru pakar penyelidikan di China mengenai virus novel koronavirus (2019-nCoV).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menjelaskan buat masa ini pihaknya kekal dengan pendirian tempoh inkubasi selama 14 hari.

Malaysia dan Singapura tubuh jawatankuasa kerja bersama

Tue Feb 11 2020

Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa kerja bersama untuk menangani jangkitan novel koronavirus.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan penubuhan jawatankuasa bersama itu dibuat hasil perbincangan beliau dengan rakan sejawatnya di republik berkenaan.

Jawatankuasa kerja bersama ini akan diterajui oleh timbalan menteri kesihatan kedua-dua negara.

Malaysia-Singapura tubuh jawatankuasa kerja bersama perangi koronavirus

Tue Feb 11 2020

Koronavirus: China lapor 2,478 kes baru, 108 kematian baru

Mon Feb 10 2020

Pihak berkuasa kesihatan di China melaporkan 108 kematian baru pada Selasa akibat jangkitan koronavirus baharu 2019 (2019-nCoV), menjadikan jumlah keseluruhannya 1,018 kes kematian di republik itu.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan juga melaporkan 2,478 kes baru yang disahkan dijangkiti virus itu, menjadikan jumlah keseluruhan 42,638 pada Isnin.

Daripada kes kematian baru itu, 103 dilaporkan di wilayah Hubei - pusat bermulanya epidemik koronavirus novel itu - dan lima di wilayah lain.

Terdahulu pada Selasa, pihak berkuasa kesihatan Hubei melaporkan 2,097 kes jangkitan baru, menjadikan kesemuanya 24,953 menurut suruhanjaya kesihatan wilayah itu.

Sementara bilangan kes baru di Hubei menurun dari hari sebelumnya, jumlah kematian baru mencipta rekod tertinggi baru di wilayah itu apabila Hubei melaporkan 2,618 kes baru dan 91 kematian pada Ahad.

Dua lagi kes jangkitan koronavirus di Singapura

Mon Feb 10 2020

Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan dua lagi kes jangkitan novel koronavirus (2019-nCoV) di negara itu, menjadikan jumlah kes keseluruhan kepada 45.

Memetik laporan Channel News Asia, seorang lagi pesakit juga telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang.


22 kontak rapat dikesan babitkan kes ke-18

Mon Feb 10 2020

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sejumlah 22 kontak rapat telah dikesan melibatkan kes ke-18 yang disahkan positif Novel Koronavirus baharu (2019 nCov).

Ia susulan kes seorang lelaki lelaki warga Malaysia yang baharu pulang dari Macau, China pada 1 Februari lalu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata daripada jumlah tersebut, tiga orang terdiri daripada ahli keluarga dan baki 19 orang merupakan anggota kesihatan.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

KKM sahkan kes ke-18

Mon Feb 10 2020

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seorang lelaki yang pulang ke Banting, Selangor dari Macau, China positif novel koronavirus.

Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Isnin berkata lelaki berkenaan yang pulang ke Malaysia pada 1 Februari lalu berasa tidak sihat dan batuk sebelum mendapatkan rawatan di klinik.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

KP KKM jawab isu warga Malaysia dari Macau

Mon Feb 10 2020

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin merujuk kepada berita tular di media sosial mengenai seorang lelaki tempatan berumur 31 tahun yang bekerja di Macau, China dan mempunyai sejarah perjalanan melawat ke tanah besar China sebelum kembali ke Malaysia pada 1 Februari 2020.

Beliau mula merasa tidak sihat dan batuk pada 3 Februari 2020. Pada 4 dan 6 Februari 2020 beliau telah pergi ke klinik dan telah diberi ubat.

Pada 7 Februari 2020, beliau masih tidak sihat dan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan di mana selanjutnya pada hari yang sama beliau telah dirujuk ke Hospital Banting, Selangor untuk pemeriksaan dan rawatan.

Setelah disaring dan disiasat beliau dikesan mengalami radang paru-paru (pneumonia) dan telah dimasukkan ke hospital tersebut.

Pemeriksaan seterusnya mendapati beliau menghidap Severe Acute Respiratory Infection (SARI) dan memerlukan pemantauan rapi.

Beliau seterusnya telah dirujuk dengan segera ke Hospital Sungai Buloh. Pihak hospital sudah pun memulakan rawatan dan menjalankan siasatan lanjut.

Sampel klinikal pesakit telah diambil dan pada 9 Februari 2020 telah disahkan positif 2019-nCoV.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat telah pun dimaklumkan untuk mengambil tindakan siasatan, pengesanan kontak rapat, langkah pencegahan dan kawalan.

Saya ingin menasihatkan penduduk di daerah Banting agar bertenang. Kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan sewajarnya dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Angka kematian meningkat kepada 907

Mon Feb 10 2020

Sejumlah 92 kematian lagi direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan angka korban akibat koronavirus di China seramai 905.

Peningkatan angka kematian di China itu menjadikan jumlah keseluruhan yang terkorban akibat virus berbahaya tersebut 907 di seluruh dunia.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Misi pakar ke China

Sun Feb 09 2020

Ive just been at the airport seeing off members of an advance team for the @WHO-led #2019nCoV international expert mission to #China, led by Dr Bruce Aylward, veteran of past public health emergencies.

— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) February 9, 2020

WHO hantar pakar ke China

Sun Feb 09 2020

Satu pasukan pakar antarabangsa diketuai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dihantar ke Beijing bagi membantu menyiasat epidemik koronavirus di China.
Ia susulan pertemuan Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dengan Presiden Xi Jinping di Beijing bulan lalu.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

91 lagi kematian di Hubei

Sun Feb 09 2020

Angka kematian di wilayah Hubei, China meningkat 91 kes kepada 871.

Menurut suruhanjaya kesihatan wilayah itu, sejumlah 2,618 kes lagi dikesan di Hubei menjadikan jumlah keseluruhan kes 29,631.

'Malaysia selamat dikunjungi'

Sun Feb 09 2020

Susulan penularan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV), rakyat Malaysia, khususnya pemain industri pelancongan, perlu menghantar mesej yang jelas kepada seluruh dunia bahawa Malaysia merupakan negara yang selamat untuk dikunjungi, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

"Berdasarkan kepada pengalaman dan kepakaran negara dalam pengawalan jangkitan virus, saya berharap kita dapat bersama-sama mengekalkan 'feel good factor' dalam sektor pelancongan negara melalui penganjuran program dan acara pelancongan yang sehingga kini masih diteruskan seperti biasa di samping mengambil langkah-langkah perlindungan yang sewajarnya," katanya.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Tiga kes baharu koronavirus di Singapura, empat lagi dibenarkan pulang

Sun Feb 09 2020

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini mengesahkan tiga lagi kes positif novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di republik itu, menjadikan keseluruhannya kepada 43 kes.

Dalam maklumat terkini, MOH juga menyatakan empat lagi kes yang disahkan telah dibenarkan keluar hospital hari ini, menjadikan jumlah yang telah pulih sepenuhnya kepada enam.

200 rakyat UK selamat tiba dari Wuhan, China

Sun Feb 09 2020

Lagi pelancong asing yang dibawa keluar dari Wuhan, China tiba di tanah air masing-masing susulan penularan wabak koronavirus.

Terbaharu, pesawat United Kingdom yang membawa rakyat mereka serta beberapa warganegara lain tiba pangkalan tentara udara pada Ahad.

Pesawat yang membawa 200 orang itu mendarat di RAF Brize Norton, Oxford sekitar jam 7.30 pagi waktu tempatan.

Jangkitan novel koronavirus di Jepun 96 orang

Sun Feb 09 2020

Enam kes baharu jangkitan novel koronavirus dilaporkan di atas kapal persiaran Diamond Princess, di pelabuhan Yokohama, Jepun pada Ahad.

Penambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti seramai 70 di atas kapal tersebut manakala 96 di seluruh Jepun.

Sepanyol catat kes kedua koronavirus

Sun Feb 09 2020

Sepanyol mencatatkan satu lagi kes novel koronavirus pada Ahad sekali gus merekodkan kes positif kedua di negara tersebut.

Kes terbaharu itu dilaporkan dikesan di sebuah pusat percutian popular, di Mallorca di laut Mediterranean.

Seorang lagi rakyat Malaysia positif koronavirus

Sun Feb 09 2020

Seorang wanita tempatan berusia 65 tahun disahkan positif wabak koronavirus sekali gus menjadi jumlah mangsa meningkat kepada 17 orang.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, wanita berkenaan merupakan ibu mertua kepada kes warganegara Malaysia yang dilaporkan pada 4 Februari lalu (iaitu kes ke-9).

Koronavirus: SEVENTEEN batal konsert di Kuala Lumpur

Sun Feb 09 2020

Kumpulan K-Pop terkenal, SEVENTEEN membatalkan konsert jelajah duniadi Kuala Lumpur berikutan penularan wabak novel koronavirus (2019-nCoV).

Selain Kuala Lumpur, kumpulan berkenaan juga membatalkan persembahan mereka di di Taipei, Madrid, Paris, London dan Berlin yang dijadualkan berlangsung pada bulan ini dan Mac.

Surat amaran polis kepada Dr Li Wenliang cetus kemarahan

Sun Feb 09 2020

Kematian Dr. Li Wenliang, doktor di Wuhan akibat jangkitan koronavirus menyebabkan netizen tidak berpuas hati dengan cara pengendalian kerajaan China dalam menangani hal itu.

Ini adalah disebabkan apabila Dr Li dipersoalkan dan dituduh menyebarkan khabar angin berkenaan wabak yag sehingga kini telah menyebabkan lebih 800 kematian.

Sanggup mengaku hidap koronavirus

Sun Feb 09 2020

Seorang penggiat YouTube di Korea Selatan diburu polis kerana mengaku menghidap jangkitan koronavirus bagi menakutkan orang ramai.

Suspek yang identitinya dirahsiakan didakwa menyiarkan klip video tersebut dengan berpura-pura mengaku berasal dari Wuhan.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Ribuan kucing di Wuhan diancam kebuluran

Sun Feb 09 2020

Sekatan pergerakan keluar masuk (lockdown) di Wuhan susulan wabak koronavirus menyebabkan ribuan haiwan peliharaan terpisah dengan tuannya.

Keadaan itu menyebabkan haiwan-haiwan berkenaan terabai, kelaparan dan trauma.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Pesakit ke-4 Korea Selatan didiscaj

Sun Feb 09 2020

Seorang lagi pesakit di Korea Selatan dibenarkan pulang selepas pulih daripada jangkitan.

Lelaki berusia 55 tahun yang merupakan pesakit keempat di negara itu didiscaj pada jam 9 pagi waktu tempatan, menurut kenyataan daripada Hospital Universiti Kebangsaan Seoul di Bundang, wilayah Gyeonggi.

Dia yang dijangkiti virus itu pada 27 Januari selepas pulang dari Wuhan merupakan pesakit ketiga yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang.

Sekatan perjalanan diperluas kepada 2 lagi wilayah

Sun Feb 09 2020

Dua lagi wilayah dikenakan sekatan perjalanan iaitu Zhejiang dan Jiangsu susulan 'lockdown' oleh kerajaan China.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataannya pada Ahad memaklumkan bahawa keputusan ini diambil susulan tindakan pihak berkuasa di China, termasuk pihak berkuasa tempatan, yang memberi arahan "lock-down" melibatkan tiga wilayah.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Pengeluar iPhone pilih hasilkan topeng muka

Sun Feb 09 2020

Syarikat elektronik gergasi, Foxconn yang mengeluarkan beberapa produk terkenal di dunia termasuk iPhone mengambil langkah luar biasa apabila menukar bahagian pengeluarannya untuk menghasilkan topeng pembedahan.

Menurut laporan, syarikat itu juga menolak untuk membuka semula barisan pengeluarannya yang biasanya menghasilkan barang elektronik selepas ditutup akibat koronavirus.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Kesediaan makmal mengesan jangkitan di Malaysia

Sun Feb 09 2020

PADA peringkat awal, Unit Virologi, Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit, Institut Penyelidikan Perubatan (Institute for Medical Research, IMR), Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan satu-satunya makmal yang terlibat secara langsung dalam menjalankan ujian diagnostik mengesan 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) di Malaysia.

Makmal ini telah memulakan persediaan menghadapi sebarang kemungkinan penularan 2019-nCoV ke Malaysia pada 3 Januari 2020 di mana reagen untuk mengesan coronavirus dengan mengunakan kaedah Conventional RT-PCR telah disediakan.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Pesawat kedua bawa pulang warga Singapura

Sun Feb 09 2020

Second flight bringing Singaporeans back from Wuhan lands, passengers to undergo medical screening https://t.co/VmvdPCqR9t pic.twitter.com/US9MgQDa47

— CNA (@ChannelNewsAsia) February 9, 2020

Gambaran semasa jangkitan

Sun Feb 09 2020
Gambaran semasa jangkitan

Data terkini jangkitan di seluruh dunia

Sun Feb 09 2020
Data terkini jangkitan di seluruh dunia

Data terkini jangkitan di seluruh dunia

Sun Feb 09 2020
Data terkini jangkitan di seluruh dunia

Data terkini jangkitan di seluruh dunia

Sun Feb 09 2020
Data terkini jangkitan di seluruh dunia

Korea Selatan sahkan kes ke-25

Sun Feb 09 2020

Korea Selatan mengesahkan kes ke-25 jangkitan koronavirus di negara itu sebentar tadi.

Tiada maklumat tentang pesakit diberikan setakat ini.

Kematian melebihi korban wabak SARS

Sun Feb 09 2020

Wabak koronavirus telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 805 mangsa setakat pagi ini, mengatasi angka kematian akibat wabak SARS pada tahun 2003.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

81 lagi korban di Hubei

Sat Feb 08 2020

Angka korban jangkitan di Hubei, China meningkat 81 kes kepada 803 pada Sabtu.

Sejumlah 2,147 kes baharu dikesan membawa kepada jumlah keseluruhan 27,100.

Singapura sahkan 7 lagi kes

Sat Feb 08 2020

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan tujuh kes baharu jangkitan novel koronavirus 2019 (nCoV) di republik itu, menjadikan jumlahnya kini 40.

Lima daripada jumlah berkenaan mempunyai kaitan dengan kes-kes yang diumumkan sebelum ini, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Koronavirus: Malaysia tidak akan tingkatkan tahap amaran 

Sat Feb 08 2020

Malaysia tidak akan meningkatkan tahap amaran berikutan wabak koronavirus kerana keadaan masih di bawah kawalan.

Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Malaysia tidak akan mengikut keputusan Singapura yang meningkatkan tahap amaran dan akan mengadakan perbincangan dengan republik itu berkenaan isu ini tidak lama lagi.

Koronavirus: Pesakit pernah tenat, kini pulih sepenuhnya

Sat Feb 08 2020

Kementerian Kesihatan mengesahkan seorang pesakit virus novel koronavirus 2019 berjaya sembuh sepenuhnya.

Berkongsi berita itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit berkenaan pernah tenat ketika dirawat pada hari kedua wad pengasingan Hospital Permai, Johor Bahru sehingga memerlukan bantuan oksigen.

Menurut beliau, sehubungan itu, pihak hospital memutuskan untuk memulakan rawatan dengan ubat antiviral kalestra.

Perancis umum 5 kes baharu

Sat Feb 08 2020

Lima lagi individu disahkan positif koronavirus di Perancis, menjadikan jumlah terkini jangkitan 11 di negara itu.

Kesemua lima kes baharu ini melibatkan warga British, salah seorangnya kanak-kanak.

Pesakit dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

NCP dipilih nama sementara koronavirus

Sat Feb 08 2020

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China memberi nama rasmi sementara "novel coronavirus pneumonia" atau NCP kepada virus yang menyebabkan ancaman wabak di seluruh dunia ketika ini.

Suruhanjaya mengumumkan nama baharu itu di sidang media pada Sabtu.

Jabatan kerajaan dan organisasi China akan menggunakan nama tersebut sehingga nama rasmi untuk jangkitan itu diisytiharkan.

Proses menamakan virus baharu ditentukan oleh Jawatankuasa Antarabangsa mengenai Taksonomi Virus.

Satu nama telah dihantar dan jawatankuasa yang bersidang akan mengumumkannya beberapa hari saja lagi.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Malaysia catat kes ke-16

Sat Feb 08 2020

Satu lagi kes positif koronavirus dikesan melibatkan pelancong wanita China, menjadikan jumlah kes setakat ini 16 orang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan demikian pada sidang media perkembangan terkini koronavirus.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Lelaki 91 tahun sembuh daripada jangkitan

Sat Feb 08 2020

Seorang warga emas berusia 91 tahun dilaporkan sembuh daripada jangkitan koronavirus semalam, sekali gus menjadikan dia sebagai individu paling tua dibenarkan keluar daripada hospital selepas disahkan bebas wabak itu.

"Penyakit itu tidak begitu teruk. Saya seperti dibayangi pengalaman ketika melalui zaman perang sebelum ini," kata lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Wang yang menyertai peperangan ketika mahu membebaskan bandar Yichang pada 1949.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Thailand sahkan 7 lagi kes

Sat Feb 08 2020

Thailand mengesahkan tujuh lagi kes jangkitan koronavirus.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, tiga pesakit baharu itu ialah warga Thai manakala empat lagi warga China.

Thailand kini mencatatkan jumlah kes sebanyak 32.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Warga Jepun maut di hospital Wuhan

Sat Feb 08 2020

Seorang warga Jepun disyaki menghidap koronavirus meninggal dunia akibat pneumonia di hospital Wuhan, China.

Menurut Kementerian Luar Jepun, lelaki berusia 60-an itu merupakan mangsa warga Jepun pertama mati akibat virus itu jika mendiang sah dijangkiti.

Hospital yang merawat mangsa berkata punca pneumonia yang dihidapinya tidak dapat disahkan.

China umum hukuman berat, termasuk mati

Sat Feb 08 2020

Kerajaan China mengeluarkan peraturan baharu yang membolehkan ia menghukum individu yang menghalang usaha mengawal epidemik koronavirus.

Mereka yang melanggar peraturan itu boleh ditangkap dan dihukum dengan segera, malah boleh dikenakan hukuman mati di kala negara itu berada dalam situasi kritikal melawan ancaman koronavirus.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

UAE lapor 2 kes baharu

Sat Feb 08 2020

Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengesahkan dua kes jangkitan terbaharu di negara itu, menjadikan jumlah semasa di negara itu sebanyak tujuh kes.

Kementerian Kesihatan dan Pencegahan (MoHAP) dalam kenyataannya berkata pesakit warga China dan Filipina itu dikenal pasti melalui saringan berkala secara berterusan.

Mereka kini dipantau dan diberi rawatan.

Korea Utara catat kes jangkitan pertama

Sat Feb 08 2020

Seorang wanita warga Korea Utara yang tinggal di Pyongyang dikesan positif koronavirus.

Wanita yang tidak dimaklumkan identitinya itu dilapor menunjukkan simptom jangkitan selepas berkunjung ke China.

Dia kini dikuarantin bersama beberapa lagi individu, termasuk ahli keluarga, yang pernah berhubung dengannya.

Warga AS korban virus di Wuhan

Sat Feb 08 2020

Seorang warga Amerika Syarikat (AS) meninggal dunia akibat jangkitan koronavirus di Wuhan, China.

Kematian mangsa merupakan korban pertama koronavirus melibatkan warga AS.

Maklumat yang diperoleh daripada kedutaan AS di Beijing hanya memaklumkan mangsa merupakan wanita berusia sekitar 60-an dengan masalah kesihatan.

Thaipusam: Petugas perubatan siap sedia

Sat Feb 08 2020

angkitan koronavirus yang menjadi ancaman dunia sejak kebelakangan ini tidak menjejaskan sambutan Thaipusam tahun ini.

Ini kerana, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merangka pelan untuk memastikan langkah berjaga-jaga diambil bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Di Batu Caves, Pusat Operasi Kesihatan disediakan, menempatkan 19 orang petugas perubatan termasuk dua doktor yang dibantu kira-kira 200 sukarelawan.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

China catat rekod tertinggi kematian dalam sehari

Sat Feb 08 2020

Jumlah kematian harian akibat wabak koronavirus di tanah besar China terus meningkat apabila angka pada Jumaat mencatat 86 kematian.

