UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] SRC International: Pendengaran rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara

Pendengaran rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi dakwaan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd bersambung lagi.

Astro Awani
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika sidang media selepas pendengaran rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi dakwaan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Rayuan, hari ini. - fotoBERNAMA

Rayuan Najib dalam kes SRC selesai, Mahkamah tangguh keputusan

Tue May 18 2021

Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan keputusannya selepas selesai mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung sabitan dan hukuman terhadapnya bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, yang berlangsung selama 15 hari.

[BERITA PENUH DI SINI]

Rayuan SRC: Pembelaan tutup kes, Shafee harap Mahkamah Rayuan berpihak kepada Najib

Tue May 18 2021

Ketua peguam bela Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah percaya anak guamnya tidak perlu dipanggil membela diri selepas membentangkan hujah tentang Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang dikatakan terkhilaf dalam menentukan kes prima facie.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Rayuan SRC: Pembelaan tutup kes, Najib harap keadilan dapat berpihak kepadanya

Tue May 18 2021

Selepas 15 hari proses rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung SRC Intenational Sdn Bhd berlangsung, pasukan pembelaan selesai menutup kes hari ini.

Bagaimanapun, panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil memaklumkan, mereka memerlukan masa untuk mempertimbang hujah kedua-dua pihak, sebelum memutuskan sama ada hukuman ke atas Ahli Parlimen Pekan itu dikekalkan, atau diketepikan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Biarpun curiga, Mohd Hazem akui tidak berani tanya lebih tentang Jho Low

Mon May 17 2021

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman mengakui beliau mempunyai niat untuk meninggalkan syarikat itu lebih awal, selepas mengesyaki terdapat salah laku dalam urus tadbir.

Ketika menyambung keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata, niat itu dibatalkan memandangkan beliau telah diminta oleh Lembaga Pengarah untuk terus kekal.

BERITA PENUH DI SINI

Tiada bukti dana RM42 juta datang dari Raja Abdullah - Sithambaram

Wed Apr 21 2021

Alasan pihak pembelaan bahawa RM42 juta dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak datang secara terus daripada Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud tidak disokong mana-mana bukti, Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Ad-hoc, Datuk V Sithambaram berkata, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali tidak terkhilaf ketika memutuskan bahawa percanggahan fakta cukup untuk memberi impak kepada kredibiliti saksi pembelaan berhubung perkara itu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Jho Low tidak berani perdaya Najib, kata Timbalan Pendakwa Raya

Wed Apr 21 2021

Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low tidak berani memperdayakan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana hubungan baik mereka, Mahkamah Rayuan diberitahu.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Datuk V Sithambaram berkata, adalah sukar untuk mempercayai bahawa Jho Low yang berada dalam kedudukan bawahan kepada perayu (Najib) mempunyai keberanian untuk mengatur transaksi penipuan, yang secara langsung akan memberi kesan kepada bekas Perdana Menteri itu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

RM42 juta datang dari Arab Saudi hanya alasan difikirkan kemudian

Wed Apr 21 2021

Dana SRC dipindahkan oleh 'macai' Najib: TPR

Tue Apr 20 2021

'Macai' Datuk Seri Najib Tun Razak, ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dan dua yang lain membantu mengatur pemindahan berjuta-juta dana SRC International Sdn Bhd ke dalam akaun bank bekas perdana menteri itu, Mahkamah Rayuan diberitahu pada Rabu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Hujah Najib akaun banknya dimanipulasi Jho Low tidak masuk akal - Sithambaram

Tue Apr 20 2021

Hujah pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa akaun bank beliau dimanipulasi oleh Low Taek Jho, atau Jho Low sehingga terdapat wang RM42 juta di dalamnya, tidak boleh diterima, Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Rayuan Najib: BOD SRC hanyalah boneka yang menari ikut rentak tuannya - Timbalan Pendakwa Raya

Mon Apr 19 2021

Kawalan penuh Datuk Seri Najib Tun Razak ke atas urusan perniagaan SRC International Sdn Bhd jelas menunjukkan Lembaga Pengarah syarikat itu hanyalah ‘boneka’ yang menari mengikut rentak tuannya, Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Prosiding rayuan Najib masuk minggu ke tiga

Mon Apr 19 2021

Pendengaran rayuan bersambung

Mon Apr 19 2021

Pelaburan SRC International seperti satu penipuan - Sithambaram

Thu Apr 15 2021

Hampir kesemua RM4 bilion yang dilaburkan SRC International ke dalam beberapa entiti tertentu, langsung tidak mendatangkan hasil, Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram berkata, atas kertas cadangan, ia kelihatan bagus, tentang usaha untuk meneroka sektor tenaga boleh diperbaharui.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Rayuan bekas Perdana Menteri disambung hari ini

Thu Apr 15 2021

Najib pernah terima RM2.6 bilion, RM42 juta 'kacang' baginya - Pendakwaan

Wed Apr 14 2021

Mahkamah Rayuan di sini hari ini diberitahu bahawa dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta yang digunakan oleh Datuk Seri Najib Razak diibaratkan seperti ‘kacang’ buat bekas Perdana Menteri itu.

Pendakwa raya ad hoc, Datuk V Sithambaram berkata jumlah tersebut seperti 'kacang' untuk Najib kerana beliau sebelum ini telah mengambil sumbangan sebanyak RM2.6 bilion.

BERITA PENUH DI SINI

Mahkamah diberitahu Najib terlibat dalam keputusan mesyuarat, ada 'interest' kepada SRC International

Wed Apr 14 2021

Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat secara peribadi dalam keputusan dua Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) bagi meluluskan jaminan kerajaan kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

BERITA PENUH DI SINI

Giliran pihak pembelaan berhujah

Wed Apr 14 2021

Pasukan pembelaan Najib selesai hujah enam hari

Tue Apr 13 2021

Selepas enam hari, pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak selesai mengemukakan hujah di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara ke atas bekas Perdana Menteri berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Ini merupakan cubaan pertama Najib selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai tahun lalu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas beliau.

Ikuti laporan penuh, di sini.

Hakim bagaikan 'terdorong' putus Najib bersalah - Peguam

Tue Apr 13 2021

Mahkamah Rayuan pada Selasa diberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah, Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menjatuhkan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan pertuduhan dana SRC International Sdn Bhd bagaikan ‘terdorong’ untuk memutuskan bekas Perdana Menteri itu bersalah.

Ikuti laporan penuh, di sini.

Rayuan kes SRC Najib masuk minggu kedua

Tue Apr 13 2021

Rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd diteruskan jam 9 pagi ini.

Ahli Parlimen Pekan itu dilihat tiba di pekarangan Istana Kehakiman pada jam 8.51 pagi, diiringi peguam dan pembantu beliau.


Ikuti laporan penuh, di sini.

SRC International | Perkembangan rayuan DS Najib Razak

Tue Apr 13 2021

Najib tegas tidak tahu RM42 juta dari SRC International - Peguam

Mon Apr 12 2021

Prosiding rayuan Najib Razak masuk minggu kedua

Mon Apr 12 2021

Ada cubaan batalkan kelayakan Najib untuk ke pilihan raya - Muhammad Shafee

Thu Apr 08 2021

Ada usaha daripada pihak tertentu yang cuba untuk membatalkan kelayakan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyertai mana-mana pilihan raya kelak.

Dakwaan itu disuarakan Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai kes pecah amanah melibatkan dana SRC International Sdn Bhd.

Ikuti laporan penuh, di sini.

Pihak pendakwaan selektif, hanya dakwa Najib

Thu Apr 08 2021

Mahkamah Rayuan dimaklumkan hari ini bahawa pihak pendakwaan bersikap selektif ketika mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas pertuduhan pecah amanah (CBT) berkaitan dana SRC International Sdn Bhd.