Lapor Suruhanjaya Kesihatan Negara China (NHC), jumlah kematian pada Jumaat itu adalah angka kematian tertinggi dalam masa sehari sejak pihak berkuasa China mula mengeluarkan kemas kini harian.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Taiwan sahkan kes ke-17

Sat Feb 08 2020

Taiwan baru sahaja mengesahkan kes ke-17 di negara itu.

Menurut Kementerian Kesihatan dan Kebajikannya, pesakit lelaki berusia 20-an itu merupakan anak kepada pasangan yang dijangkiti koronavirus.

Dia kini dikuarantin.

Keluarga itu berkunjung ke Itali dan transit di Hong Kong dari 22 ke 31 Januari, dan kembali ke Taiwan melalui Hong Kong pada 1 Februari.

Anak lelaki pasangan itu mengalami batuk-batuk pada 27 Januari ketika dalam perjalanan.

Tiga lagi penumpang kapal persiaran positif

Sat Feb 08 2020

Tiga lagi penumpang di atas kapal persiaran Diamond Princess di Jepun terpaksa dikuarantin setelah didapati positif koronavirus baru, menjadikan jumlah keseluruhannya 64 orang dijangkiti di atas kapal itu.

Perkara itu disahkan Kementerian Kesihatan Jepun pada Sabtu menerusi laman web rasmi miliknya.

Bagaimanapun, kewarganegaraan ketiga-tiga kes baru itu belum didedahkan setakat ini.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Statistik jangkitan, korban koronavirus

Sat Feb 08 2020
Statistik jangkitan, korban koronavirus

Data terkini koronavirus

Sat Feb 08 2020
Data terkini koronavirus

Data terkini koronavirus

Sat Feb 08 2020
Data terkini koronavirus

Data terkini koronavirus

Sat Feb 08 2020
Data terkini koronavirus

Data terkini koronavirus

Sat Feb 08 2020
Data terkini koronavirus

Kematian di China meningkat kepada 722

Sat Feb 08 2020

Jumlah kes positif jangkitan koronavirus baharu 2019 (2019-nCoV) di China meningkat lagi pagi ini sementara angka kematian meningkat kepada 722 pada Sabtu.

Kerajaan China mengumumkan 3,399 orang lagi telah didiagnosis dalam tempoh 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah keseluruhannya 34,546 di tanah besar China.

Sementara itu, di seluruh dunia, angka kematian meningkat kepada 724.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Jumlah kematian dalam sehari di China (Jan)

Sat Feb 08 2020
Jumlah kematian dalam sehari di China (Jan)

Jumlah kematian dalam sehari di China (Feb)

Sat Feb 08 2020
Jumlah kematian dalam sehari di China (Feb)

Pas khas untuk pelancong China di Malaysia

Sat Feb 08 2020

Visa pelancong China dari Wilayah Hubei yang masih berada di negara ini tidak akan dilanjutkan kecuali bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan atau tiket penerbangan.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, berkuat kuasa 27 Jan lepas, mereka yang mengalami masalah kesihatan atau gagal mendapatkan penerbangan keluar dari Malaysia akan diberikan pas khas.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Sabah perluas sekatan perjalanan

Fri Feb 07 2020

Kerajaan Sabah memperluaskan sekatan perjalanan ke semua pintu masuk melalui udara, laut atau darat, berkuat kuasa serta-merta mulai hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong berkata langkah berkenaan bagi mengekang penyebaran novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) walaupun Sabah kini bebas dari mana-mana individu yang diuji positif terhadap virus itu.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Angka kematian terkini: 720

Fri Feb 07 2020

Jumlah kematian daripada wabak koronavirus baru di China melonjak kepada 718 pada Sabtu, melebihi angka korban akibat wabak SARS hampir dua dekad yang lalu.

Seramai 81 orang lagi meninggal dunia akibat virus tersebut di Hubei, wilayah di mana penyakit itu muncul pada Disember, menurut suruhanjaya kesihatan serantau.

Angka itu kini lebih tinggi daripada virus Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) di tanah besar China dan Hong Kong, di mana hampir 650 orang meninggal dunia antara tahun 2002 dan 2003.

Kesemuanya, angka kematian terkini ialah 720, mengambil kira kes di Hong Kong dan Filipina.


Tenggiling sumber sebar koronavirus?

Fri Feb 07 2020

Wabak koronavirus yang membawa maut di China dipercayai disebarkan melalui kelawar kepada manusia kini dikatakan berpunca daripada tenggiling yang diseludup.

Haiwan berkenaan merupakan sumber makanan dan ubat-ubatan tradisional berharga di Asia.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Singapura beri jaminan kepada rakyatnya, bekalan makanan cukup

Fri Feb 07 2020

Kerajaan Singapura memberi jaminan kepada seluruh rakyatnya bahawa bekalan makanan negara itu adalah mencukupi, tidak perlu untuk berebut-rebut membeli bekalan seperti beras dan mee segera.

"Rantaian bekalan kita bagi barang-barang penting kekal utuh, tidak ada risiko kekurangan bahan makanan penting atau barang keperluan isi rumah," menurut Menteri Perdagangan dan Industri Singapura Chan Chun Sing di laman Facebook beliau.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Pejabat kedutaan, Konsulat di China terus beroperasi

Fri Feb 07 2020

Pejabat kedutaan dan konsulat Malaysia di China akan terus memberi bantuan khidmat konsular kepada rakyat Malaysia dan akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa negara itu susulan penularan koronavirus 2019 (2019-nCOV) di republik itu.

Wisma Putra berkata keputusan kerajaan membawa pulang staf Wisma Putra yang tidak berkeperluan dan anggota keluarga mereka dibuat sebagai sebahagian daripada persediaan kerajaan dalam menangani jangkitan tersebut.



KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Potensi penyembuhan melalui antiviral koronavirus

Fri Feb 07 2020

China pada Khamis memulakan ujian klinikal ke atas 500 pesakit koronavirus (2019-nCoV) menggunakan ubat Remdesivir, antiviral yang dipercayai berpotensi menyembuhkan penyakit itu.

Seorang ahli virologi tempatan Prof Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit berkata langkah itu amat dialu-alukan kerana ubat antivirus itu menunjukkan hasil yang baik dalam ujikaji haiwan.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Kerajaan jamin bawa balik 298 rakyat Malaysia di China

Fri Feb 07 2020

ASEAN ada sistem perkongsian maklumat koronavirus - Wan Azizah

Fri Feb 07 2020

Negara-negara ASEAN mempunyai sistem perkongsian apa sahaja maklumat terkini koronavirus yang turut disalurkan terus kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, maklumat itu akan membantu setiap negara terlibat dalam memastikan sebarang prosedur mengenai kawalan isu perkembangan virus berkenaan.

Sidang media Dr Dzulkefly Ahmad

Fri Feb 07 2020

Satu lagi kes baharu di Malaysia, mangsa wanita 59 tahun dari Wuhan

Fri Feb 07 2020

Seorang pelancong wanita dari Wuhan, China yang berkunjung ke Malaysia disahkan positif wabak koronavirus.

Kes terbaharu yang diumumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad itu sekali gus menjadikan jumlah mangsa yang positif wabak yang membimbangkan itu di Malaysia berjumlah 15 kes.

1 lagi kes di Malaysia, mangsa wanita dari Wuhan

Fri Feb 07 2020

Korea Selatan sahkan kes ke-24

Fri Feb 07 2020

Kementerian Kesihatan Korea Selatan mengesahkan satu lagi kes jangkitan koronavirus menjadikan kes semasa sebanyak 24 di negara itu.

Pesakit merupakan seorang daripada dua warga Korea Selatan yang dibawa keluar dari Wuhan.

Pesakit koronavirus kagum kemudahan wad hospital segera

Fri Feb 07 2020

Seorang pesakit yang menjalani rawatan novel koronavirus di Wuhan sempat merakamkan keadaan di hospital Huoshenshan yang merupakan 'hospital segera' pertama yang dibina dalam masa singkat bagi menangani jumlah pesakit yang semakin meningkat.

Dalam satu perkongsian yang dilakukan di Facebook, individu berkenaan menunjukkan kemudahan yang disediakan dan ruang dalaman hospital berkenaan.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Pengantin ini 'live stream' majlis gara-gara dikuarantin

Fri Feb 07 2020

Sepasang suami isteri dari Singapura menarik perhatian ramai apabila memilih untuk meneruskan majlis resepsi yang diatur sejak sekian lama secara langsung (live-stream) bagi meraikan tetamu.

Pasangan itu terpaksa berbuat demikian setelah pulang dari China bagi menyambut Tahun Baru Cina di Hunan sebelum kembali ke Singapura 30 Januari lalu.

Menurut pengantin lelaki, keluarga isterinya tidak dapat menghadiri majlis mereka ekoran sekatan perjalanan yang dikenakan pihak kerajaan bermula 1 Februari.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Statistik kes koronavirus mengikut negara

Fri Feb 07 2020
Statistik kes koronavirus mengikut negara

Data terkini koronavirus

Fri Feb 07 2020
Data terkini koronavirus

Statistik jangkitan, korban koronavirus

Fri Feb 07 2020
Statistik jangkitan, korban koronavirus

Data terkini koronavirus

Fri Feb 07 2020
Data terkini koronavirus

41 lagi disahkan positif atas kapal persiaran

Fri Feb 07 2020

Sejumlah 41 pelancong di atas kapal persiaran di perairan Jepun disahkan positif strain baharu koronavirus.

Media tempatan melaporkan jumlah kes kini meningkat kepada 61 pelancong di atas kapal Diamond Princess yang didiagnos menghidap jangkitan itu.

Kes ketiga di Itali

Fri Feb 07 2020

Itali mengesahkan kes ketiga koronavirus selepas seorang warganya dikesan positif jangkitan tersebut.

Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa pesakit merupakan warga Itali dan kini dikuarantin di bandar Cecchignola selepas dibawa pulang dari Wuhan minggu lepas.

Pesakit kini dirawat di Institut Lazzaro Spallanzani di Rom.

Dua lagi kes membabitkan pelancong warga China di sana.

Bayi 1 hari mangsa termuda dijangkiti

Thu Feb 06 2020

Seorang bayi di Wuhan dilaporkan positif koronavirus selepas 30 jam dilahirkan, sekali gus menjadikan mangsa termuda yang direkodkan dijangkiti wabak tersebut.

Memetik laporan media antarabangsa, bayi itu dilahirkan pada 2 Februari lalu dengan berat 3.25 kilogram (kg).


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

69 kematian, 2447 kes baharu di Hubei

Thu Feb 06 2020

Sejumlah 69 kematian dilapor di wilayah Hubei dengan 2,447 kes jangkitan terbaharu pada Khamis.

Jumlah ini menjadikan angka jangkitan di wilayah itu berada pada 22,112 kes.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Dr Li Wenliang meninggal dunia 2.58 pagi ini

Thu Feb 06 2020

Dr Li Wenliang, doktor di Wuhan, China yang telah memberi amaran tentang kewujudan koronavirus baharu (2019-nCoV) disahkan meninggal dunia.

Perkara ini dimaklumkan Hospital Pusat Wuhan dalam kenyataannya melalui akaun media sosial weibo.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Sekatan perjalanan diperluas

Thu Feb 06 2020

Sekatan perjalanan ke Malaysia, yang kini dikenakan ke atas pelawat China dari Wilayah Hubei termasuk Wuhan, akan diperluaskan meliputi wilayah lain setelah dikenakan sekatan pergerakan keluar masuk (lockdown) oleh kerajaan China.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan Khams malam, berkata, langkah itu diputuskan setelah mengambil kira status semasa berhubung wabak novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Kes jangkitan tempatan pertama dikesan - Dr Dzulkefly

Thu Feb 06 2020

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan dua lagi kes positif Novel Koronavirus (2019-nCoV) dikesan, menjadikan jumlah positif di Malaysia seramai 14 orang.

Menurut menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, kedua-dua kes membabitkan wanita dengan seorang wanita rakyat Malaysia merupakan kes jangkitan tempatan pertama di negara ini.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

KKM sahkan dua kes baharu, menjadikan 14 kes

Thu Feb 06 2020

Lebih 28,200 dijangkiti

Thu Feb 06 2020

Wabak koronavirus baharu kini telah menjangkiti lebih 28,200 orang di seluruh dunia.

Setakat ini, angka terkini menunjukkan 28,264 telah dijangkiti.

Saham di pasaran AS tinggi, kekhuatiran koronavirus berkurangan

Wed Feb 05 2020

Saham di pasaran Amerika Syarikat ditutup pada paras rekod pada Rabu.

Data ekonomi AS dicatat dalam keadaan baik dan keadaan ini disokong pengurangan dari segi kekhuatiran terhadap kesan penularan koronavirus di China ke atas sektor kewangan.

Jumlah kematian di China: 563

Wed Feb 05 2020

Angka kematian akibat 2019 nCoV mencipta rekod baru di China, dengan 73 kes dicatatkan dalam sehari.

Dengan angka itu, jumlah kes kematian terkini di tanah besar China adalah sebanyak 563.

Nama untuk 2019 n-Cov tidak lama lagi

Wed Feb 05 2020

Virus yang sedang merebak satu dunia dan hangat disebut sebagai 2019 novel coronavirus ketika ini belum ada namanya.

Ia hanya nama sementara dan sekumpulan saintis penyelidik epidemiologi di Amerika semakin hampir mereka nama untuknya.

Dana ASD675 juta diperlukan bantu tangani koronavirus

Wed Feb 05 2020

WHO memerlukan ASD675 juta untuk Pelan Strategik Persiapan dan Respons yang dirancang dalam usaha menangani penularan wabak koronavirus.

Dana ini diperlukan untuk Februari hingga April 2020. Ia termasuk bagi melindungi negara-negara yang mempunyai sistem kesihatan awam yang lemah.


Pesakit pertama jangkitan manusia-ke-manusia Thailand sembuh

Wed Feb 05 2020

Kes jangkitan manusia-ke-manusia novel koronavirus 2019 pertama Thailand telah dibenarkan keluar dari hospital selepas ujian makmal menunjukkan dia telah sembuh sepenuhnya.


Bayi 6 bulan antara empat kes baharu di Singapura

Wed Feb 05 2020

Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan empat kes baharu novel koronavirus (2019-nCoV) pada Rabu.

Ia melibatkan pesakit termuda iaitu seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang merupakan anak kepada pasangan yang dijangkiti virus tersebut.

Bayi tersebut dikesan positif koronavirus pada pukul 2 petang pada Rabu dan dimasukkan ke Hospital Kanak-kanak dan Wanita KK.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Korea Selatan catat kes ke-19 positif koronavirus

Wed Feb 05 2020

Jumlah individu dijangkiti novel koronavirus (2019-nCoV) di Korea Selatan terus meningkat kepada 19 orang pada Rabu.

Kes terbaharu melibatkan seorang lelaki berusia 36 tahun yang mempunyai kontak dengan pesakit kes ke-18.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Klinik Kesihatan Sepang ditutup bukan kerana koronavirus

Wed Feb 05 2020

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor hari ini menafikan terdapat satu kes patient under investigation (PUI) melibatkan kes Novel Koronavirus (2019-nCoV) di Klinik Kesihatan Salak Tinggi, Daerah Sepang, seperti mana yang tular dalam laman media sosial hari ini.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi jabatan itu, ia berkata, pesakit berkenaan tidak memenuhi definisi kes dan tiada kontak dengan kes positif nCoV, atau mempunyai sejarah ke China dalam tempoh 14 hari yang lepas.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Masuk ke Hong Kong, rakyat China wajib dikuarantin 14 hari

Wed Feb 05 2020

Semua individu yang masuk ke Hong Kong dari China wajib menjalani kuarantin selama dua minggu bermula Sabtu ini.

Perkara yang diumumkan Ketua Eksekutifnya, Carrie Lam itu adalah sebagai langkah dalam menangani penularan wabak novel koronavirus yang memasuki wilayah itu menerusi rentas sempadan.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan perincian berkenaan proses kuarantin yang akan dilaksanakan.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Jackie Chan tawar RM580,000 kepada pihak hasilkan penawar koronavirus

Wed Feb 05 2020

Bintang aksi tersohor Hong Kong, Jackie Chan menawarkan ganjaran 1 juta yuan (RM587,709) sekiranya ada pihak yang berjaya menghasilkan penawar wabak koronavirus.

Aktor yang membintangi filem terbaharu, Vanguard itu memuat naik status di aplikasi Weibo pada Selasa tentang rasa prihatinnya ke atas epidemik koronavirus yang kini melanda China dan puluhan lagi negara di dunia.

Seniman itu berharap untuk menghulurkan bantuan semampunya selain memberikan sokongan kepada pesakit yang dijangkiti wabak berkenaan.

Kakitangan Wisma Putra di China dibawa balik

Wed Feb 05 2020

Kabinet pada Rabu bersetuju supaya kakitangan Wisma Putra dan agensi tertentu (non essential staff) termasuk tanggungan mereka yang bertugas di China dibawa balik ke Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata mereka bakal dibawa pulang menerusi penerbangan komersial secara berperingkat.

Tegasnya, perkara paling utama adalah keselamatan mereka sekiranya penularan wabak novel koronavirus terus berlarutan.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Filipina catat satu lagi kes

Wed Feb 05 2020

Filipina mengesahkan satu lagi kes positif koronavirus di negara itu menjadikan jumlah keseluruhan tiga kes.

Setiausaha Kementerian Kesihatan, Rolando Domingo memaklumkan, pesakit warganegara China berusia 60 tahun itu tiba di Bandar Cebu dari Wuhan, China pada 20 Januari lalu.

Sebelum disahkan positif koronavirus, pesakit itu mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di daerah Bohol apabila mengalami simptom seperti demam dan coryza.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Bill Gates pernah 'ramal' wabak seakan koronavirus dalam siri TV tahun lalu

Wed Feb 05 2020

Wabak koronavirus telah meragut hampir 500 nyawa setakat tengah hari ini.

Jangkitan yang berpunca dari pasar basah di Wuhan China itu telah menjangkiti lebih 20,000 manusia dan sehingga kini masih belum nampak akan reda.

Mungkin satu kebetulan apabila situasi yang kita hadapi sekarang ini didakwa pernah diperkatakan tahun lalu dan sedikit sebanyak menggambarkan situasi yang amat digeruni itu.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Wanita warga Kanada dibawa ke HKL

Wed Feb 05 2020

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan telah menerima laporan berhubung seorang wanita warga Kanada yang dikhuatiri dijangkiti Novel Koronavirus (2019-nCoV) di sebuah pusat konvensyen di ibu negara hari ini.

Bagaimanapun, wanita itu telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pengesahan dan rawatan.

Kementeriannya akan memberikan perkembangan semasa mengenai keadaan wanita berkenaan.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

KKM sahkan dua lagi rakyat Malaysia positif

Wed Feb 05 2020

Dua lagi rakyat Malaysia positif koronavirus

Wed Feb 05 2020

Dua lagi rakyat Malaysia disahkan positif novel koronavirus (2019-nCoV), kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurut beliau, kedua-dua mereka terdiri daripada seorang lelaki berusia 45 tahun dan anak lelakinya, berusia 9 tahun.

Kedua-dua pesakit adalah antara 105 individu yang dibawa pulang ke tanahair dari Wuhan, China pada 4 Februari lalu.

Sidang media perkembangan terkini koronavirus

Wed Feb 05 2020

Menteri sahkan warga Kanada dibawa ke HKL

Wed Feb 05 2020

Seorang rakyat sah positif, Indonesia sekat semua penerbangan dari China

Wed Feb 05 2020

HANYA selepas seorang rakyatnya disahkan positif novel koronavirus di Singapura, kerajaan Indonesia memutuskan untuk menghentikan sementara semua penerbangan dari dan ke China.

Keputusan yang dibuat Menteri Luarnya, Retno Marsudi selepas bermesyuarat bersama Presiden, Joko Widodo di Pangkalan Tentera Udara Halim Perdanakusuma pada 2 Februari lalu itu berkuat kuasa hari ini.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Doktor dedah ancaman koronavirus dijangkiti virus 2019-nCoV

Wed Feb 05 2020

Seorang doktor di Wuhan, China yang merupakan antara mereka yang terawal bercakap mengenai koronavirus sebagai ancaman awam, kini dijangkiti virus tersebut.