BERITA PENUH DI SINI 

Tiada bukti Najib arah RM42 juta dana SRC ke akaun peribadi: Peguam

Wed Apr 07 2021

Mahkamah Rayuan pada Selasa dimaklumkan bahawa tidak ada bukti kukuh bagi mengaitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, tidak ada sebarang bukti yang boleh mengaitkan pemindahan wang itu daripada SRC International dengan apa-apa tindakan atau arahan anak guamnya.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kenapa masuk wang ke akaun Najib? Hanya Jho Low tahu sebabnya - Peguam

Wed Apr 07 2021

Hanya ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low boleh menjawab mengapa wang jutaan ringgit dari SRC International Sdn Bhd disalurkan ke akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Demikian jawapan Peguam, Harvinderjit Singh ketika Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bertanya mengapa Jho Low memasukkan RM27 juta dana SRC ke dalam akaun Najib.

Baca laporan penuh, di sini.

Gangguan internet tidak jejas rakaman prosiding rayuan Najib

Wed Apr 07 2021

Rakaman prosiding rayuan berkaitan dana SRC International Sdn Bhd melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa langsung tidak terjejas meskipun berlakunya gangguan internet selama lebih sejam semalam.

Menurut kenyataan Pejabat Kedua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia, masalah tersebut timbul apabila berlakunya gangguan internet melibatkan Putrajaya Campus Network (PCN) di Bangunan Istana Kehakiman dan beberapa agensi kerajaan lain.

Baca laporan penuh, di sini.

'Khabar angin yang tidak boleh diterima' - kata peguam Najib kepada Mahkamah Rayuan

Wed Apr 07 2021

Peguam, Harvinderjit Singh memberitahu Mahkamah Rayuan di sini bahawa bukti daripada saksi ke-49 iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rakyat 1Malaysia (YAR1M), Ung Su Ling adalah "khabar angin yang tidak boleh diterima".

Baca laporan penuh, di sini.

Rayuan Najib: Hakim Nazlan bertindak macam pendakwa raya kedua - Shafee

Tue Apr 06 2021

Tindakan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebelum ini yang menerima keterangan saksi pendakwaan ke-42, Datuk Suboh Md Yasin, seolah-olah meletakkan dirinya sebagai ‘pendakwa raya’ kedua, Mahkamah Rayuan diberitahu pada Selasa. 

Ikuti laporan penuh, di sini

Peguam Najib ditegur 'keterlaluan serang' Hakim Mahkamah Tinggi

Tue Apr 06 2021

Ketua peguam bela mewakili bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur berhubung penggunaan kata-kata yang disifatkan tidak sesuai bagi menggambarkan Hakim Mohd Nazlan Ghazali sewaktu perbicaraan di peringkat Mahkamah Tinggi.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil membuat teguran itu terhadap Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang memberi hujahan bahawa Hakim Mohd Nazlan bukan sahaja tidak kompeten, malah telah ‘meracuni’ alasan penghakimannya sewaktu menjatuhkan hukuman ke atas perdana menteri (ketika itu) tahun lepas.


Untuk berita penuh, BACA DI SINI

Rayuan DS Najib Tun Razak diteruskan hari ini

Tue Apr 06 2021

Najib tiba di Istana Kehakiman

Tue Apr 06 2021

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Istana Kehakiman untuk hari kedua proses rayuan beliau.

Peguam TS Muhammad Shafee memaklumkan kepada media, pembelaan akan menyentuh mengenai bekas pengarah SRC International Datuk Suboh Md Yasin. @501Awani pic.twitter.com/oFO2tnNRh7

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) April 6, 2021

AWANI Ringkas: Permohonan Najib tangguh proses rayuan ditolak

Mon Apr 05 2021

SRC: Mahkamah dengar rayuan Najib esok

Mon Apr 05 2021

Mahkamah Rayuan dijadualkan mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara ke atas beliau berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, berjumlah RM42 juta.


Untuk berita penuh, BACA DI SINI

Hakim Nazlan kurang pengalaman uruskan kes terbesar abad ini - Shafee

Mon Apr 05 2021

Pasukan pembelaan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoalkan pemilihan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali sewaktu mendengar perbicaraan berhubung dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd antara 2018 hingga 2020.

Ketua Peguam Bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan bahawa, pemilihan hakim yang lebih berpengalaman dan berkebolehan amat diperlukan memandangkan kes tersebut diiktiraf sebagai ‘case of the century’.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Permohonan Najib tangguh proses rayuan selama sebulan ditolak

Mon Apr 05 2021

Panel tiga hakim tolak permohonan Najib tangguh proses rayuan sebulan

Mon Apr 05 2021

Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan pasukan pembelaan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan perbicaraan bagi tempoh satu bulan.

Sewaktu mengemukakan permohonan tersebut, ketua pasukan pembelaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihaknya memerlukan tempoh masa berkenaan bagi mendapatkan beberapa dokumen.

Dokumen tersebut merupakan bukti terbaharu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari mahkamah di New York, Amerika Syarikat, serta Singapura.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Mahkamah rayuan dengar permohonan Najib

Mon Apr 05 2021

Najib tiba di Mahkamah Rayuan Putrajaya

Mon Apr 05 2021
Najib tiba di Mahkamah Rayuan Putrajaya

Najib tiba di Istana Kehakiman, Putrajaya

Mon Apr 05 2021

Bekas PM Najib Tun Razak tiba di Istana Kehakiman, untuk hari pertama proses rayuan.

Beliau sebelum ini didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas 7 pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram, & salah guna kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC International. @501Awani pic.twitter.com/4bQNIGcqp1

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) April 5, 2021

SRC: Mahkamah dengar rayuan Najib esok

Sun Apr 04 2021

Esok, Mahkamah Rayuan dijadualkan mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara ke atas beliau berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, berjumlah RM42 juta.

Ini merupakan cubaan pertama Najib selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai tahun lalu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas perdana menteri itu, setelah mendapati beliau bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram serta menyalahgunakan kedudukan, melibatkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Najib masih boleh jalankan tugas sebagai Ahli Parlimen

Tue Jul 28 2020

Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan guna kuasa masih boleh menjalankan tugasnya selaku Ahli Parlimen Pekan sehingga selesai proses rayuan, menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Azhar berkata, bekas Perdana Menteri itu juga boleh menghadiri sesi sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sehingga 27 Ogos.

"Mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, taraf beliau sebagai Ahli Parlimen tidak berubah sehinggalah semua proses rayuan selesai," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan sekiranya beliau dikenakan hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan bebas.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

'Saya teruja untuk bawa kes ini ke Mahkamah Rayuan' - Muhammad Shafee

Tue Jul 28 2020

Peguam utama Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyatakan keterujaan untuk mengemukakan rayuan berhubung keputusan bekas perdana menteri itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau memberitahu, rayuan itu akan dikemukakan di Mahkamah Rayuan dalam tempoh tidak lebih daripada tiga bulan.

"Fasa pertama akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan, sementara fasa kedua kemungkinan dalam empat bulan. Jadi semua proses ini akan mengambil sekurang-kurangnya tujuh bulan.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Kes SRC: 'Saya sangat kecewa' - Najib

Tue Jul 28 2020

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan kekecewaan beliau terhadap keputusan penghakiman berhubung tuduhan membabitkan RM42 juta milik SRC International Berhad dan memaklumkan pasukan pembelaannya akan melakukan rayuan secepat mungkin.

"Saya amat kecewa dengan kehakiman dalam kes SRC International Sdn Bhd kerana pihak kami, yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah serta barisan peguam yang lain memberi hujah yang boleh membawa kepada banyak keraguan dalam kes ini.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun, denda RM210 juta

Tue Jul 28 2020

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan salah guna kuasa berkaitan kes SRC International.

Bagi tiga kesalahan pecah amanah dan tiga lagi kesalahan pengubahan wang haram, setiap pertuduhan membawa hukuman penjara 10 tahun.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak, namun tiada denda dikenakan untuk pertuduhan pengubahan wang haram.