Pada 30 Disember, Dr Li Wenliang, 34 tahun, memberi peringatan kepada rakan-rakannya dalam aplikasi mesej WeChat supaya berhati-hati susulan kejadian di sebuah pasar makanan laut di tempatnya.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Hospital kedua Wuhan 90% siap, beroperasi esok

Wed Feb 05 2020

HOSPITAL kecemasan kedua di Wuhan kini hampir 90 peratus siap.

Hospital Leishenshan yang dijadual beroperasi esok ialah satu daripada dua hospital khusus untuk merawat pesakit koronavirus yang dibina di wilayah Hubei.

Hospital itu dijangka siap sepenuhnya hari ini, menjadikan ia antara projek pembinaan terpantas di peringkat global.

Keseluruhan tempoh pembinaan hanya mengambil masa 10 hari.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Taiwan sahkan kes ke-11

Wed Feb 05 2020

Taiwan mengesahkan kes ke-11 jangkitan koronavirus.

Pesakit merupakan lelaki berusia 50-an, dipercayai ahli perniagaan Taiwan, yang pulang dari Wuhan pada Selasa.

Dia tidak menunjukkan sebarang simptom demam atau pneumonia, dan kini dipantau di bilik pengasingan di sebuah hospital.

Pura-pura batuk, 'mengaku' hidap koronavirus untuk elak diperkosa

Wed Feb 05 2020

SEORANG wanita di China menakutkan pencuri yang cuba mencabulnya dengan berpura-pura batuk dan memberitahu dia dijangkiti koronavirus.

Mangsa sedang tidur ketika penceroboh dilaporkan menyelinap ke dalam rumah dan masuk ke bilik tidurnya.

Apabila dia bangun dan menjerit, penceroboh itu cuba merangkul lehernya, menutup mulutnya dan cuba memperkosanya, lapor media tempatan.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Wartawan didakwa sebar berita palsu koronavirus

Wed Feb 05 2020

Seorang wartawan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyebar berita palsu dipercayai berkaitan koronavirus bulan lalu.

Tertuduh, Wan Noor Hayati Wan Alias, 41, mengaku tidak bersalah di atas kesemua pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Tawfiq Affandy Chin.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, wanita itu didakwa membuat tiga pernyataan berasingan menggunakan laman sosial Facebook atas nama ‘Ibu Yati’.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Pembantu rumah Indonesia positif koronavirus di Singapura

Wed Feb 05 2020

Seorang warga Indonesia yang bekerja di Singapura sebagai pembantu rumah disahkan dijangkiti wabak koronavirus.

Menteri Tenaga Kerja Indonesia, Ida Fauziyah menyatakan bahawa wanita berusia 44 tahun itu kini sedang dikuarantin di Hospital Besar Singapura.

Korea Selatan sahkan 2 lagi kes

Wed Feb 05 2020

Dua lagi kes jangkitan dikesan di Korea Selatan, menjadikan jumlah kes semasa kepada 18.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Korea Selatan (KDC), pesakit ke-17 merupakan lelaki berusia 38 tahun yang melawat Singapura di antara 18 dan 24 Januari untuk satu persidangan.

Salah seorang peserta persidangan sama merupakan rakyat Malaysia yang turut dijangkiti.

Pesakit ke-18 merupakan wanita berusia 21 tahun, anak kepada pesakit ke-16 yang dikuarantin.

3,700 dikuarantin dalam kapal pesiaran

Wed Feb 05 2020

Sejumlah 3,700 penumpang dan kru kapal pesiaran Princess Cruises dikuarantin di pelabuhan Jepun selepas beberapa penumpang didapati menghidap koronavirus.

Pegawai perubatan melakukan pemeriksaan dari bilik ke bilik bagi memeriksa suhu dan tahap kesihatan setiap penumpang.

Vietnam sahkan kes ke-10

Wed Feb 05 2020

Vietnam mengesahkan kes ke-10 jangkitan koronavirus di negara itu.

Pesakit merupakan pekerja wanita di daerah Binh Xuyen yang mengalami demam pada 31 Januari.

Dia mula dijangkiti selepas berhubung dengan seorang lagi pesakit yang dihantar ke Wuhan untuk latihan dan kembali pada 17 Januari.

Statistik terkini koronavirus di seluruh dunia

Wed Feb 05 2020
Statistik terkini koronavirus di seluruh dunia

Info ringkas koronavirus

Wed Feb 05 2020
Info ringkas koronavirus

Statistik terkini koronavirus di seluruh dunia

Wed Feb 05 2020
Statistik terkini koronavirus di seluruh dunia

Statistik terkini koronavirus di seluruh dunia

Wed Feb 05 2020
Statistik terkini koronavirus di seluruh dunia

Koronavirus masih bukan pandemik

Wed Feb 05 2020

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa mengesahkan wabak novel koronavirus 2019-nCoV bukan pandemik walaupun jangkitannya sudah melepasi 20,000 kes.

Ketua Persediaan Jangkitan Global WHO Sylvie Briand membayangkan wabak tersebut dapat dibendung susulan pelbagai langkah yang diambil, termasuk tindakan pantas kerajaan China.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Penumpang 'mengaku' kena koronavirus, pesawat terpaksa patah balik

Wed Feb 05 2020

Sebuah kapal terbang WestJet yang membuat penerbangan dari Toronto ke Jamaica pada Isnin, terpaksa berpatah balik selepas salah seorang penumpangnya ‘mengaku’ dijangkiti koronavirus.

Tindakannya itu telah menyebabkan seramai 243 penumpang di atas pesawat Boeing 767 itu panik dan memaksa juruterbang berpatah balik dan mendarat di Florida.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

10 penumpang kapal persiaran positif koronavirus

Wed Feb 05 2020

Sekurang-kurangnya 10 penumpang kapal pesiaran Princess Diamond yang dikendalikan syarikat Carnival Japan Inc telah disahkan positif wabak koronovirus.

Kesemua penumpang kapal persiaran kini sedang berada di dalam kabin masing-masing bagi tujuan kuarantin.

Kapal pesiaran tersebut membawa sekurang-kurangnya 2,666 penumpang dan 1,045 anak kapal.



KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Korban meningkat kepada 490 di China

Tue Feb 04 2020

Angka korban jangkitan koronavirus meningkat 65 kes kepada 490 di China.

Dilaporkan 3,156 kes dikesan di Hubei menjadikan jumlah keseluruhan di wilayah itu sebanyak 16,678 kes.

Jumlah kematian di seluruh dunia pula kini berada pada 492, dengan dua korban luar China direkod di Filipina dan Hong Kong.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

WHO gesa pertingkat perkongsian maklumat

Tue Feb 04 2020

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesa semua negara anggota agar mempertingkatkan komunikasi bagi memperbaik pertukaran informasi berkaitan wabak koronavirus.

Perkara ini bagi menentang penyebaran khabar angin dan maklumat yang tidak tepat dan memastikan masyarakat dapat melengkapkan diri mereka dengan kaedah perlindungan yang berkesan.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Budak 8 tahun kes terbaharu di Australia

Tue Feb 04 2020

Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun disahkan dijangkiti koronavirus dan dirawat di hospital Queensland.

Kanak-kanak yang berasal dari Wuhan itu merupakan sebahagian daripada kumpulan pelancong yang mengembara di Australia pada hujung Januari.

Kes ini menjadikan angka terkini jangkitan di Australia sebanyak 13.

WHO urges global solidarity

Tue Feb 04 2020

It’s important to underline that 99% of the cases are in China, and 97% of deaths are in Hubei province. This is still first and foremost an emergency for China.

We continue to work closely with the Chinese government to support its efforts to address this outbreak at the epicenter. That is our best chance of preventing a broader global crisis.

Of course, the risk of it becoming more widespread globally remains high. Now is the moment for all countries to be preparing themselves.


READ THE FULL ARTICLE HERE

Kanada mohon bawa pulang rakyatnya di China

Tue Feb 04 2020

Kanada telah memohon untuk membawa pulang seramai 325 rakyatnya yang berada di wilayah Hubei, susulan penyebaran jangkitan novel koronavirus di China.

Menurut kenyataan Perhubungan Antarabangsa Kanada, sebuah pesawat telah disediakan bagi tujuan tersebut.

Memetik laporan CNN, seramai 543 warganegara Kanada yang berada di Hubei telah berdaftar secara sukarela di bawah perkhidmatan Pendaftaran Orang Kanada Di Luar Negara.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Hidupan liar jangan terus diperdagang

Tue Feb 04 2020

PENGHARAMAN sementara China terhadap perdagangan haiwan liar perlu dijadikan larangan kekal.

Ini saranan Tabung Hidupan Liar (World Wide Fund for Nature atau WWF) melalui satu kenyataan yang disiarkan Badan Penyiaran Britain (BBC).

Langkah pengharaman sementara diambil China ekoran penularan novel koronavirus keseluruh dunia yang sudah mengorbankan lebih 400 nyawa dan semakin meningkat.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

AFC tunda perlawanan babit kelab China

Tue Feb 04 2020

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah memutuskan untuk menunda perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) membabitkan kelab-kelab dari China susulan penularan wabak novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) selepas satu mesyuarat tergempar yang diadakan di ibu pejabatnya di sini pada Selasa.

Mesyuarat itu, yang dihadiri enam ahli persatuan yang terlibat dalam pertandingan kelab peringkat teratas di Asia, memutuskan untuk menunda tiga hari perlawanan pertama dalam pertandingan itu susulan sekatan perjalanan dan langkah keselamatan.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Kanak-kanak warga China di Malaysia pulih

Tue Feb 04 2020

Seorang kanak-kanak perempuan warga China yang dijangkiti novel koronavirus dan dirawat Hospital Sultanah Maliha, Langkawi disahkan pulih sepenuhnya dari virus berkenaan dan dibenarkan pulang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hasil ujian pengesanan ulangan yang dijalankan dua kali ke atas kanak-kanak berusia 4 tahun itu mendapati dia berada dalam keadaan sihat.

Menurut beliau, ia merupakan kes pertama di Malaysia melibatkan pesakit yang positif koronavirus, pulih sepenuhnya.

Isu penghantaran pulang pelancong China dibincang dalam mesyuarat khas

Tue Feb 04 2020

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew mengadakan satu mesyuarat khas Isnin bagi membincangkan penghantaran pulang pelancong China yang terkandas di Sabah susulan penularan wabak 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) di negara itu, yang menyaksikan kerajaan China menyekat pergerakan keluar dan masuk beberapa wilayahnya.

Mesyuarat itu dihadiri pihak berkuasa yang berkaitan seperti Jabatan Imigresen Sabah, Malaysia Airports Berhad dan juga syarikat-syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines Berhad, AirAsia, Malindo Air, Xiamen Airlines, China Southern Airlines dan China Eastern/Shanghai Airlines.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Macau gesa semua kasino ditutup dua minggu

Tue Feb 04 2020

Ketua Eksekutif Macau, Ho Iat Seng menggesa semua kasino di wilayah tersebut ditutup selama dua minggu.

Ia susulan seorang pekerja agensi pelancongan dikesan positif novel koronavirus (2019-nCoV).

Kata Ho, beliau akan bertemu dengan ketua-ketua kasino bagi membincangkan perinciannya.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

'Terperangkap di Wuhan satu pengalaman pahit'

Tue Feb 04 2020

"Pengalaman ketika berkurung di bandar Wuhan tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata sebaliknya ianya satu pengalaman yang tidak perlu dirasai oleh sesiapa,”.

Itu luahan rasa Balachandar Subramaniam, pelajar Malaysia yang selamat tiba di tanahair bersama isteri dan duanya selepas terkandas di wilayah Hubei akibat perintah berkurung keluar dari bandar Wuhan, China akibat wabak koronavirus.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Kes pertama di Belgium direkodkan

Tue Feb 04 2020

Seorang daripada sembilan warga Belgium yang dibawa pulang dari Wuhan, China pada Ahad lalu disahkan positif novel koronavirus (2019-nCoV), sekaligus, direkodkan sebagai kes pertama di Belgium.

Agensi kesihatan Belgium memaklumkan, kesemua sembilan individu itu telah menjalani siri ujian di sebuah hospital tentera di Brussels.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Hospital baharu Wuhan terima 50 pesakit

Tue Feb 04 2020

Ten ambulances transported on Tuesday the first group of 50 #coronavirus patients to the newly built Huoshenshan Hospital, an emergency medical facility built at lightning speed in central China's #Wuhan. pic.twitter.com/yno0rlxN3f

— CGTN (@CGTNOfficial) February 4, 2020

Warga Malaysia pertama sah positif koronavirus

Tue Feb 04 2020

KKM sahkan kes pertama warganegara Malaysia

Tue Feb 04 2020

Dua kes baharu Novel Koronavirus (2019-nCoV) dikesan di negara ini, ujar Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.

Kes pertama melibatkan seorang warga China berusia 63 tahun dan seorang rakyat Malaysia berusia 41 tahun dari Selangor.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Masih tiada keperluan sekat semua warga China

Tue Feb 04 2020

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan tiada keperluan menyekat 100 peratus warganegara China daripada memasuki negara ini.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah mengisytiharkan wabak koronavirus sebagai darurat kesihatan awam global, namun mereka tidak meminta supaya negara menyekat sepenuhnya kemasukan warganegara China.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

2 daripada 107 tidak lepasi saringan

Tue Feb 04 2020

Daripada 107 individu yang tiba dari Wuhan pagi tadi, dua daripadanya tidak melepasi saringan kesihatan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Baki selebihnya dibawa menaiki bas ke Pusat Pemantauan (Surveillance Center) di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) di Nilai, Negeri Sembilan.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

147 warga China dari Wuhan, Hubei disekat masuk

Tue Feb 04 2020

Seramai 147 warganegara China dari bandar Wuhan dan Wilayah Hubei disekat masuk ke negara ini sejak 27 Januari lalu hingga semalam.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun media sosialnya memaklumkan, antara Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) yang paling ramai ditolak masuk adalah di Pelabuhan Klang, Selangor dan Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Masih tiada keperluan sekat semua warga China

Tue Feb 04 2020

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan tiada keperluan menyekat 100 peratus warganegara China daripada memasuki negara ini.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah mengisytiharkan wabak koronavirus sebagai darurat kesihatan awam global, namun mereka tidak meminta supaya negara menyekat sepenuhnya kemasukan warganegara China.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Kod genetik 80% sama dengan SARS

Tue Feb 04 2020

Pakar pada Selasa mendapati kod genetik novel koronavirus (2019-nCoV) yang melanda dunia ketika ini hampir sama dengan kod pada Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS).

Dapatan terbaharu ini, menurut pakar virus, memudahkan langkah penyembuhan menggunakan vaksin dan rawatan sedia ada.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

2 tidak lepasi saringan kesihatan

Tue Feb 04 2020

Daripada 107 individu yang tiba dari Wuhan pagi tadi, dua daripadanya tidak melepasi saringan kesihatan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Baki selebihnya dibawa menaiki bas ke Pusat Pemantauan (Surveillance Center) di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) di Nilai, Negeri Sembilan.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Hong Kong catat 1 kematian

Tue Feb 04 2020

Hong Kong mengesahkan kematian pertama akibat jangkitan koronavirus.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Hong Kong, mangsa lelaki berusia 39 tahun itu merupakan salah seorang daripada 15 individu positif virus tersebut.

Angka kematian akibat koronavirus kini mencecah 427 dengan dua korban dilapor di luar China.

Terdahulu seorang mangsa warga China maut di Filipina dalam kes korban pertama jangkitan virus tersebut di luar China.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

China alu-alukan bantuan AS

Tue Feb 04 2020

China mengalu-alukan bantuan Amerika Syarikat dalam usaha mengekang wabak koronavirus daripada terus menular.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas negara Tembok Besar itu menuduh Washington cuba menakut-nakutkan orang awam.

Korea Selatan sahkan kes ke-16

Tue Feb 04 2020

Korea Selatan mengesahkan kes ke-16 jangkitan koronavirus.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea dalam kenyataannya berkata pesakit berusia 42 tahun itu kini dikuarantin selepas pulang dari Thailand pada 19 Januari lalu.

Dia dilapor mula menunjukkan simptom pada 25 Januari lalu dan tidak juga sembuh walaupun selepas menerima rawatan.

Ujian virus pada Isnin mengesahkan dia positif jangkitan koronavirus.

632 pesakit dibenar keluar hospital

Tue Feb 04 2020

Sejumlah 632 pesakit yang dijangkiti koronavirus dibenarkan keluar selepas pulih jangkitan virus tersebut.

Semalam sahaja, sebanyak 157 pesakit, 101 daripadanya di Hubei, dibenar keluar hospital, menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC).

Jumlah jangkitan & angka kematian

Tue Feb 04 2020
Jumlah jangkitan & angka kematian

Maklumat terperinci mengikut negara

Tue Feb 04 2020
Maklumat terperinci mengikut negara

Maklumat terperinci mengikut negara

Tue Feb 04 2020
Maklumat terperinci mengikut negara

107 warga Malaysia dari Wuhan dibawa ke pusat kuarantin

Mon Feb 03 2020

Rekod 64 kematian pada Isnin

Mon Feb 03 2020

ANGKA kematian koronavirus di wilayah Hubei, China melonjak kepada 425 dengan hampir 20,000 kes disahkan positif dilaporkan pada Selasa.

Dalam perkembangan terbaharu, portal berita South China Morning Post (SCMP) menyatakan sebanyak 64 kematian dicatatkan di China sejak semalam, menjadikan ia rekod kematian tertinggi dalam satu hari.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Pesawat bawa warga Malaysia selamat mendarat

Mon Feb 03 2020

Pesawat AirAsia AK8265 yang membawa pulang warga Malaysia dari Wuhan, China selamat tiba di KLIA jam 5.57 pagi tadi.

Penumpang terdiri daripada 107 rakyat Malaysia termasuk pasangan dan anak mereka.

Sejumlah 12 kru, lapan petugas misi dan enam pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Beijing terlibat dalam Misi Bantuan Kemanusian dan Bencana (HADR) ini ekoran wabak penyakit 2019-nCoV di Wuhan.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Enam kes baharu di Thailand

Mon Feb 03 2020

Thailand mengesahkan mengesan enam lagi kes baharu novel koronavirus (2019-nCoV) pada Selasa.

Daripada enam individu positif tersebut, empat daripadanya merupakan warganegara Thai sementara dua lagi merupakan rakyat warganegara China.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Pesawat misi HADR dalam perjalanan pulang

Mon Feb 03 2020

Pesawat AirAsia, AK8265 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe Wuhan, China bagi Misi Bantuan Kemanusian dan Bencana (HADR) kini dalam perjalanan pulang ke tanah air.

Pesawat yang berlepas jam 1.24 pagi tadi dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sekitar jam 6.30 pagi ini waktu Malaysia.

Semakan radar antarabangsa FlightRadar24.com mendapati pesawat khas kini berada di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat bawa balik rakyat Malaysia selamat mendarat di Wuhan

Mon Feb 03 2020

Pesawat AirAsia, AK8264 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) bagi Misi Bantuan Kemanusian dan Bencana (HADR) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe Wuhan, China pada pukul 8.53 malam waktu Malaysia.

Semakan radar antarabangsa FlightRadar24.com mendapati pesawat khas yang membawa 20 petugas itu selamat mendarat di lapangan terbang sebentar tadi.

Koronavirus: Pesawat ke Wuhan sudah lintas Laut China Selatan

Mon Feb 03 2020

Sebuah pesawat khas membawa 20 petugas Misi Bantuan Kemanusian dan Bencana (HADR) Malaysia ke bandar Wuhan, China dan krew penerbangan kini sudah berada di ruang udara negara Kemboja.

Semakan radar antarabangsa FlightRadar24.com pada jam 6 petang tadi mendapati kedudukan pesawat AirAsia AK8264 sudah melintasi Laut China Selatan lebih sejam selepas penerbangan dilakukan.

Bawa pulang rakyat Malaysia, pesawat khas berlepas ke Wuhan

Mon Feb 03 2020

Pesawat khas yang disewa bagi membawa pulang rakyat Malaysia di Wuhan, China telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) jam 3.50 petang tadi.

Penerbangan AirAsia (AK8264) itu membawa 12 krew dan lapan petugas berlepas ke Wuhan, China bagi membawa pulang 141 rakyat Malaysia dan termasuk pasangan dan anak mereka.

Jumlah kes dan negara terbabit

Mon Feb 03 2020
Jumlah kes dan negara terbabit

Jumlah kes dan negara terbabit

Mon Feb 03 2020
Jumlah kes dan negara terbabit

Jumlah kes dan negara terbabit

Mon Feb 03 2020
Jumlah kes dan negara terbabit

Jumlah kes dan negara terbabit

Mon Feb 03 2020
Jumlah kes dan negara terbabit

Malindo Air gantung dua lagi penerbangan

Mon Feb 03 2020

Dua lagi penerbangan antarabangsa Malindo Air antara Malaysia dan China digantung susulan penularan Novel Koronavirus 2019 di Wuhan, China.

Penerbangan itu adalah bagi laluan Kota Kinabalu - Tianjin - Kota Kinabalu berkuat kuasa bagi tempoh sementara iaitu 1-29 Feb, 2020 dan Johor Bahru - Guangzhou - Johor Baru berkuat kuasa 11-29, Feb, 2020.

Korea Utara ketatkan pemeriksaan

Mon Feb 03 2020

Korea Utara mengetatkan pemeriksaan terhadap pelawat asing sebagai sebahagian usaha mencegah novel koronavirus.

Menurut Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), semua pelawat yang datang selepas 13 Jan perlu melalui pemeriksaan ketat dan saringan kesihatan yang menyeluruh.

328 pesakit dibenar pulang

Mon Feb 03 2020

Sejumlah 328 pesakit yang sebelum ini dijangkiti novel koronavirus 2019 nCoV dibenarkan keluar dari hospital selepas selesai menjalani proses pemulihan.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) China, kesemua pesakit itu dibenarkan pulang pada Sabtu, selepas dua ujian asid nukleik menunjukkan hasil negatif.

328 pesakit dibenar pulang

Mon Feb 03 2020

Sejumlah 328 pesakit jangkitan novel koronavirus 2019 nCoV dibenarkan keluar dari hospital pada Sabtu selepas selesai menjalani proses pemulihan.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) China, kesemua pesakit itu dibenarkan pulang selepas dua ujian asid nukleik menunjukkan hasil negatif.

Jumlah kes dan negara terbabit

Mon Feb 03 2020
Jumlah kes dan negara terbabit

Jumlah kes dan negara terbabit

Mon Feb 03 2020
Jumlah kes dan negara terbabit

Jumlah kes dan negara terbabit

Mon Feb 03 2020
Jumlah kes dan negara terbabit

362 kematian setakat ini

Mon Feb 03 2020

Lebih banyak kes novel koronavirus 2019-nCoV dan kematian yang dikaitkan dengan penyakit yang merebak dengan cepat itu dilaporkan.

Setakat jam 8 pagi Ahad, jumlah kes positif jangkitan koronavirus baru itu ialah 17,205 kes dengan 361 kematian.

Suruhanjaya Kesihatan Nasional China melaporkan 2,829 kes baru dan 57 kematian di China pada Ahad.

Pasukan petugas mula operasi bilik sekretariat di Wuhan

Sun Feb 02 2020

Pasukan petugas dari Kedutaan Besar Malaysia di Beijing telah mula mengoperasikan bilik sekretariat di Wuhan untuk membantu proses penghantaran pulang rakyat Malaysia.

Duta Besar Malaysia ke China Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin berkata tugasan pasukan itu pada Ahad ialah terus mengemas kini maklumat-maklumat logistik dan juga memurnikan tindakan bagi membawa mereka pulang.

Bandar Wenzhou pula ditutup

Sun Feb 02 2020

Selepas Wuhan, China pada Ahad menutup satu lagi bandar di negara itu ketika angka korban koronavirus baru mencecah 362 orang.

Ia melibatkan Wenzhou, dalam wilayah Zhejiang, yang terletak kira-kira 800 kilometer dari Wuhan, pusat tercetusnya wabak novel koronavirus 2019 n-CoV.

37 pesakit koronavirus dibenar keluar

Sun Feb 02 2020

Di sebalik berita sedih yang berpunca daripada penularan 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) yang telah mengorbankan ratusan nyawa di China dan Filipina, masih ada lagi harapan dan sisi yang boleh memberikan nafas lega kepada seluruh rakyat.

Ini kerana seramai 37 pesakit koronavirus kembali pulih dan dibenarkan keluar dari hospital Jinyintan di Wuhan, China pada Ahad.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Nenek terkejut 'diherdik' dron kerana tidak pakai topeng muka

Sun Feb 02 2020

Susulan penularan koronavirus yang semakin membimbangkan, pihak berkuasa China telah menemui cara terbaharu untuk memantau orang awam dan menjalankan aktiviti penguatkuasaan.

Pihak berkenaan, menerbangkan dron untuk memantau serta memarahi orang awam yang tidak memakai topeng muka di tempat awam.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

2 doktor Thailand dakwa temui penawar

Sun Feb 02 2020

Dua doktor di Thailand mendakwa penggunaan ubat antiselesema dan AIDS berjaya merawat jangkitan koronavirus.

Dr Kriangsak Atipornwanich dan Prof Madya Dr Subsai Kongsangdao dari Hospital Rajavithi di ibu kota Bangkok berkata pesakit warga China berusia 71 tahun menunjukkan tanda-tanda kesembuhan selepas 48 jam diberikan dua kumpulan ubat berkenaan.

Pesakit wanita itu pada mulanya dimasukkan ke Hospital Hua Hin dan kemudian ke Hospital Rajavithi pada 29 Januari.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Tiada pengebumian, terus bakar

Sun Feb 02 2020

Kerajaan China secara rasmi mengharamkan pengebumian dan acara-acara lain yang disertai keluarga mahupun sahabat yang berasal dari Wuhan.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC), tiada sebarang upacara perpisahan mahupun aktiviti pemakaman akan dilakukan dan mangsa yang meninggal dunia akan dibakar.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Rakyat Indonesia dikuarantin di Pulau Natuna

Sun Feb 02 2020

India gantung sementara e-visa

Sun Feb 02 2020

India menggantung sementara kemudahan e-visa untuk pelancong dan warga asing yang tinggal di China.

Menurut kenyataan oleh kedutaan negara itu, langkah itu diambil serta-merta ekoran situasi semasa jangkitan koronavirus di sana.

E-visa yang telah dikeluarkan pula dibatalkan.

Hospital khas beroperasi esok

Sun Feb 02 2020

Aerial photos taken on Feb. 1, 2020 show the construction site of Huoshenshan (Fire God Mountain) Hospital in Wuhan, central China's Hubei Province. According to the plan, the construction of the hospital will be completed on Feb. 2. #Coronavirus pic.twitter.com/iHADAtEDwp

— CCTV (@CCTV) February 2, 2020

Hospital khas koronavirus siap dalam 6 hari, mula beroperasi esok

Sun Feb 02 2020

Pihak berkuasa Wuhan berjaya menyiapkan sebuah hospital baharu yang dilengkapi 1,000 katil pesakit dalam tempoh enam hari khas bagi merawat pesakit koronavirus.

Datuk Bandar Wuhan Zhou Xianwang telah menyerahkan hospital yang diberi nama Huoshenshan itu kepada pihak tentera China pada pagi Ahad untuk tindakan lanjut.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

20 pesakit di China sembuh

Sun Feb 02 2020

Seramai 20 pesakit novel koronavirus di Wuhan disahkan pulih daripada jangkitan virus berbahaya itu.

Kesemua mereka dibenarkan keluar dari Hospital Jinyintan selepas ujian yang dijalankan mendapati mereka tidak lagi dijangkiti.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Hospital baharu Wuhan siap

Sun Feb 02 2020

Aerial photos taken on Feb. 1, 2020 show the construction site of Huoshenshan (Fire God Mountain) Hospital in Wuhan, central China's Hubei Province. According to the plan, the construction of the hospital will be completed on Feb. 2. #Coronavirus pic.twitter.com/iHADAtEDwp

— CCTV (@CCTV) February 2, 2020

Remaja OKU meninggal dunia ketika bapa dan adik dikuarantin

Sun Feb 02 2020

Seorang remaja orang kurang upaya (OKU) meninggal dunia di kawasan luar bandar China pada Rabu ketika bapa dan adiknya dikuarantin akibat disyaki dijangkiti novel koronavirus.

Memetik laporan South China Morning Post, mangsa dikenali sebagai Yan Cheng, 17, ditinggalkan bersendirian di rumah tanpa penjagaan sesiapa selama enam hari.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

PM China dedah 'senjata utama' perangi koronavirus

Sun Feb 02 2020

Pengusaha dan pengilang barangan perubatan merupakan 'senjata utama' kerajaan China untuk melawan jangkitan novel koronavirus.

Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata, para pengeluar berkenaan perlu menambah pengeluaran masing-masing bagi mengawal novel koronavirus daripada terus meningkat.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

UAE catat satu lagi kes

Sun Feb 02 2020

Emiriah Arab Bersatu (UAE) umum satu lagi kes positif koronavirus di negara itu menjadikan jumlah semasa lima kes di negara itu.

Pesakit yang tiba dari Wuhan itu dilapor berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat.

132 dibawa pulang esok

Sun Feb 02 2020

Sejumlah 132 individu terdiri daripada 108 rakyat Malaysia dan 24 bukan warganegara (pasangan/anak) akan dibawa pulang dari Wuhan dalam misi bantuan kemanusiaan dan bencana (HADR) esok.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

New Zealand sekat pelancong dari China mulai esok

Sun Feb 02 2020

New Zealand umum sekat kemasukan pelancong warga asing dari China mulai esok ekoran peningkatan ancaman wabak koronavirus.

Kementerian Luar dan Perdagangan negara itu juga menasihatkan warganya agar tidak berkunjung ke China.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Indonesia evakuasi warganya dari China

Sun Feb 02 2020

Indonesia mengevakuasi 238 warganya dari Hubei dan menempatkan mereka di Pulau Natuna bagi menjalani proses kuarantin selama 14 hari.

Pesawat Batik Air yang membawa mereka mendarat di Lapangan Terbang Hang Nadim, Pulau Batam, kira-kira pukul 8.45 pagi waktu Indonesia Barat.

Malaysia Airlines benarkan batal tiket ke dan dari China

Sun Feb 02 2020

Malaysia Airlines mengumumkan akan membenarkan pembatalan tiket dengan bayaran balik penuh selain perubahan ke atas tiket secara percuma bagi penerbangan ke dan dari China.

Langkah diambil susulan selepas Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak mengenakan sekatan masuk sementara ke atas warga China dan warga asing yang telah mengembara ke China berkuat kuasa semalam.

Jumlah kes dan negara terbabit

Sun Feb 02 2020
Jumlah kes dan negara terbabit

Jumlah kes dan negara terbabit

Sun Feb 02 2020
Jumlah kes dan negara terbabit

Jumlah kes dan negara terbabit

Sun Feb 02 2020
Jumlah kes dan negara terbabit

Maklumat semasa koronavirus

Sun Feb 02 2020
Maklumat semasa koronavirus

Pelajar Malaysia di Wuhan tidak sabar pulang ke tanah air

Sun Feb 02 2020

Pelajar Malaysia di Wuhan tidak sabar pulang ke tanah air

Sun Feb 02 2020

Pelajar Malaysia yang terperangkap di Wuhan tidak sabar untuk pulang ke tanah air selepas mengetahui pihak berkuasa China telah memberi kebenaran untuk berbuat demikian.

Pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Geosains di Wuhan, Balachandar Subramaniyan, 43, berkata, beberapa pegawai Kedutaan Malaysia di China telah menghubunginya melalui aplikasi WeChat petang semalam bagi memaklumkan mengenai perkara tersebut.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Kes kedua di India

Sun Feb 02 2020

Kes kedua jangkitan koronavirus dilapor di Kerala, India.

Pesakit yang pernah berkunjung ke China kini dipantau dan berada dalam keadaan stabil.

Pesakit di Sri Lanka pulih

Sun Feb 02 2020

Satu-satunya pesakit jangkitan koronavirus di Sri Lanka dilapor pulih.

Pesakit warga China itu dikesan negatif jangkitan tersebut dan akan dibenarkan keluar dari Infectious Diseases Hospital (IDH) di Angoda, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Anil Jasinghe.

Katanya lagi, pasukan perubatan sedang memantau 16 yang lain, termasuk enam warga asing yang disyaki dijangkiti koronavirus.

Sri Lanka kini bebas kes jangkitan koronavirus.

Virus H5N1 pula serang China, lebih 4,000 ayam mati

Sun Feb 02 2020

China melaporkan kes virus selsema burung H5N1 di wilayah Hunan, yang terletak di sempadan selatan wilayah Hubei yang merupakan pusat penularan wabak koronavirus.

Wabak bermula di sebuah ladang di daerah Shuangqing di bandar Shaoyang yang menempatkan 7,850 ekor ternakan ayam.

Dilaporkan 4,500 ekor ayam mati setakat ini.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Koronavirus ragut nyawa pertama luar China

Sun Feb 02 2020

Korban pertama di luar China

Sun Feb 02 2020

Seorang lelaki berusia 44 tahun meninggal dunia di Filipina pada Sabtu akibat jangkitan koronavirus, lapor Organisasi Kesihatan Dunia (WHO).

Lelaki warga Wuhan, China itu dipercayai mangsa pertama meninggal dunia di luar China.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Super Junior derma 10,000 topeng muka

Sun Feb 02 2020

Era digital: Media sosial bawa lebih mudarat daripada virus

Sun Feb 02 2020

Ia adalah memenatkan, pergelutan yang tidak berkesudahan --- tetapi itulah realiti hidup kita pada hari-hari ini.

Penggubal dasar, pembentuk pandangan, sama ada awam atau korporat mesti sedar bahawa krisis perlu ditangani secara asimetri.

Kita selama ini berebut wilayah. Kini pertempurannya adalah berebut tempoh perhatian.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Apple tutup operasi gedung di China

Sun Feb 02 2020

Apple mengambil langkah menutup operasi rangkaian kedainya di China buat sementara waktu susulan wabak koronavirus.

Laman web Apple di China memaklumkan bahawa semua 42 buah kedai akan ditutup sehingga 9 Februari.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Selain China, 26 negara mempunyai kes positif novel koronavirus

Sun Feb 02 2020

Coronavirus rumours: True, false or somewhere in between?

Sun Feb 02 2020

Pakej rangsangan ekonomi dipertimbang; tumpu kesejahteraan rakyat

Sun Feb 02 2020

Bagi menghadapi kesan penularan 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) yang kini dikesan di 24 negara termasuk Malaysia, kerajaan sedang menimbangkan pakej rangsangan yang bukan sahaja memberi suntikan kepada ekonomi, tetapi juga memberi keutamaan terhadap keperluan yang boleh menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi (MEA) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata bagi tahun 2020, peruntukan RM227 juta disediakan untuk pembelian peralatan perubatan dan bukan perubatan buat semua fasiliti kesihatan di seluruh negara.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

3 kes lagi di Korea Selatan

Sun Feb 02 2020

Tiga kes lagi dilaporkan di Korea Selatan menjadikan jumlah semasa jangkitan kepada 15.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) berkata kes ke-13 membabitkan lelaki berusia 28 tahun yang dibawa pulang dari Wuhan bersama 368 warga Korea lain pada Jumaat.

Selain China, 26 negara mempunyai kes positif

Sun Feb 02 2020

Kematian di China meningkat kepada 304

Sat Feb 01 2020

Jumlah kematian akibat wabak koronavirus baru di Hubei meningkat sebanyak 45 kes, menjadikan jumlah keseluruhan 304 kes setakat Sabtu (1 Feb) malam.

Hubei mencatatkan 1,921 kes tambahan, menjadikan kesemuanya 9,074 jangkitan di wilayah itu.

Kerja-kerja pembasmian kuman giat dijalankan di Korea Selatan

Sat Feb 01 2020

Pasukan peninjau kedutaan besar selamat tiba di Wuhan

Sat Feb 01 2020

Pasukan peninjau kedutaan besar Malaysia di Beijing selamat tiba di Wuhan kira-kira jam 3.30 pagi tadi, selepas melalui perjalanan darat selama hampir 13 jam.

Kehadiran mereka adalah untuk membantu menyelaras proses membawa pulang 120 rakyat Malaysia di wilayah Hubei, susulan wabak koronavirus.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Batalkan perkahwinan 'tarikh cantik' 02022020

Sat Feb 01 2020

Kerajaan China meminta semua pasangan yang merancang untuk berkahwin pada tarikh ‘cantik’ esok iaitu 02022020 agar membatalkan niat mereka dalam usaha mengekang penularan wabak novel koronavirus.

Ia susulan virus berkenaan yang semakin serius telah merekodkan 259 kematian di China dengan jumlah jangkitan kes hampir 12,000 di seluruh dunia
.
Tarikh 2 Februari disifatkan sebagai bertuah untuk mengadakan majlis perkahwinan ekoran susunan nombornya sama jika dibaca dalam keadaan terbalik.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Warga Singapura kedua pulang dari Wuhan positif koronavirus

Sat Feb 01 2020

Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan dua lagi kes jangkitan dari luar novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di republik itu, satu daripadanya melibatkan warganegara Singapura kedua.

Kedua-dua kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 18 kes disahkan positif.

Bekalan makanan saya akan habis hari ini....

Sat Feb 01 2020

Australia kenakan sekatan terhadap semua pengembara dari China

Sat Feb 01 2020

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison mengumumkan sekatan terhadap semua pengembara dari China kecuali penduduk tetap serta warganegaranya sendiri.

Agensi antarabangsa melaporkan, sekatan itu dikenakan terhadap semua yang meninggalkan atau transit di China sejak 1 Februari.

Klik di sini untuk berita penuh

Rakyat China tidak dibenarkan masuk Sarawak

Sat Feb 01 2020

Kerajaan Negeri Sarawak memutuskan untuk menyekat kemasukan rakyat China ke negeri itu berkuatkuasa serta-merta bagi mengekang penularan Novel Koronavirus ke negeri berkenaan.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Sabtu.

Keputusan dibuat selepas perbincangan bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.

Klik di sini untuk berita penuh

Vietnam umum kes ke-6

Sat Feb 01 2020

Seorang penyambut tetamu di sebuah hotel terkenal di pantai Nha Trang disahkan sebagai pesakit koronavirus di Vietnam.

Kementerian Kesihatan negara itu mengesahkan individu berusia 25 tahun berkenaan didapati positif virus tersebut.

Mangsa juga disahkan kes pertama jangkitan antara manusia di Vietnam.

Kes jangkitan pertama di Sepanyol

Sat Feb 01 2020

Seorang individu di La Gomera, Sepanyol disahkan menghidap jangkitan koronavirus.

Kementerian Kesihatan negara itu memaklumkan pesakit merupakan sebahagian daripada kumpulan lima individu yang berhubung dengan individu yang dijangkiti virus tersebut ketika mereka berada di Jerman.

Klik di sini untuk berita penuh

Visual dan taburan data sebaran jangkitan

Sat Feb 01 2020
Visual dan taburan data sebaran jangkitan

Status terkini koronavirus di seluruh dunia

Sat Feb 01 2020
Status terkini koronavirus di seluruh dunia

Koronavirus: Angka kematian meningkat kepada 259

Fri Jan 31 2020

Jumlah kematian akibat koronavirus di China meningkat kepada 259, manakala kes jangkitan terbaharu di Hubei, China meningkat kepada 1,347.


Klik di sini untuk berita penuh

AS sahkan kes ke-7

Fri Jan 31 2020

Amerika Syarikat mengesahkan kes ketujuh jangkitan wabak koronavirus di negara itu.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS dalam kenyataannya berkata lelaki dewasa dari Santa Clara County, California itu disahkan positif jangkitan tersebut menjadikannya kes ketiga di California.


Klik di sini untuk berita penuh

Pelancong pernah ke China disekat masuk AS

Fri Jan 31 2020

Amerika Syarikat mengumumkan sekatan terhadap pelancong asing yang pernah berkunjung ke China sepanjang 14 hari lalu.

Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Kemanusiaan Alex Azar berkata sekatan sementara itu bagi mengelak risiko jangkitan 2019 novel koronavirus.


Klik di sini untuk berita penuh

AS isytihar darurat kesihatan

Fri Jan 31 2020

BREAKING: US declares public health emergency from new virus, President Trump to bar entry of foreign nationals who pose transmission risk. https://t.co/YE8sJuIiK2

— The Associated Press (@AP) January 31, 2020

Warga AS dari China dikuarantin

Fri Jan 31 2020

#BREAKING US announces mandatory 14-day quarantine on 195 US virus evacuees pic.twitter.com/bxtjaIJojh

— AFP news agency (@AFP) January 31, 2020

AS sekat pelancong pernah ke China

Fri Jan 31 2020

#BREAKING Foreign nationals who traveled to China in past 2 weeks banned entry to US pic.twitter.com/ZJInIyoZ6E

— AFP news agency (@AFP) January 31, 2020

Kerajaan fokus bawa pulang rakyat Malaysia dari Hubei - Duta

Fri Jan 31 2020

Kerajaan kini memberi keutamaan untuk membawa pulang 117 rakyat Malaysia dari Wuhan di Wilayah Hubei serta sekitarnya berikutan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan penularan kluster 2019 novel koronavirus sebagai darurat kesihatan dunia.

Duta Besar Malaysia ke China Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin berkata semua mereka dikenalpasti hasil maklumat yang disalurkan kepada kedutaan selain menerusi media sosial.


Klik di sini untuk berita penuh

Sambutan Thaipusam ditangguh hanya berita palsu

Fri Jan 31 2020

Jawatankuasa Kuil Sri Mahamariamman Batu Caves menafikan laporan yang tular di media sosial kononnya sambutan Thaipusam di Baru Caves pada 8 Feb ini ditangguh bagi mengelak penyebaran virus novel koronavirus.

Pengerusinya Tan Sri R. Nadarajah berkata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo telah mengatakan bahawa sambutan Thaipusam akan diteruskan seperti yang dijadualkan.


Klin di sini untuk berita penuh

Itali isytihar darurat 6 bulan

Fri Jan 31 2020

Kerajaan Itali isytihar tempoh darurat selama enam bulan selepas doktor mengesahkan dua pelancong China disahkan positif koronavirus di Rom.

Singapura buat peraturan untuk pelawat dari China

Fri Jan 31 2020

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) pada Jumaat mengumumkan semua pelawat baharu yang pernah ke China dalam tempoh 14 hari lepas tidak akan dibenarkan masuk atau transit di Singapura, berkuat kuasa Sabtu.

MOH dalam satu kenyataan berkata langkah ini diputuskan oleh Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian Singapura mengenai 2019 novel koronavirus untuk mengehadkan potensi risiko daripada pelawat baharu tiba dari China kepada Singapura.


Klik di sini untuk baca berita penuh

Perluas sekatan kemasukan pelancong China

Fri Jan 31 2020

Kementerian Dalam Negeri (KDN) percaya jawatankuasa mengenai jangkitan 2019 novel koronavirus akan meneliti kewajaran untuk memperluaskan lagi sekatan terhadap kemasukan pelawat China ke negara ini selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan bahawa jangkitan koronavirus sebagai darurat kesihatan global.

Menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sementara jawatankuasa yang diterajui Kementerian Kesihatan meneliti kewajaran itu, kerajaan akan mengekalkan status sekatan lawatan sedia ada iaitu terhadap pelancong dari Wuhan dan Hubei sahaja.


Klik di sini untuk berita penuh

Rusia sahkan dua kes koronavirus

Fri Jan 31 2020

Rusia hari ini mengesahkan dua kes pertama jangkitan novel koronavirus di negara itu.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Perdana Menterinya, Tatyana Golikova yang turut memaklumkan bahawa kedua-dua pesakit terbabit merupakan warga China dan kini sedang dikuarantin.

Singapura sahkan tiga lagi kes, jumlah keseluruhan 16

Fri Jan 31 2020

Kementerian Kesihatan Singapura sahkan tiga lagi kes positif novel koronavirus di negara itu menjadikan keseluruhan jumlah kes sebanyak 16 kes.

Ketiga-tiga kes baharu yang dilaporkan itu berpunca apabila mangsa sebelum ini melancong ke Wuhan, China.

Menurut portal Channel News Asia, kes ke-14 yang direkodkan antaranya ialah seorang lelaki warganegara China berusia 31 tahun yang mempunyai pas pekerja di Singapura.

Thailand catat kes pertama jangkitan koronavirus manusia ke manusia

Fri Jan 31 2020

Thailand merekodkan kes pertama jangkitan koronavirus dari manusia ke manusia sekali gus menjadikan jumlah penularan virus itu kepada 19 kes.

Jelas Timbalan Ketua Jabatan Pengawalan Penyakit, Tanarak Pipat pada Jumaat, jangkitan itu berlaku ke atas seorang pemandu teksi yang dipercayai membawa seorang pelancong warga China.

Sebar berita palsu koronavirus, Zed Zaidi dipanggil beri keterangan

Fri Jan 31 2020

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Rozaidi Jamil hari ini hadir memberi keterangan lebih dua jam di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung tindakannya berkongsi berita palsu tentang jangkitan 2019 novel koronavirus.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Zed Zaidi, 40, tiba di Menara SKMM, di sini bersama peguamnya Zamri Idrus pada pukul 3.30 petang dan selesai memberi keterangan kira-kira 5.45 petang.


Klik di sini untuk berita penuh

UK sahkan dua kes pertama koronavirus

Fri Jan 31 2020

United Kingdom (UK) hari ini mengesahkan dua kes pertama jangkitan novel koronavirus di negara itu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Perubatan England, Prof Chris Whitty yang turut menjelaskan, kedua-dua pesakit terbabit dari keluarga yang sama dan kini sedang dirawat di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), barat laut England.


Amerika Syarikat keluar amaran warganya ke China

Fri Jan 31 2020

Hati-hati!

Amaran melarang warganya ke China telah dikeluarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat sehubungan pengisytiharan wabak koronavirus sebagai darurat kesihatan global.

Belum ada keputusan sekat penerbangan dari China

Fri Jan 31 2020

Setakat ini tiada keputusan dibuat sekat penerbangan dari China ke Malaysia susulan WHO isytihar koronavirus darurat kesihatan global, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Korea Selatan sahkan kes ke-7

Fri Jan 31 2020

Korea Selatan mengesahkan kes ketujuh jangkitan koronavirus di negara itu.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (KCDC) ketika mengumumkan perkara itu berkata jangkitan terbaharu melibatkan seorang pesakit berusia 28 tahun warga Korea Selatan yang pulang dari Wuhan, China.

Jangan lawat China! - AS

Fri Jan 31 2020

Amerika Syarikat mengeluarkan nasihat perjalanan kepada warganya supaya tidak berkunjung ke China buat masa ini.

Ia susulan pengisytiharan Badan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa wabak koronavirus yang kini meragut nyawa sekurang-kurangnya 213 nyawa diklasifikasi sebagai Darurat Kesihatan Global.

Jangkitan manusia ke manusia meningkat kepada 9 kes

Fri Jan 31 2020

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengesahkan kes pertama jangkitan koronavirus daripada ‘person-to-person transmission’ (jangkitan daripada manusia ke manusia) di negara berkenaan.

Kes pertama jangkitan manusia ke manusia itu disahkan berlaku di Illinois yang mana mangsa kedua di negeri itu dan merupakan kes keenam yang disahkan positif di Amerika Syarikat.


Klik di sini untuk baca berita penuh

Trinidad & Tobago sekat pelancong dari China

Thu Jan 30 2020

Trinidad & Tobago meletakkan sekatan terhadap pelancong dari China selama 14 hari.

Menteri kesihatannya memaklumkan bahawa sekatan itu merangkumi sesiapa sahaja yang tinggal di China atau melawat negara itu.

Sekatan perjalanan itu berkuat kuasa serta-merta.

Angka kematian meningkat kepada 213

Thu Jan 30 2020

Angka kematian akibat jangkitan koronavirus Wuhan meningkat kepada 213 di China.

Pihak berkuasa kesihatan Hubei memaklumkan 42 lagi kematian dilaporkan pada Khamis.

Itali sahkan 2 kes jangkitan

Thu Jan 30 2020

Itali mengesahkan dua kes jangkitan koronavirus melibatkan pelancong warga China yang tiba di Rom beberapa hari lalu.

Kedua-dua mereka ditempatkan di pusat pengasingan bagi pemantauan dan rawatan.


Klik di sini untuk berita penuh

UK naikkan tahap risiko kepada "sederhana"

Thu Jan 30 2020

Pihak berkuasa kesihatan United Kingdom (UK) telah meningkatkan tahap risiko untuk koronavirus di negara itu dari rendah kepada sederhana.

Empat Ketua Pegawai Perubatan Chief England, Wales, Scotland dan Ireland Utara dalam satu kenyataan berkata status itu tidak bermakna risiko kepada individu di UK telah berubah pada ketika ini tetapi kerajaan perlu "merancang tindakan terhadap sebarang kemungkinan."

Super Junior derma 10,000 topeng muka

Thu Jan 30 2020

Kumpulan Super Junior yang mengambil inisiatif mendermakan lebih 10,000 keping topeng muka kepada orang awam.

Topeng muka berkenaan diserahkan kepada Community Chest of Korea pada Rabu untuk diberikan kepada kanak-kanak dan remaja di Korea Selatan.


Klik di sini untuk baca berita penuh

WHO Director-General's statement on IHR Emergency

Thu Jan 30 2020

WHO Director-General's statement on IHR Emergency Committee on Novel Coronavirus (2019-nCoV):

Over the past few weeks, we have witnessed the emergence of a previously unknown pathogen, which has escalated into an unprecedented outbreak, and which has been met by an unprecedented response.

As I have said repeatedly since my return from Beijing, the Chinese government is to be congratulated for the extraordinary measures it has taken to contain the outbreak, despite the severe social and economic impact those measures are having on the Chinese people.


Click here to read the full story

Koronavirus darurat kesihatan global - WHO

Thu Jan 30 2020

BREAKING

"For all of these reasons, I am declaring a public health emergency of international concern over the global outbreak of #2019nCoV."-@DrTedros

— World Health Organization (WHO) (@WHO) January 30, 2020

WHO isytihar koronavirus darurat kesihatan global

Thu Jan 30 2020

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak koronavirus yang telah meragut sekurang-kurangnya 170 nyawa sebagai darurat kesihatan global.

Perkara berkenaan diumumkan WHO selepas mengadakan mesyuarat di ibu pejabat pertubuhan itu di Geneva pada Rabu.


Klik di sini untuk berita penuh

Kes koronavirus sudah melebihi jangkitan SARS pada 2002-2003

Thu Jan 30 2020

Bilangan jangkitan wabak novel koronavirus dari China sudah merebak kepada lebih 8,200 orang di seluruh dunia pada Khamis, melebihi daripada jumlah jangkitan epidemik Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada tahun 2002-2003.

SARS yang juga berasal dari China, menjangkiti 8,098 orang dan mengorbankan kira-kira 800 orang dan menjejaskan ekonomi global mengalami kerugian hingga AS$33 bilion pada 2003.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

Sedia hantar pesawat ATM bawa pulang rakyat Malaysia di Wuhan

Thu Jan 30 2020

Kementerian Pertahanan bersedia untuk menghantar pesawat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang masih berada di Wuhan, China yang kini dilanda wabak 2019 novel koronavirus.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata ketika ini pihaknya perlu menunggu arahan dan kelulusan daripada kerajaan pusat untuk membawa pulang rakyat Malaysia di sana.

SIla klik di sini untuk berita penuh.

Rak kosong di pasar raya Hong Kong

Thu Jan 30 2020
Rak kosong di pasar raya Hong Kong

Singapura catat tiga lagi kes positif koronavirus

Thu Jan 30 2020

Singapura mengesahkan tiga lagi kes positif koronavirus, menjadikan jumlah keseluruhan di negara itu kepada 13.

Kes terbaharu termasuk seorang wanita berusia 31 tahun dari Wuhan yang tiba di Singapura pada 22 Januari. Dia merupakan rakan kepada individu keempat yang disahkan positif sebelum ini.

Dua lagi adalah wanita berusia 37 tahun dan 73 tahun dari Wuhan yang tiba di Singapura, masing-masing pada 22 Januari dan 21 Januari bersama keluarga.

Kemas kini oleh MOH Singapura

Thu Jan 30 2020

As of 30 January 2020, 2pm, we have confirmed 3 additional imported cases of Wuhan coronavirus infection in Singapore. 10 confirmed cases were earlier announced. There is currently no evidence of community spread in Singapore. #WuhanCoronavirus Read more: https://t.co/KGDW31C7R9

— Ministry of Health (@sporeMOH) January 30, 2020

Belum ada keperluan henti semua penerbangan dari China

Thu Jan 30 2020

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan membuat kajian terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan menghentikan semua penerbangan dari China.

"Buat masa ini belum ada keperluan lagi. Kita akan buat kajian sama ada perlu atau tidak hentikan semua penerbangan dari China atau cuma dari wilayah Wuhan dan Hubei," kata beliau.

Belum pasti jangkitan daripada manusia ke manusia sudah berlaku

Thu Jan 30 2020

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih melakukan kajian terperinci mengenai kes kelima wabak novel coronavirus membabitkan sorang wanita warga China merupakan kes human to human transmission (jangkitan daripada manusia kepada manusia) tempatan atau tidak.

Ini kerana, kata menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, wanita berusia 36 tahun itu sebelum ini disahkan negatif dari virus tersebut manakala dua anaknya disahkan positif dan ditempatkan di Hospital Sungai buloh.

14 warga China tidak dibenarkan masuk Malaysia

Thu Jan 30 2020

Seramai 14 pengunjung dari wilayah Hubei, China yang cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), berjaya dikesan dan dihalang oleh Jabatan Imigresen Malaysia pada Selasa lalu, ujar Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kesemua mereka, jelas Muhyiddin, dikenakan arahan Tidak Dibenarkan Mendarat (NTL) dan dihantar pulang ke negara asal.

White House umum pasukan petugas khas

Thu Jan 30 2020

White House umum penubuhan pasukan petugas khas untuk menangani ancaman koronavirus di Amerika Syarikat.

Pasukan itu akan mengetuai usaha memantau, mengekang, dan mengurangkan penyebaran virus tersebut.

Ia juga bagi memastikan warga Amerika mendapat maklumat kesihatan dan perjalananyang paling tepat dan terkini.

Anggota TLDM di China bebas koronavirus

Thu Jan 30 2020

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan tim projek Kapal Misi Pesisir (LMS) di Qidong, Shanghai, China bebas daripada jangkita koronavirus.

Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut dalam kenyataan media berkata, pihaknya sedang berusaha membawa pulang 15 pegawai dan anggota lain-lain pangkat ke tanah air dalam masa terdekat.

Fokus saringan koronavirus terhad kepada warga China

Thu Jan 30 2020

Jumlah alat pengesan haba atau thermal scanner yang terhad di sempadan darat Malaysia-Singapura menyebabkan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) hanya melakukan saringan novel koronavirus (2019 n-CoV) terhadap rakyat warganegara China sahaja.

Pakar Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit KKM, Dr Azmi Abdul Rahim berkata, terdapat jumlah yang begitu besar melibatkan individu yang melalui kedua-dua kompleks tersebut setiap hari.

Satu lagi kes positif di Malaysia

Thu Jan 30 2020

Satu lagi kes disahkan positif 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) dilaporkan menjadikan keseluruhan lapan kes di Malaysia yang terdiri daripada warganegara China setakat 30 Januari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kes terbaharu itu berlaku dalam kalangan kontak rapat yang mana melibatkan seorang lagi warganegnara China berusia 49 tahun.


Klik di sini untuk berita penuh

'Cerita tular tidak sahih hanya ganggu tugas doktor'

Thu Jan 30 2020

Cerita-cerita tular yang tidak sahih mengenai virus Novel Koronavirus (2019-nCoV) sedikit sebanyak menganggu tugas doktor yang berperanan merawat pesakit.

Menurut Pakar Perunding Kanan Penyakit Berjangkit Hospital Sungai Buloh, Dr C. Suresh Kumar, setiap kali cerita yang tidak benar mengenai penularan 2019-nCoV disebarkan, pihaknya perlu menerangkan semula kepada orang ramai mengenai perkara sebenar.


Klik di sini untuk berita penuh

Jack Ma derma ¥100 juta untuk penghasilan vaksin

Thu Jan 30 2020

Ahli perniagaan terkenal Jack Ma dilapor mendermakan ¥100 juta (kira-kira RM60 juta) menerusi yayasannya bagi membantu penghasilan vaksin bagi strain baharu koronavirus yang telah menjangkiti lebih 7,000 dan membunuh 170 mangsa setakat ini.

Sejumlah 40 juta yuan (kira-kira RM23.5 juta) akan diberikan Yayasan Jack Ma kepada organisasi kajian milik kerajaan, manakala bakinya akan digunakan bagi menyokong usaha "mencegah dan merawat."

Empat pesakit di HSB dalam keadaan stabil

Thu Jan 30 2020

Empat pesakit yang disahkan positif koronavirus (2019-nCoV) dan kini dikuarantin di Hospital Sungai Buloh (HSB) berada dalam keadaan stabil.

Menurut Pakar Perunding Kanan Penyakit Berjangkit HSB, Dr C. Suresh Kumar, tiada rawatan khusus yang diberikan kepada pesakit setakat ini dan pesakit dirawat mengikut simptom yang ditunjukkan mereka.


Klik di sini untuk berita penuh

3 warga Jepun dibawa keluar dari Wuhan sah dijangkiti

Thu Jan 30 2020

Sekurang-kurangnya tiga warga Jepun yang dikeluarkan dari pusat wabak di Wuhan didiagnosis menghidap koronavirus.

Menurut Kementerian Kesihatan Jepun, hanya seorang mangsa mengalami demam panas manakala dua lagi tidak menunjukkan sebarang simptom.

Mereka kini dikuarantin di Tokyo.

Sejumlah 400 warga Jepun dibawa keluar dari Wuhan melalui dua penerbangan khas pada pagi Rabu dan Khamis waktu tempatan.

Malaysia lebih proaktif berbanding ketika SARS 2002

Thu Jan 30 2020

Tindakan Malaysia membendung penularan penyakit berjangkit 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) disifatkan lebih bersedia, pantas serta proaktif berbanding ketika berdepan wabak berbahaya dahulu seperti Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS), virus Nipah, serta Ebola.

Pakar penyakit berjangkit Datuk Dr Christopher K.C. Lee berkata, berdasarkan pengalaman negara dalam mengawal kes-kes penyakit berjangkit terdahulu menjadikan Malaysia lebih bersedia termasuk meningkatkan tahap imbasan kesihatan di semua pintu masuk negara serta pengasingan mereka yang dijangkiti wabak itu.


Klik di sini untuk berita penuh

Trump dimaklumkan situasi di China

Thu Jan 30 2020

Just received a briefing on the Coronavirus in China from all of our GREAT agencies, who are also working closely with China. We will continue to monitor the ongoing developments. We have the best experts anywhere in the world, and they are on top of it 24/7! pic.twitter.com/rrtF1Stk78

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) January 30, 2020

Kes di China meningkat kepada 7,158, angka kematian kini 170

Thu Jan 30 2020

Jumlah kes koronavirus Wuhan kini meningkat kepada 7,158 di China, manakala jumlah kes di seluruh dunia setakat ini ialah 7,251.

Angka kematian juga meningkat kepada 170, kesemuanya di China.


Klik di sini untuk berita penuh

Jumlah kematian meningkat kepada 162

Wed Jan 29 2020

Sekurang-kurangnya 162 mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat koronavirus di Wuhan, China, peningkatan 37 kes berbanding hari sebelumnya.

Wuhan yang merupakan pusat jangkitan wabak yang menular ke seluruh dunia itu kini mencatatkan sejumlah 4,586 kes pada Rabu iaitu peningkatan sebanyak 1,032 kes.

Melaka ubah strategi pemasaran pelancongan

Wed Jan 29 2020

Melaka mengubah strategi pemasaran pelancongan dengan memberi fokus kepada pasaran Asia Tenggara terutama Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina dan Brunei susulan wabak 2019 novel koronavirus yang melanda China, sehingga menjejaskan kedatangan pelancong dari negara itu.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata China merupakan antara pasaran besar bagi industri pelancongan Melaka, dan kebergantungan terhadap kedatangan pelancong dari negara itu perlu dilihat semula.


Klik di sini untuk berita penuh

Pahang tempatkan pengesan haba di pintu masuk antarabangsa

Wed Jan 29 2020

Pahang menempatkan alat pengesan haba (thermal scanner) di tiga pintu masuk antarabangsa sebagai langkah mencegah jangkitan 2019 novel koronavirus di negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata alat itu ditempatkan di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah (LTSAS), Pelabuhan Kuantan dan Jeti Tekek di Pulau Tioman.


Klik di sini untuk berita penuh

UNICEF hantar bantuan topeng, baju perlindungan ke Wuhan

Wed Jan 29 2020

Penghantaran topeng pernafasan dan baju perlindungan seberat enam tan metrik oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) selamat tiba di Shanghai pada Rabu, dalam usaha membantu mengekang penularan wabak novel koronavirus di China.

Terdahulu, ia dihantar dari Copenhagen, Denmark pada Selasa, dan akan seterusnya dihantar ke Wuhan selepas ini.



Klik di sini untuk berita penuh

'Sediakan pembersih tangan, pembasmi kuman'

Wed Jan 29 2020

Kerajaan Pulau Pinang menggesa pihak pengendali seperti hotel, pusat beli-belah, restoran dan lokasi tarikan pelancong di negeri ini supaya memastikan pembersih tangan dan pembasmi kuman tersedia di premis masing-masing untuk mencegah jangkitan 2019 novel koronavirus.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Keseniaan negeri Yeoh Soon Hin dalam kenyataan pada Rabu berkata pengendali perlu proaktif dalam memastikan langkah-langkah pencegahan diambil kerana banyak kawasan di Pulau Pinang sering dikunjungi orang ramai dan pelancong.


Klik di sini untuk berita penuh

WHO tentukan status terkini penularan koronavirus

Wed Jan 29 2020

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu berkata, pihaknya akan berbincang dengan pakar-pakar pada Khamis untuk menentukan sama ada penularan novel koronavirus sudah sampai ke tahap kecemasan kesihatan global.

Tedros Adhanom Ghebreyesus, yang melawat China minggu ini dan bertemu dengan Presiden Xi Jinping, berkata mesyuarat bersama Jawatankuasa Kecemasan Peraturan Kesihatan Antarabangsa itu sangat perlu diadakan susulan trend jangkitan virus di luar negara China.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

Jawatankuasa Kecemasan Peraturan Kesihatan Antarabangsa bakal bermesyuarat

Wed Jan 29 2020

I have decided to reconvene the International Health Regulations Emergency Committee on the new #coronavirus (2019-nCoV) tomorrow to advise me on whether the current outbreak constitutes a public health emergency of international concern. pic.twitter.com/993YBQ6hol

— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) January 29, 2020

Ketua Pengarah WHO kesal kesilapan laporan

Wed Jan 29 2020

WHO deeply regrets the error in this week's situation report, which inserted the word “moderate” inaccurately in the #coronavirus global risk assessment. This was a human error in preparing the report. I have repeatedly stated the high risk of the outbreak https://t.co/Qp871ObmdE

— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) January 29, 2020

Kes pertama koronavirus disahkan di Finland

Wed Jan 29 2020
Kes pertama koronavirus disahkan di Finland

Universiti tempatan ambil langkah proaktif kekang koronavirus

Wed Jan 29 2020

Beberapa universiti tempatan mengambil langkah proaktif bagi mencegah jangkitan 2019 novel koronavirus dalam kalangan warga universiti, termasuk melakukan saringan kesihatan ke atas pelajar dari China.

Warga universiti juga digesa mendapatkan rawatan jika mengalami demam, batuk atau kesukaran bernafas.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

Memahami prosedur rawatan & proses isolasi kes koronavirus

Wed Jan 29 2020

Perancis catat kes ke-5

Wed Jan 29 2020

Perancis mengesahkan kes kelima jangkitan koronavirus dari China.

Menteri Kesihatan Agnès Buzyn berkata pesakit merupakan anak perempuan kepada lelaki berusia 80 tahun yang telah dijangkiti.

Lebih 100 pesakit novel koronavirus pulih di sekitar China

Wed Jan 29 2020

Gara-gara sebar berita palsu tentang koronavirus

Wed Jan 29 2020

Empat lagi individu yang disyaki menyebarkan kandungan berita palsu mengenai penularan jangkitan koronavirus ditahan.

Keempat-empat mereka ditahan secara berasingan oleh pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), untuk dirakam keterangan masing-masing.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

"Sanggup dikuarantin, asalkan di tanah air sendiri"

Wed Jan 29 2020

Itu luahan hati pelajar Malaysia di University Geoscience China di Wuhan, Ivan Yeo Zhi Yu, seorang anak kelahiran Bintulu, Sarawak yang sudah lebih seminggu tidak keluar daripada asrama universitinya.

Meskipun mengakui ada bekalan makanan dihantar oleh Kedutaan Malaysia, namun rakyat Malaysia seperti Ivan perlu patuh dengan beberapa larangan ditetapkan buat masa ini.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

Singapura sahkan tiga lagi kes positif 

Wed Jan 29 2020

Singapura mengesahkan tiga lagi kes jangkitan positif novel koronavirus (2019-nCoV), menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti virus tersebut kepada 10.

Memetik laporan Channel News Asia, ketiga-tiga kes tersebut melibatkan individu warganegara China dari Wuhan.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

Kemas kini statistik sehingga 6 petang

Wed Jan 29 2020

9 pelajar Malaysia terkandas di Wuhan

Wed Jan 29 2020

Sembilan pelajar Malaysia dilaporkan terkandas di Wuhan selepas pihak berkuasa di sana mengenakan perintah kuarantin di wilayah Hubei.

Pengerusi Persatuan Alumni Graduan China Sarawak, Dr Wong Siu Eing berkata, kesemua pelajar terbabit sepatutnya pulang ke tanah air untuk menyambut Tahun Baharu Cina pada 24 Januari lalu, namun terkandas selepas pihak berkuasa mengarahkan perintah kuarantin akibat wabak koronavirus sehari sebelum itu.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

Koronavirus: Kuarantin rakyat Malaysia di Pulau Jerejak?

Wed Jan 29 2020

Pulau Jerejak, di Pulau Pinang tidak akan dijadikan sebagai pusat kuarantin bagi rakyat Malaysia yang bakal dibawa pulang dari Wuhan, China susulan penularan wabak koronavirus di wilayah berkenaan, kata Perdana Menteri.

Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, pulau itu ketika ini tidak lagi dijadikan sebagai lokasi tahanan.

“Tidak, bukan Pulau Jerejak (lokasi kuarantin). Kita ada hospital, bukan di Pulau Jerejak.

“Pulau Jerejak pun tidak lagi jadi tempat penahanan,” katanya pada sidang media khas, di sini, pada Rabu.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

Tips: Stay healthy while travelling

Wed Jan 29 2020

Stay healthy while travelling.
?When coughing or sneezing, cover your mouth and nose with fixed elbow or tissue
?If you choose to wear a ?, be sure to cover ?and ?
?Immediate discard single-use mask after each use ?wash hands ??#coronavirus #nCoV #nCoV2019 #2019nCoV pic.twitter.com/0O4wKYLpan

— World Health Organization Western Pacific (@WHOWPRO) January 29, 2020

Warga Wuhan tiba di Sandakan: Kerajaan tiada maklumat

Wed Jan 29 2020

Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah belum menerima maklumat kehadiran enam warga Wuhan yang dilaporkan tiba di Sandakan, pada Rabu.

Menterinya, Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, setakat ini beliau belum dimaklumkan berhubung kejadian terbabit.

Masih ada harapan ... jururawat kembali bertugas selepas disahkan sembuh

Wed Jan 29 2020

Sebaik sahaja sembuh daripada jangkitan koronavirus, seorang jururawat kembali menjalankan tugas di salah sebuah hospital di bandar Wuhan pada Selasa.

Menurut laporan China Central Television (CCTV), Guo Qin, 38, disahkan positif koronavirus pada awal Januari sewaktu ditugaskan menjaga pesakit yang dijangkiti virus baru itu di Hospital Zhongnan.

'Spreading news, fake and lies will not be tolerated'

Wed Jan 29 2020

Ketua WHO puji kesungguhan China

Wed Jan 29 2020

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus memuji tindakan kerajaan China dalam menangani kes penularan wabak koronavirus.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Tedros, sewaktu dalam satu pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping di Great Hall pada Selasa.

Memetik catatan terbaharu Kedutaan China di Malaysia menerusi Facebook, Tedros memuji tindakan kerajaan China yang bertindak pantas dalam penyebaran maklumat bagi mengekang penularan wabak koronavirus berkenaan.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

Halang pelancong masuk masjid tidak bertanggungjawab - PM

Wed Jan 29 2020

Kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan menyekat pelancong dari melawat masjid dan lokasi pelancongan lain di negara ini, tegas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Perdana Menteri, perbuatan tersebut adalah tidak bertanggungjawab dan sengaja mencetuskan ketegangan antara kaum.

Malaysia sedia bawa balik rakyat di Wuhan

Wed Jan 29 2020

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sedia untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di Wuhan, China, dalam masa terdekat.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan akan mengarahkan Kementerian Luar untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan China bagi mendapatkan kebenaran tersebut.

Pelancong dari Wuhan, Hubei dihalang masuk ke Malaysia - Tun M

Wed Jan 29 2020

UAE kesan satu kes koronavirus

Wed Jan 29 2020

Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Komuniti Emiriyah Arab Bersatu (UAE) hari ini mengesahkan satu kes jangkitan koronavirus telah dikesan di negara itu.

Kementerian itu juga mengesahkan virus terbabit dikesan menjangkiti sebuah keluarga yang berasal dari Wuhan, China

Tanpa memberikan maklumat lanjut, kementerian itu memaklumkan pesakit yang dijangkiti kini berada dalam keadaan stabil dan di bawah pemerhatian rapi hospital.

Empat warga Jepun dari Wuhan dikejarkan ke hospital

Wed Jan 29 2020

Pegawai Kesihatan Jepun mengesahkan seramai empat mangsa dalam penerbangan yang tiba di Tokyo dari Wuhan lokasi di mana wabak koronavirus mula dikesan.

Menurut laporan portal Japan Times, keempat-empat mangsa daripada 206 penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Haneda pada pagi Rabu tersebut mengalami batuk dan demam.

Ika Mustafa syukur, lega bebas koronavirus

Wed Jan 29 2020

"Alhamdulillah keputusan adalah negatif. Saya bersyukur dan berasa lega sangat. Saya bebas daripada jangkitan virus berkenaan."

Itu reaksi penyanyi baharu Ika Mustafa yang meluahkan rasa syukurnya selepas ujian darah mendapati dia bebas daripada wabak koronavirus.


Koronavirus: Polis siasat lima kes berita palsu

Wed Jan 29 2020

Polis telah membuka lima kertas siasatan berhubung penyebaran khabar angin serta berita tidak sahih berkaitan koronavirus baharu (2019-nCoV) di media sosial.

Ia berhubung empat kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial menerusi Facebook dan satu kenyataan menerusi aplikasi Whatsapp, menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

Koronavirus: Angka kematian meningkat kepada lebih 130

Wed Jan 29 2020

Jumlah kes yang disahkan positif jangkitan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) setakat ini telah mencecah 6,052, menurut pihak berkuasa kesihatan China pada Rabu.

Angka tersebut melebihi bilangan yang terlibat dalam kes Sars, wabak yang mengorbankan lebih 600 orang di seluruh dunia pada 2002-2003.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

Amerika bawa pulang rakyat dari Wuhan

Wed Jan 29 2020

Amerika Syarikat membawa pulang kira-kira 240 warganya, kebanyakannya diplomat dan ahli keluarga mereka, dari Wuhan, China.

Pesawat yang disewa khas itu berlepas pada awal pagi Rabu waktu tempatan.

Suspek sebar berita palsu ditahan

Tue Jan 28 2020

Seorang suspek yang disyaki menyebarkan kandungan berita palsu mengenai penularan wabak novel coronavirus ditahan pihak berkuasa pada Selasa.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, suspek berumur 34 tahun, ditahan di kediamannya di Bangi, jam 4 petang Selasa.

Ia bagi membantu siasatan terhadap satu muat naik Facebook pada 26 Jan 2020.

Koronavirus: Angka kematian meningkat kepada lebih 130

Tue Jan 28 2020

Jumlah kes yang disahkan positif 2019-nCoV setakat ini mencecah 6,052, dengan terkini, jumlah kematian dilaporkan meningkat kepada 132.

Terdapat 840 kes baru positif 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) yang disahkan di wilayah Hubei, menurut pihak berkuasa kesihatan China.

Kebanyakan pesakit yang meninggal dunia berusia lebih 60 tahun dan dilaporkan telah mengalami masalah kesihatan sebelum ini.

Perancis sahkan kes keempat

Tue Jan 28 2020

Perancis pada Selasa melaporkan kes keempat jangkitan koronavirus melibatkan seorang pelancong warga emas dari China.

Pengarah Kesihatan, Jerome Salomon berkata, pesakit yang dimasukkan ke hospital di Paris itu dipercayai berusia dalam lingkungan 80 tahun, berasal dari wilayah Hubei, China.

Kes pertama di Sri Lanka

Tue Jan 28 2020

Sri Lanka pada Isnin mengesahkan kes pertama positif 2019 novel koronavirus.

Sudath Samaraweera, ketua epidemiologi di Kementerian Kesihatan Sri Lanka berkata kes melibatkan seorang pelancong wanita warga China berumur 40-an yang tiba di negara itu pada 19 Jan.

Dia telah jatuh sakit pada 25 Jan dan disahkan dijangkiti koronavirus susulan ujian yang dijalankan pada Isnin.


Tiga lagi kes disahkan positif koronavirus di Malaysia - KKM

Tue Jan 28 2020

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat pertambahan tiga kes baharu positif novel koronavirus (2019-nCoV) di negara ini.

Ia sekali gus menjadikan keseluruhan tujuh kes positif dilaporkan di negara ini sejak 25 Januari lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh KKM menerusi satu kenyataan media, awal pagi Rabu.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

Pengesahan terkini daripada KP Kesihatan

Tue Jan 28 2020

Kenyataan Akhbar KPK 29 Januari 2020 – Situasi Terkini Jangkitan 2019-nCoV di Malaysia dan Kesiapsiagaan KKM Menghadapi Penularannya https://t.co/plzG4b1rxq pic.twitter.com/2npNMqN6jD

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 28, 2020

Pekerja ECRL pulang ke China dinasihat tidak kembali sehingga keadaan terkawal

Tue Jan 28 2020

Pekerja projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang pulang ke kawasan dijangkiti 2019 novel koronavirus di China sempena cuti Tahun Baru Cina, baru-baru ini, dinasihatkan supaya tidak kembali bekerja di negara ini sehingga keadaan kembali terkawal.

Pemilik projek dan aset ECRL, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) berkata ini antara langkah proaktif diambil pihaknya selari Pelan Pengurusan Kecemasan bagi kawalan penyakit berjangkit termasuk koronavirus dan influenza A yang telah disiapsiagakan kontraktor utama China Communications Construction ECRL Sdn Bhd (CCC-ECRL) sebelum cuti perayaan itu bermula lagi.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

Statistik terkini di seluruh dunia

Tue Jan 28 2020

Statistik terkini novel coronavirus atau #2019nCoV di seluruh dunia.

Di Malaysia, kes positif #2019nCoV kekal 4 kes dan kesemua melibatkan kes import. pic.twitter.com/7zvBsR9XMx

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) January 28, 2020

Countries evacuating nationals from China coronavirus areas

Tue Jan 28 2020

Wuhan, a city of 11 million in the province of Hubei and the epicentre of the outbreak is in virtual lockdown and much of Hubei, home to nearly 60 million people, is under some kind of travel curb.

Click here to find out about some countries' evacuation plans, and their plans to manage health risks from those who are returning.

Jangan halang pelancong

Tue Jan 28 2020
Jangan halang pelancong

Jangan halang pelancong ke lokasi tumpuan - Mohamadin Ketapi

Tue Jan 28 2020

Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan akan menghantar surat kepada pihak pengurusan beberapa lokasi tumpuan agar tidak melarang pelancong berkunjung ke premis mereka.

Menterinya, Datuk Mohamadin Ketapi berkata, lokasi tumpuan pelancong perlu terus dibuka biarpun terdapat kebimbangan terhadap penularan virus koronavirus.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

Nyawa lebih utama daripada impak koronavirus terhadap ekonomi - Guan Eng

Tue Jan 28 2020

Menteri Kewangan Lim Guan Eng menegaskan bahawa aspek nyawa perlu menjadi intipati utama dalam usaha menangani jangkitan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) berbanding impak penyakit itu terhadap ekonomi negara.

Lim berkata pada masa ini nyawa, keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia menjadi agenda utama dan langkah perlu difokuskan kepada mengatasi permasalahan Koronavirus itu terlebih dahulu.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

Perkongsian daripada Kementerian Kesihatan

Tue Jan 28 2020

Langkah pencegahan penularan Novel #coronavirus (#2019nCoV)
bagi barangan dari China. #WuhanCoronovirus pic.twitter.com/NEd7qJLzrn

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) January 28, 2020

Dua lagi kes jangkitan di Singapura

Tue Jan 28 2020

Dua kes baharu jangkitan novel koronavirus telah disahkan di Singapura, kata Kementerian Kesihatan republik itu pada Selasa.

Portal berita Channel News Asia melaporkan, kes terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan virus tersebut di Singapura adalah tujuh kes.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

Keputusan ujian makmal ke atas tiga warga China belum diperoleh

Tue Jan 28 2020

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu keputusan ujian makmal ke atas tiga warga China yang sedang dikuarantin di Langkawi dan Bintulu.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad berkata, setakat ini kekal empat kes mangsa disahkan positif koronavirus dan kesemua pesakit dari China itu sedang dirawat di dua buah hospital.

Bekalan topeng penutup mulut dan hidung mencukupi

Tue Jan 28 2020

Bekalan topeng muka (penutup mulut dan hidung) di semua premis jualan seluruh negara adalah mencukupi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya sentiasa memantau bekalan topeng tersebut selain bekerjasama dengan semua pengusaha sama ada tempatan mahupun luar negara.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

Perkongsian daripada Kementerian Kesihatan

Tue Jan 28 2020

Terkini: Senarai 26 hospital seluruh negara bagi mengendalikan kes-kes yang disyaki (Patient-under-investigation) dan sahih (confirmed) 2019-nCoV. #coronavirus#2019nCoV #WuhanOutbreak pic.twitter.com/S9389VVY50

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) January 28, 2020

Sasaran TMM2020 yakin dicapai di sebalik penularan koronavirus - MOTAC

Tue Jan 28 2020

Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) yakin negara akan mencapai sasaran jumlah pelancong ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020) biarpun berdepan wabak koronavirus.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Mohamadin Ketapi optimis TMM200 tidak akan terkesan kerana penularan wabak koronavirus.

Sekaloi gus, jumlah kehadiran 30 juta pelancong kata beliau, akan dicapai dan menepati sasaran.

Koronavirus idak jejas unjuran ekonomi negara - Azmin

Tue Jan 28 2020

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bagaimanapun berkata ia akan memberi kesan terhadap ekonomi negara dalam tempoh jangka panjang jika wabak itu tidak ditangani dengan baik.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Pesanan WHO tentang amalan untuk menghindar jangkitan

Tue Jan 28 2020

Reduce your risk of #coronavirus infection by washing hands frequently, and following these measures ⬇️#nCoV #nCoV2019 #2019nCoV pic.twitter.com/FMq6vou65l

— WHO Malaysia, Brunei Darussalam & Singapore (@WHOMalaysia) January 28, 2020

Usah panik! Tiada kes koronavirus di P.Pinang, Pahang

Tue Jan 28 2020

Tiada sebarang kes disyaki jangkitan koronavirus dimasukkan ke mana-mana hospital di Pulau Pinang dan Pahang.

Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Dr Asmayani Khalib berkata, pihaknya memohon kerjasama daripada semua pihak supaya lebih berhati-hati dan tidak menyebarkan sebarang berita tidak sahih.

BERITA PENUH DI SINI

Lokasi 54 pengimbas suhu di semua pintu masuk negara

Tue Jan 28 2020

Lokasi 54 “thermal scanner” yang di tempatkan di semua pintu masuk Antarabangsa negara pic.twitter.com/XTX4WhiLgz

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 27, 2020

Kementerian Kewangan segerakan peruntukan bagi menambah 12 lagi alat pengimbas suhu

Tue Jan 28 2020

Kementerian Kewangan @MOFmalaysia menyegerakan peruntukan bagi menambah 12 lagi alat pengimbas suhu untuk pintu masuk antarabangsa.

Keseluruhan 54 pengimbas suhu di seluruh negara setakat ini.@guanenglim @DrDzul #JabatanPenerangan#Makmur2030 #KemakmuranBersama pic.twitter.com/Y0rPLuROyX

— Jabatan Penerangan (@JPenerangan) January 28, 2020

3 disyaki terkena jangkitan di Jawa Tengah

Tue Jan 28 2020

Tiga pesakit warga China kini ditahan di tiga hospital di Cilacap, Surakarta, dan Semarang, Indonesia setelah disyaki menghidap jangkitan koronavirus.

Bagaimanapun, Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo berkata belum ada pengesahan sama ada mereka benar-benar dijangkiti virus yang kini tular itu.

Saintis AS siasat struktur koronavirus 99% menyerupai SARS

Tue Jan 28 2020

Saintis Amerika Syarikat siasat struktur koronavirus, 99 peratus menyerupai SARS.

Kumpulan saintis itu diketuai seorang saintis di Universiti Northwestern, Profesor Karla Satchell.

Beliau dan pasukannya sedang berusaha untuk membuat pemetaan struktur 28 protein dalam virus berkenaan.

ARTIKEL PENUH DI SINI

Agong titah masjid seluruh negara adakan solat hajat

Tue Jan 28 2020

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan kesemua masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa selamat memohon ihsan Allah SWT supaya memelihara rakyat daripada sebarang penyakit yang tidak diingini.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, ia berikutan peningkatan penularan wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) di China dan negara-negara lain termasuk Malaysia.

Peruntukan beli 12 pengimbas suhu

Tue Jan 28 2020

Peruntukan tambahan untuk mendapatkan 12 pengimbas suhu badan oleh Kementerian Kesihatan diluluskan serta-merta.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata beliau sudah meminta kerjasama Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir supaya peruntukan itu disalurkan secepat mungkin.

Sidang Media MOTAC dan MOH

Tue Jan 28 2020

Maklumat palsu dan khabar angin gugat reputasi KKM tangani koronavirus

Tue Jan 28 2020

Satu kumpulan terdiri daripada organisasi dan para profesional kesihatan di Malaysia meminta orang ramai agar kekal tenang dan hanya mendapatkan maklumat sahih daripada sumber rasmi sahaja dalam usaha mengekang penularan koronavirus.

Selain itu, masyarakat juga perlu sentiasa mengamalkan langkah berjaga-berjaga yang dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Klik di sini untuk berita penuh

Bersatu menentang koronavirus secara tenang, rasional dan mantap

Tue Jan 28 2020

SEBAGAI para profesional kesihatan di Malaysia, kami menggesa rakyat Malaysia untuk bertindak secara tenang dan rasional dalam usaha mengekang penularan wabak 2019 nCoV yang berlaku sekarang.

Kami menyatakan sokongan sepenuhnya untuk usaha Kementerian Kesihatan untuk melindungi segenap lapisan rakyat Malaysia, dan kami yakin dengan kepimpinan Kementerian Kesihatan.


Klik di sini untuk berita penuh

Saintis AS siasat struktur koronavirus, 99 peratus menyerupai SARS

Tue Jan 28 2020

Saintis Amerika Syarikat siasat struktur koronavirus, 99 peratus menyerupai SARS.

Kumpulan saintis itu diketuai seorang saintis di Universiti Northwestern, Profesor Karla Satchell.

Beliau dan pasukannya sedang berusaha untuk membuat pemetaan struktur 28 protein dalam virus berkenaan.

Angka kematian meningkat kepada 106 orang

Tue Jan 28 2020

Jumlah kematian akibat wabak koronavirus di China meningkat kepada 106 orang pada Selasa.

Suruhanjaya Kesihatan di wilayah tengah Hubei dalam satu kenyataan berkata 24 individu lagi meninggal dunia akibat virus itu manakala 1,291 yang lain pula dijangkiti virus tersebut.


Klik di sini untuk berita penuh

Kes pertama di Jerman

Tue Jan 28 2020

Jerman melaporkan kes pertama pada Selasa.

Menurut kenyataan oleh Kementerian Kesihatan, mangsa merupakan seorang lelaki dari Starnberg.

FDA bantu percepat usaha basmi koronavirus

Tue Jan 28 2020

Agensi Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat sedang bekerjasama dengan agensi kerajaan lain untuk menggalakkan pembangunan produk perubatan yang boleh mendiagnosis, merawat atau melawan virus tersebut.

Setakat ini, tiada vaksin, rawatan atau produk tersedia untuk menguji virus ini.

Pembawa koronavirus boleh menjangkau 44,000 orang - Pakar

Tue Jan 28 2020

Pakar kesihatan Hong Kong memberi amaran bahawa penyebaran wabak koronavirus boleh menjadi lebih teruk jika langkah asas prapencegahan epidemik global tidak ditingkatkan.

Menurut Dekan Fakulti Perubatan Universiti Hong Kong, Prof Gabriel Leung, langkah kuarantin dan menyekat perjalanan setakat ini belum memadai untuk menangani risiko penularan virus.


Klik di sini untuk berita penuh

Kanada catat kes ke-2, isteri pesakit turut dijangkiti

Mon Jan 27 2020

Isteri kepada pesakit kes pertama koronavirus di Kanada disahkan positif jangkitan itu.

Wanita berusia sekitar 50-an itu antara 19 individu lain yang menjalani ujian di makmal di Ontario, kata jurucakap kementerian kesihatan negara itu pada Isnin.

Pesakit kedua yang dilaporkan tidak menunjukkan sebarang simptom penyakit kini diasingkan dan dipantau pegawai kesihatan.

Dua pesakit disyaki hidap koronavirus di New York

Mon Jan 27 2020

Dua lagi warha New York, Amerika Syarikat disyaki menghidap koronavirus.

Pesakit berkenaan telah diuji setelah menunjukkan simptom penyakit berkenaan, kata Gabenor Andrew Cuomo pada Isnin.

Sampel daripada sembilan individu telah dihantar ke Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) sejak jangkitan itu mula merebak dengan empat disahkan negatif manakala lima lagi masih belum diketahui.

Satu lagi kes positif koronavirus di Singapura

Mon Jan 27 2020

Singapura mencatatkan satu lagi kes positif koronavirus pada Isnin.

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH), mangsa merupakan wanita warga Wuhan, China berusia 56 tahun yang tiba di negara itu pada 18 Januari lalu untuk menziarahi keluarganya.


Klik di sini untuk berita penuh

Pasukan respons kecemasan ditubuh di Kedutaan Malaysia di Beijing

Mon Jan 27 2020

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Beijing telah menubuhkan Pasukan Respons Kecemasan (ERT) bagi memantau serta memberi laporan berterusan dan terkini berhubung perkembangan wabak 2019 novel koronavirus di China.

Menurut Saifuddin, penubuhan ERT berkenaan juga berperanan untuk menghubungi rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan atau Pejabat Konsul Jeneral di seluruh China bagi memastikan kesihatan dan kebajikan rakyat Malaysia sentiasa terjaga.


Klik di sini untuk berita penuh

Kemboja catat kes pertama koronavirus

Mon Jan 27 2020

Kemboja mengesahkan kes pertama novel koronavirus di negara itu pada Isnin, lapor Reuters.

Menurut Menteri Kesihatannya, Mam Bunheng, ia membabitkan seorang warganegara China yang datang bersama keluarganya dari Wuhan, untuk bercuti di lokasi pelancongan, Sihanoukville.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

Mempolitikkan kesihatan: 'Virus media sosial' lebih bahaya

Mon Jan 27 2020

Orang ramai diingatkan untuk tidak mempolitikkan sebarang isu kesihatan terutama apabila ia melibatkan krisis di peringkat global.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata apabila ia dipolitikkan, ia bukan sahaja menjejaskan negara malah, merendahkan moral kakitangan kesihatan.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

75 peratus negara di dunia tidak bersedia hadapi ancaman wabak?

Mon Jan 27 2020

Majoriti negara di seluruh dunia tidak bersedia dalam menghadapi ancaman biologi (seperti wabak dan penyakit berjangkit lain) sekiranya ia berlaku.

Menurut Economist Intelligence Unit, menerusi Indeks Keselamatan Kesihatan Global (GHS) yang diterbitkan pada Oktober 2019, purata skor yang dicatatkan 195 negara terbabit ialah pada sekitar 40.5 peratus.

Mahu tahu kedudukan Malaysia? Sila klik di sini untuk berita penuh.

Jangan naikkan harga topeng muka!

Mon Jan 27 2020

Pihak KPDNHEP memberi peringatan kepada para peniaga supaya tidak menaikan harga topeng muka kerana topeng muka merupakan barang dalam kategori harga terkawal dibawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

Jangan keluar kenyataan tidak tenangkan rakyat - Hishammuddin

Mon Jan 27 2020

Segelintir pemimpin Pakatan Harapan (PH) diminta diam daripada mengeluarkan kenyataan yang tidak menenangkan rakyat.

Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, desakan rakyat yang meminta penjelasan mengenai isu itu adalah kerana kebimbangan kepada kesihatan diri masing-masing.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

Kerajaan gantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari Wuhan

Mon Jan 27 2020

Kerajaan Malaysia telah menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di kelilingnya, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.

Menurut kenyataan PMO, kemudahan itu termasuk kemudahan tanpa visa (eNTRY), visa semasa ketibaan (visa on arrival), e-visa, dan visa manual.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

Gantung sementara semua kemudahan imigresen

Mon Jan 27 2020

Kerajaan Malaysia telah menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di kelilingnya, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Menurut kenyataan PMO, kemudahan itu termasuk kemudahan tanpa visa (eNTRY), visa semasa ketibaan (visa on arrival), e-visa, dan visa manual.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

Berita palsu koronavirus: PDRM, SKMM kenalpasti empat individu

Mon Jan 27 2020

Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengenalpasti empat individu untuk membantu siasatan penyebaran berita palsu berkaitan dengan novel coronavirus (2019-nCoV).

Dalam satu kenyataan bersama kepada media, PDRM dan SKMM menegaskan pihak mereka akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan kandungan, khabar angin atau berita yang tidak sahih mengenai penularan novel koronavirus (2019-nCoV) di Malaysia.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

Sarawak dalam keadaan berjaga-jaga

Mon Jan 27 2020

Sarawak dalam keadaan berjaga-jaga susulan satu kes yang disyaki Novel Koronavirus dikesan di Bintulu semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Amar Douglas Embas telah mempengerusikan mesyuarat tersebut pada pagi Isnin.


Sila klik di sini untuk berita penuh

Laporan ujian darah pesakit di Bintulu diketahui esok

Mon Jan 27 2020

Laporan penuh ujian makmal sampel darah pesakit yang disyaki menghidap koronavirus di Bintulu, Sarawak hanya akan diketahui pada Selasa.

Pengarahnya, Dr Chin Zin Hing ketika dihubungi Astro AWANI berkata sampel telah dihantar ke Kuala Lumpur dan pihaknya masih menunggu laporan penuh ujian makmal itu.


Sila klik di sini untuk berita penuh

Selebriti China mohon maaf promosi sup kelawar tiga tahun lalu

Mon Jan 27 2020

KETIKA angka kematian akibat novel koronavirus (2019-nCoV) meningkat mencecah paras 80, seorang selebriti terkenal China tampil membuat permohonan maaf kerana memuat naik video mempromosi daging kelawar tiga tahun lalu.

Agensi berita South China Morning Post (SCMP) melaporkan Wang Mengyun, hos sebuah rancangan mengenai percutian antarabangsa menulis di laman microblog peribadi yang beliau tidak mengetahui kelawar boleh menjadi pembawa kepada virus itu.


Sila klik di sini untuk berita penuh

Sidang media lawatan kerja Menteri Kesihatan di KLIA

Mon Jan 27 2020

KKM pantau lima kes pesakit di Kuala Lumpur, Langkawi dan Bintulu

Mon Jan 27 2020

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang menunggu hasil keputusan makmal untuk lima kes pesakit di bawah pemantauan (PUI) koronavirus.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan kes-kes itu dilaporkan dua di Kuala Lumpur, dua di Langkawi dan satu di Bintulu.


Sila klik di sini untuk berita penuh

Kes baharu dikesan di Australia

Mon Jan 27 2020

Seorang wanita berusia 21 tahun di New South Wales disahkan menghidap koronavirus.

Mangsa kini dirawat di Hospital Westmead di Sydney.

Kes terbaharu ini merupakan yang kelima disahkan di Australia.

'Tiada kes 2019-nCoV di hospital Terengganu' - Jabatan Kesihatan

Mon Jan 27 2020

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu hari ini menafikan dakwaan terdapat lima individu dari Wuhan, China telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana disyaki terkena novel koronavirus (2019-nCoV).

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Kesihatan Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata hingga 26 Januari 2020, tiada sebarang kes disyaki 2019-nCoV dimasukkan ke mana-mana hospital di Terengganu.


Sila klik di sini untuk berita penuh.

PM China lawat pesakit di hospital Wuhan

Mon Jan 27 2020

Perdana Menteri China, Li Keqiang tiba di Wuhan dan dilapor sedang melawat pesakit di hospital.

Li mengetuai jawatankuasa kerja kerajaan bagi menangani jangkitan koronavirus tersebut.

Pesakit dirawat guna ubat HIV, AIDS

Mon Jan 27 2020

Ubat yang lazimnya digunakan untuk merawat HIV dan AIDS kini sedang digunakan untuk merawat pesakit novel koronavirus (2019-nCoV) di Beijing, kata Suruhanjaya Kesihatan bandar itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, tiga hospital kini menggunakan ubat Lopinavir dan Ritonavir untuk merawat pesakit, sebagai sebahagian daripada program Program Diagnosis dan Rawatan Pneumonitis untuk Jangkitan Koronavirus Baharu (Edisi Percubaan).


Sila klik di sini untuk berita penuh.

Sampel positif 2019-nCoV dikesan pasar eksotik Wuhan

Mon Jan 27 2020

Pakar dari Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC) berjaya mengasingkan sejumlah besar kuantiti novel koronavirus (2019-nCoV) dari sampel alam sekitar yang didapati dari pasar makanan laut eksotik di Wuhan, China.

Kejayaan itu memberi petunjuk bahawa virus yang kini telah meragut 80 nyawa itu berasal dari daging haiwan liar yang dijual di pasar itu.


Sila klik di sini untuk berita penuh.

'Jangan perjudikan nyawa rakyat!'

Mon Jan 27 2020

Kerajaan diminta tidak memperjudikan nyawa rakyat Malaysia dengan masih membenarkan pelancong dari negara China untuk masuk ke dalam negara.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat berkata rakyat negara ini masih boleh hidup dalam keadaan makmur tanpa kemasukan pelancong dari China.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

China lanjutkan cuti Tahun Baharu Cina

Mon Jan 27 2020

China melanjutkan cuti Tahun Baharu Cina bagi mengekang penularan jangkitan koronavirus.

Pihak berkuasa China mengumumkan cuti itu dipanjangkan hingga 2 Februari ini.


Sila klik di sini untuk berita penuh.

Angka korban meningkat kepada 80

Mon Jan 27 2020

Angka korban akibat wabak koronavirus di China meningkat kepada 80 mangsa setakat awal pagi Isnin.

Menurut laporan South China Morning Post, pihak berkuasa kesihatan China berkata kes jangkitan koronavirus pula meningkat kepada 2,400.

Hospital koronavirus kedua dibina

Mon Jan 27 2020

Kerajaan China akan membina hospital kedua di bandar Wuhan khusus untuk merawat pesakit yang dijangkiti koronavirus.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas kerajaan memberitahu untuk membina hospital pertama di bandar yang menempatkan sekitar 11 juta penduduk.

Pembinaan hospital berkenaan dijangka siap dalam masa setengah bulan dan menempatkan sekitar 1,300 buah katil.


Sila klik di sini untuk berita penuh.

Kejohanan olahraga dalam dewan Asia batal

Mon Jan 27 2020

Persatuan Olahraga Asia (AAA) pada Ahad membatalkan Kejohanan Olahraga Asia kesembilan di Hanzhou, China yang dijadualkan pada 12 dan 13 Februari disebabkan penularan wabak 2019 novel koronavirus di negara itu.

Ahli Majlis AAA, Karim Ibrahim berkata badan olahraga Asia itu telah membuat keputusan menerusi mesyuarat secara dalam talian pada petang Ahad, berikutan merebaknya virus itu di beberapa negara yang berasal dari Wuhan di tanah besar China.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

Indonesia henti penerbangan ke Wuhan

Sun Jan 26 2020

Indonesia mengambil langkah pencegahan awal dalam isu penularan wabak koronavirus dengan menghentikan penerbangan ke bandar Wuhan, China.

Sistem keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta turut berbuat perkara sama dengan memperketatkan pemeriksaan suhu penumpang, terutama mereka yang datang dari China.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

Indonesia henti penerbangan ke Wuhan

Sun Jan 26 2020

[VIDEO] Menhub: Indonesia Hentikan Penerbangan ke Wuhan https://t.co/GoUgLkDn7A pic.twitter.com/dODWRMtYgK

— KOMPAS TV (@KompasTV) January 26, 2020

Bandar Wuhan kini menjadi 'bandar hantu'

Sun Jan 26 2020

BANDAR Wuhan yang tercetusnya wabak koronavirus berubah wajah umpama bandar mati selepas kerajaan China mengeluarkan arahan kuarantin bagi membendung penularan wabak itu.

Bandar tersebut telah menjadi saksi kepada lebih 600 kes yang disahkan positif dan seramai 40 mangsa meninggal dunia.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

Kemarahan awam meningkat di Thailand

Sun Jan 26 2020

Menteri Kesihatan Thailand mengadakan mesyuarat tergempar pada Ahad bersama dua kementerian lain iaitu Kementerian Pelancongan dan Kementerian Pengangkutan untuk memperincikan langkah terkini menangani penularan jangkitan novel koronavirus.

Thailand merupakan negara di luar China yang paling banyak mengesan individu yang positif jangkitan virus tersebut, iaitu lapan kes setakat ini, namun lima daripadanya telah pulih.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

MSOSH gesa majikan laksana pelan tindakan kecemasan

Sun Jan 26 2020

Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) menyarankan semua organisasi dalam sektor awam dan swasta melaksanakan pelan tindakan kecemasan di tempat kerja bagi menangani penularan 2019 novel koronavirus.

Presidennya Khairuddin Hairan dalam kenyataan pada Ahad mencadangkan pihak majikan melaksanakan langkah-langkah kawalan di tempat kerja masing-masing.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

Malaysia ada pengalaman tangani wabak berbahaya

Sun Jan 26 2020

Walaupun novel koronavirus (2019-nCoV) merupa virus baharu, yang masih belum dikenal pasti dengan tepat cara penularannya, Malaysia mempunyai pengalaman dalam mengawal penyakit berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Klik di sini untuk berita penuh.

Pelancong China tiba di Pulau Pinang dari Singapura 

Sun Jan 26 2020

Susulan tular gambar yang mendakwa 1,000 pelancong dari China memasuki Pulau Pinang pada Ahad sehingga mencetuskan suasana panik dalam kalangan orang ramai, Pengerusi Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin memaklumkan kesemua mereka berada di negeri itu untuk tempoh tujuh jam sebelum meneruskan perjalanan ke Phuket, Thailand.

Sila klik di sini untuk berita penuh.

AS, Jepun cadang bawa keluar rakyatnya di Wuhan

Sun Jan 26 2020

Perdana Menteri Jepun, Abe Shinzo sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa China untuk membawa keluar rakyatnya yang kini berada di Wuhan.

Pengumuman berkenaan menyusul langkah Amerika Syarikat untuk memindahkan warganya dari bandaraya berkenaan.

Malindo Air sahkan enam krew dikuarantin di Zhengzhou

Sun Jan 26 2020

Syarikat penerbangan Malindo Air dalam satu kenyataan mengesahkan enam anak kapal mereka dikuarantin di Wilayah Zhengzhou, China pada 24 Januari lalu.

Ia selepas seorang penumpang dari Wilayah Hubei disyaki dijangkiti novel koronavirus menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Zhengzhou itu.

Klik di sini untuk berita penuh.

Sidang media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat 

Sun Jan 26 2020

Saringan di pintu masuk negara diperketat - TPM

Sun Jan 26 2020

Saringan di setiap pintu masuk ke negara ini akan diperketatkan lagi dalam usaha mengekang penularan kluster novel koronavirus (2019-nCoV), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, pasukan yang terdiri daripada beberapa pegawai dan anggota dari Kementerian Kesihatan, Jabatan Imigresen dan pihak Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan ditugaskan menyaring kemasukan pelancong dari luar negara, khususnya China.

Fahami koronavirus dan langkah menghindarinya

Sun Jan 26 2020

Apa itu novel #coronavirus atau #2019_nCov dan langkah-langkah melindungi diri daripada dijangkiti. pic.twitter.com/IMx1rGws7R

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) January 26, 2020

Dua kanak-kanak warga China dikuarantin di Langkawi

Sun Jan 26 2020

Dua kanak-kanak perempuan dari Guangdong, China dikuarantin di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi pada Ahad.

Ia selepas kedua-dua kanak-kanak terbabit yang masing-masing berusia dua dan empat tahun itu mempunyai simptom disyaki wabak koronavirus.

KPJ Seremban nafi terima pesakit koronavirus

Sun Jan 26 2020

Hospital Pakar KPJ Seremban, Negeri Sembilan menafikan pusat perubatan berkenaan menerima pesakit yang terkena wabak koronavirus seperti yang tular di laman sosial pada Ahad.

Foto yang tular itu antara lain menunjukkan satu hasil laporan perubatan daripada makmal hospital berkenaan mengesan koronavirus pada pesakit berkenaan.

Koronavirus: Elak kongsi maklumat tidak tepat

Sun Jan 26 2020

Orang ramai dinasihatkan hanya mendapatkan maklumat terkini mengenai kes 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV) di Malaysia daripada Kementerian Kesihatan dan kementerian lain yang berkaitan melalui kenyataan yang dikeluarkan dalam media.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr N Ganabaskaran berkata, ia bagi mengelak orang ramai berkongsi maklumat tidak tepat yang boleh menimbulkan ketakutan dan panik.

China haram jualan haiwan liar serta-merta

Sun Jan 26 2020

Kerajaan China mengumumkan pengharaman penjualan haiwan liar di pasar, pasaraya, restoran dan semua platform e-dagang di seluruh negara itu berkuatkuasa hari ini (Ahad, 26 Januari).

Keputusan pengharaman itu diumumkan oleh Kementerian Pertanian dan Biro Perhutanan negara itu dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan susulan penularan wabak koronavirus.

Mustahil untuk kuarantin pelancong China di Malaysia

Sun Jan 26 2020

Mustahil bagi kerajaan untuk kuarantin kesemua pelancong China di Malaysia buat masa ini kerana jumlahnya yang terlampau tinggi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, tegas Perdana Menteri, jika golongan pelancong ini mengalami gejala, walaupun sedikit, mereka akan terus dikuarantin dan diperiksa bagi memastikan sama ada mereka terjangkit dengan wabak koronavirus atau tidak.

Koronavirus di Malaysia belum tahap kritikal - PM

Sun Jan 26 2020

Penularan wabak koronavirus dalam negara ini masih belum mencapai tahap kritikal, sehingga perlu menghentikan industri pelancongan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun, tegas Perdana Menteri, kerajaan akan memastikan pemeriksaan awal ke atas pelancong bagi memastikan wabak itu terus terkawal.

Sekat kemasukan pelancong - Timbalan Mufti Perak

Sun Jan 26 2020

Kerajaan perlu mempertimbangkan langkah untuk tidak menerima kemasukan pelancong dari negara yang telah dikenal pasti sebagai punca wabak koronavirus.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, langkah yang dilakukan oleh banyak negara lain itu perlu dilakukan di negara ini bagi membendung wabak berkenaan merebak.

Sidang media Perdana Menteri mengenai wabak koronavirus

Sun Jan 26 2020

Amalkan langkah-langkah pencegahan disarankan KKM

Sun Jan 26 2020

Sila jaga keselamatan, kesihatan diri - Agong

Sun Jan 26 2020

Yang di-Pertuan Agong menitahkan rakyat Malaysia agar memberi keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan diri susulan wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) yang melanda beberapa negara termasuk Malaysia, ketika ini.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah bertitah seluruh rakyat perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan, terutama sekali bagi mereka yang menetap atau mengembara di kawasan terjejas dengan wabak itu.

Tidak benar warga China lari dari wabak

Sun Jan 26 2020

Gambar yang tular merupakan ketibaan penumpang dari Nanjing, China pada 17 Jan lalu - Pengurus Pemasaran Fantastic Tour Sdn Bhd https://t.co/OKchMc4sQL

— BERNAMA (@bernamadotcom) January 26, 2020

Nasihat kepada rakyat Malaysia yang akan ke luar negara

Sun Jan 26 2020

Nasihat kepada rakyat Malaysia yang akan ke negara yang dijangkiti novel #coronavirus #2019nCoV khususnya China (sekiranya perjalanan itu tidak dapat dielakkan). #WuhanOutbreak@DrDzul@MyHEALTHKKM pic.twitter.com/aWQNo96LH6

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) January 25, 2020

AS rancang bawa pulang rakyat

Sun Jan 26 2020

Amerika Syarikat merancang membawa pulang semua rakyat dan diplomat negara itu yang ketika ini berada di Wuhan.

Satu penerbangan disewakan khas untuk membawa kira-kira 230 penumpang itu pulang, setelah Washington diberi lampu hijau oleh Kementerian Luar China untuk menjalankan operasi tersebut.

Kanak-kanak yang enggan dikuarantin ditahan di Lapangan Terbang Senai

Sun Jan 26 2020

Kanak-kanak warga China yang disyaki dijangkiti koronavirus dan enggan dikuarantin, ditahan bersama ibu bapanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai malam tadi - Ketua Polis Johor

Berita lanjut di sini.

Kematian di China meningkat kepada 56

Sun Jan 26 2020

Jumlah kematian akibat koronavirus baru di China meningkat kepada 56 pada pagi Ahad waktu tempatan, dengan keseluruhan 1,975 kes dilaporkan.

Angka tersebut meliputi 24 jam sebelumnya dan menunjukkan peningkatan sebanyak 15 kematian dan 688 kes.

Hospital Kanada sahkan kes positif koronavirus baru

Sun Jan 26 2020

Sebuah hospital di Toronto mengesahkan pada Sabtu, ia mempunyai satu kes yang disahkan koronavirus baru dari China, kes pertama seumpamanya di Kanada.

Pusat Sains Kesihatan Sunnybrook berkata ia "sedang merawat pesakit yang disahkan mengalami jangkitan kes koronavirus novel yang berasal dari Wuhan, China."

Ketua Pegawai Perubatan Kesihatan Dr David Williams berkata, pihaknya 95 peratus pasti ia merupakan virus tersebut selepas ujian makmal dijalankan di Ontario.

Lelaki dari China berkenaan, berusia 50-an, baru-baru ini terbang dari Wuhan ke Guangzhou, dan kemudiannya ke Toronto pada 23 Januari.

Angka kematian meningkat kepada 54 di China

Sat Jan 25 2020

Jumlah kematian akibat novel koronavirus di China meningkat kepada 54 orang pada Ahad, dengan 13 kematian baru dan 323 kes baru disahkan.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif virus 2019-nCoV di China sebanyak 1,610 orang.

Ini situasi yang serius - Xi Jinping

Sat Jan 25 2020

Presiden Xi Jinping pada Sabtu menyifatkan keadaan di China satu situasi sangat serius ketika angka kematian akibat novel koronavirus 2019-nCoV semakin meningkat di negara itu.

"Selagi kita mempunyai keyakinan yang teguh, bekerjasama, pencegahan saintifik dan penawar, dan dasar yang tepat, kita pasti akan dapat memenangi perjuangan ini," katanya di Wuhan pada Sabtu.

Sementara itu, pihak berkuasa Wuhan dilaporkan akan bersegera membina sebuah hospital baru yang kedua dalam tempoh dua minggu, dengan tambahan 1,300 katil baru.

Singapura catat kes keempat positif koronavirus

Sat Jan 25 2020

Kes keempat jangkitan novel koronavirus (2019-nCoV) telah dikesan di Singapura, melibatkan seorang lelaki berumur 36 tahun dari Wuhan, China yang tiba di bersama keluarganya Rabu lalu.

Dia kini dirawat di bilik pengasingan di Sengkang General Hospital (SKH), Singapura.

Polis Johor terima laporan kanak-kanak warga China dibawa keluar hospital

Sat Jan 25 2020

Polis Johor mengesahkan menerima laporan mengenai seorang kanak-kanak lelaki warga China berusia dua tahun yang dibawa keluar dari sebuah hospital di Johor Bahru oleh ibunya pada Jumaat.

Ibu bapa kanak kanak yang didapati menghidap simptom koronavirus didakwa tidak mahu anaknya dikuarantin kerana mahu menaiki penerbangan ke China pada jam 9:55, Jumaat malam.


Kes keempat koronavirus di Malaysia

Sat Jan 25 2020

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kes yang disahkan dijangkiti novel koronavirus dikesan di Malaysia, melibatkan seorang lelaki berumur 40 tahun yang berasal dari Wuhan, China.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kes terbaharu ini dikatakan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tiga kes positif seperti yang telah dilaporkan pada Sabtu.

BACA SELANJUTNYA DI SINI

Kes positif koronavirus di China meningkat

Sat Jan 25 2020

China sahkan jumlah positif koronavirus di negara itu meningkat kepada 1,372 kes.

Solat hajat, doa selamat elak koronavirus

Sat Jan 25 2020

Solat hajat dan doa selamat akan diadakan di tiga masjid utama selepas solat Isyak, pada Sabtu.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Paimuzi Yahya, ia bertujuan melindungi negara daripada penularan jangkitan Koronavirus.

BACA SELANJUTNYA DI SINI

Tak demam, tak sakit tapi bawa virus? Ya memang ada - Pakar

Sat Jan 25 2020

Tiada jangkitan koronavirus di Ipoh - KP Kesihatan

Sat Jan 25 2020

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan tiada jangkitan koronavirus di Ipoh.

Beliau mengulas mengenai penyebaran dakwaan berkenaan yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Cara jangkitan novel koronavirus belum jelas

Sat Jan 25 2020

Cara jangkitan novel koronavirus (2019-nCoV) belum diketahui dengan jelas, meskipun kes yang dikesan setakat ini mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata terdapat bukti yang menunjukkan berlakunya penularan daripada seorang individu kepada individu yang lain, khususnya dalam kalangan kontak rapat.

Sehubungan itu katanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan itu, melalui maklumat daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Rakyat Malaysia di Wuhan selamat

Sat Jan 25 2020

Rakyat Malaysia yang menetap di Wuhan, China dilaporkan selamat dari dijangkiti novel koronavirus (2019-nCoV).

Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya berkata, kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar dan ekspatriat.

Menurut Marzuki, kedutaan Malaysia di China sentiasa memantau keadaan rakyat negara ini yang menetap di sana dan terus menyalurkan maklumat berkaitan.

Langkah KKM bendung penularan koronovirus di Malaysia

Sat Jan 25 2020

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai badan yang bertanggungjawab terhadap kes-kes penularan virus berbahaya sehingga menjejaskan kesihatan rakyat negara ini sentiasa mengambil langkah proaktif.

Demikian juga dalam kes penularan novel koronavirus, KKM telah melancarkan pelbagai tindakan bagi memastikan virus berkenaan tidak merebak ke seluruh negara.


Hong Kong isytihar darurat

Sat Jan 25 2020

Hong Kong kini diisytiharkan sebagai darurat susulan penularan koronavirus, sekaligus meningkatkan tahap respond daripada serius kepada peringkat tertinggi.

Ketua Eksekutifnya, Carrie Lam berkata semua sekolah di bandaraya itu terus ditutup selain membatalkan maraton Standard Chartered Hong Kong.

Semua penerbangan dan keretapi laju dari Wuhan ke Hong Kong juga akan ditunda dari semasa ke semasa.


Cerita Koronavirus di Johor

Sat Jan 25 2020

Memahami penularan Koronavirus

Sat Jan 25 2020

US officials: New virus evolving, taken seriously

Sat Jan 25 2020

French health minister confirms two cases of virus

Sat Jan 25 2020

Tidak semestinya pesakit akan tunjuk gejala awal - Pakar

Sat Jan 25 2020

Adakah pesakit novel koronavirus (2019-nCoV) menunjukkan gejala awal seperti demam, batuk, selesema dan sakit kepala?

Kajian terbaharu mengenai koronavirus mendapati virus itu boleh berada dalam paru-paru individu tanpa menyebabkan gejala yang jelas, sekali gus menjadi faktor mengapa kuarantin ketat serta rejim penjejakan sentuhan sangat penting bagi memastikan jumlah kes tidak menyamai keadaan sepertimana terjadi sewaktu wabak Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS) pada 2003.

BACA SELANJUTNYA DI SINI

China virus outbreak revives wildlife trade fears

Sat Jan 25 2020

"Mohonlah pada Allah selamatkan Malaysia" - Mufti Wilayah

Sat Jan 25 2020

Masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara disarankan untuk mengadakan solat hajat bagi memohon perlindungan daripada Allah untuk selamat Malaysia daripada gejala koronavirus.

Dalam masa sama, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar mengambil kefahaman dan kesedaran tentang apa yang berlaku sebagai langkah berjaga-jaga menangani Novel Koronavirus.

BACA SELANJUTNYA DI SINI

Koronavirus kini di Malaysia: Apa yang kita tahu?

Sat Jan 25 2020

Malaysia kini menjadi negara ke-14 yang merekodkan jangkitan koronavirus. Jangkitan itu kini telah menyebabkan 41 kematian dengan lebih 1,287 kes jangkitan direkodkan di China setakat ini.

Selepas negara jiran kita, Singapura mengesahkan kes pertamanya, kini kontak rapat kepada mangsa warga China itu disahkan positif di Malaysia.

Jadi, apa yang kita tahu sehingga kini?

BACA MENGENAINYA DI SINI

Tiada rancangan halang kemasukan rakyat China buat masa ini

Sat Jan 25 2020

Kerajaan tidak akan mengkaji semula pemberian visa 15 hari kepada rakyat China walaupun timbul kebimbangan mereka turut terjangkit dengan koronavirus atau 2019-nCoV, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, menurut Perdana Menteri, rakyat asing yang ingin memasuki negara ini akan melalui pemeriksaan yang ketat sebagai usaha mengekang penularan penyakit itu.

BACA SELANJUTNYA DI SINI

Bilangan pelancong ke Johor menurun kerana koronavirus

Sat Jan 25 2020

"Tak perlu keluar menonton wayang, kenduri pun kurangkan pergi"

Sat Jan 25 2020

Pesakit di China pulih guna dos Nelfinavir

Sat Jan 25 2020

Suruhanjaya Kesihatan Bandaraya Shanghai mengesahkan bahawa seorang pesakit yang dijangkiti koronavirus telah pulih dan telah dikeluarkan daripada hospital.

Media tempatan China melaporkan wanita berusia 56 tahun yang dikenali sebagai Chen dikatakan telah pulih sepenuhnya daripada virus tersebut.

Kumpulan doktor yang merawat mangsa dikatakan menjalankan uji kaji dengan memberi dos HIV yang dipercayai berjaya menghentikan virus tersebut terus merebak ke dalam sel badan.

BACA SELANJUTNYA DI SINI

Seorang rakyat Malaysia diasingkan di HKL

Sat Jan 25 2020

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan seorang rakyat negara ini yang baru pulang dari China sedang diasingkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemantauan lanjut bagi pengesanan wabak koronavirus.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, mangsa merupakan antara 11 yang menjalani ujian pengesanan selepas tiba dari Wuhan, China awal pagi tadi.

BACA SELANJUTNYA DI SINI

Tiga warga China positif koronavirus di Malaysia

Sat Jan 25 2020

Tiga warga China yang memasuki negara ini melalui Johor Bahru disahkan positif virus 2019-nCoV.

Mereka kini dirawat di Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil.

Mereka merupakan ahli keluarga terdekat dengan kes pertama di Singapura dan telah menaiki pesawat dari Guangzhou ke Singapura pada 20 Jan lalu, menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Kenyataan Menteri Kesihatan

Sat Jan 25 2020

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengeluarkan kenyataan berhubung pengesanan kes yang disahkan dijangkiti 2019-nCoV di Malaysia.

Apa yang perlu anda tahu mengenai koronavirus...

Sat Jan 25 2020

What you need to know about #coronavirus and signs & symptoms.

Wash your hands! #CoronavirusOutbreak #WuhanOutbreak pic.twitter.com/FANpS0Xzeg

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) January 25, 2020

Australia rekod kes koronavirus pertama

Sat Jan 25 2020

Australia pada Sabtu mengesahkan kes pertama koronavirus di negara itu, namun individu berkenaan telah pun dikuarantin di hospital di Victoria.

Ia melibatkan seorang warganegara China, berusia dalam lingkungan 50an.

Wanita Chicago kes kedua positif koronavirus di AS

Sat Jan 25 2020

Seorang wanita Chicago menjadi pesakit kedua dari Amerika Syarikat (AS) yang sah menghidapi jangkitan koronavirus.

Pesakit berusia 60an itu kembali dari China pada 13 Januari tanpa sebarang simptom, namun beberapa hari kemudian dia mula berasa kurang sihat.

Koronavirus: 1,287 kes di China, jumlah kematian meningkat kepada 41

Sat Jan 25 2020

Suruhanjaya Kesihatan Nasional China melaporkan peningkatan kes positif koronavirus kepada 1,287 kes, dengan jumlah kematian tercatat sebanyak 41.

Jumlah itu datang dari 29 wilayah merentasi China, termasuk 237 dilaporkan berada dalam keadaan serius.



Tiga kes pertama disahkan di Eropah

Fri Jan 24 2020

Perancis mengesahkan tiga kes koronavirus, sekali gus menjadi negara Eropah pertama melaporkan kes berkenaan.

Hal itu diumumkan Menteri Kesihatan Perancis Agnes Buzyn yang berkata tiga individu terbabit telah mengunjungi negara China baru-baru ini.

Dua lagi individu dikesan positif di Taiwan

Fri Jan 24 2020

Kementerian Kesihatan Taiwan mengesahkan dua lagi kes jangkitan novel koronavirus di negara itu yang dikesan pada Jumaat.

Dengan perkembangan terbaharu itu, Taiwan kini mencatat tiga kes setakat ini membabitkan virus berkenaan.

'Jangan terpengaruh khabar angin'

Fri Jan 24 2020

Orang ramai dinasihatkan tidak panik dan jangan terpengaruh dengan sebarang khabar angin mengenai jangkitan koronavirus di Sabah.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming meminta masyarakat peka serta merujuk isu berkenaan dari pihak yang berwajib bagi mengelak kekeliruan.

Thailand sahkan kes novel koronavirus kelima

Fri Jan 24 2020

Kementerian Kesihatan Awam Thailand hari ini mengesahkan kes kelima novel koronavirus dikesan di negara itu.

Ia merupakan kes kedua pesakit gagal dikesan menerusi saringan di lapangan terbang.

Lapan kes di Johor belum sah negatif

Fri Jan 24 2020

Spesimen lapan warga China di Johor yang tiba bersama mangsa pertama koronavirus yang positif di Singapura belum disahkan keputusannya.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, spesimen terbabit tiba di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk diuji kira-kira jam 8:00 malam Jumaat.

#China#Johor#kecemasan kesihatan global#kecemasan peringkat antarabangsa#koronavirus#Singapura#wabak#WHO
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.