Pertuduhan salah guna kuasa adalah di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), manakala pertuduhan pengubahan wang haram adalah di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Penjara 12 tahun, RM210 juta denda untuk Najib

Tue Jul 28 2020

Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas tujuh pertuduhan berkaitan wang milik SRC International Sdn Bhd.

Keputusan dibacakan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebentar tadi.

Lelaki ditahan panjat pagar ketika kes Najib berlangsung

Tue Jul 28 2020

Polis mengesahkan seorang lelaki ditahan kerana cuba memanjat pagar untuk masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy, lelaki berkenaan dikesan melakukan cubaan itu jam 6.30 petang.

"Polis telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 33 tahun yang mana dia cuba untuk panjat pagar masuk ke perkarangan mahkamah.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

KJ minta UMNO bergerak ke hadapan

Tue Jul 28 2020

Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta UMNO bergerak ke hadapan dan melakukan proses peremajaan parti susulan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, walaupun semua pihak berhak memberikan sokongan moral kepada bekas Perdana Menteri itu, namun beliau berharap parti tidak diheret sekali dalam kes tersebut.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Kes SRC: Najib lafaz sumpah laknat

Tue Jul 28 2020

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melafazkan sumpah laknat dihadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika diberi peluang bercakap selepas penghujahan mitigasi pendakwaan dan pembelaan.

Dalam ucapannya, Najib antara lain menegaskan bahawa dia tidak mengetahui mengenai wang milik SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta itu.

"Sebagai seorang Muslim, walaupun saya sudah katakan, izinkan saya mengucapkannya lagi. Wallahi Wabilahi Watallahi ... bahawa saya tidak menuntut RM42 juta, saya tidak merancang RM42 juta itu dan RM42 juta tidak ditawarkan kepada saya dan belum ada bukti mengatakan demikian. Hanya itu yang saya mahu katakan," katanya.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI

Sithambaran petik undang-undang kes libatkan beberapa pemimpin dalam hujah

Tue Jul 28 2020

Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc, Datuk V Sithambaran dalam hujahnya memetik beberapa contoh kes beberapa pemimpin sebelum ini termasuk bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo.

"Ahli politik banyak memberi sumbangan untuk mempelajari hukum perundangan kita," kata Sithambaran, sambil tertawa kecil.

Dalam hujahnya, Sithambaran turut menjelaskan bahawa sebagai penjawat awam, individu berkenaan seharusnya menjadi teladan kepada rakyat.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Tiada rakyat yang melepasi undang-undang - Pihak pendakwaan

Tue Jul 28 2020

Pihak pendakwaan adhoc, Datuk V Sithambaram ketika proses mitigasi menegaskan bahawa tiada rakyat di negara ini termasuk pemimpin boleh melepasi undang-undang.

Kata Sithambaran, dalam pendengaran mitigasi dihadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, tertuduh (Najib) pernah menduduki jawatan tertinggi di negara selama hampir satu dekad.

"Kepercayaan tertinggi diberikan kepadanya sebagai ketua pemerintah. Dia mempunyai tugas fidusiari dan sabitan ini menunjukkan bahawa hukuman itu seharusnya menjadi teladan bagi semua penjawat awam bahawa tidak ada yang melebihi atas undang-undang," katanya.

Sithambaram menambah hukuman setimpal perlu diberikan terutama dalam kes pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Setiap hari KKM beri nasihat patuh SOP, sedih lihat keadaan begini - KP Kesihatan

Tue Jul 28 2020

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah meluahkan rasa kecewanya menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya.

Beliau menzahirkan rasa terkilan kerana hampir setiap hari Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) khususnya penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan.

"Sudah terang lagi bersuluh setiap hari Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat Malaysia untuk patuh kepada SOP untuk penjarakan selamat sekurang-kurangnya satu meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan.

Dr Noor Hisham merujuk kepada khalayak yang memenuhi pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, susulan perkembangan kes melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Untuk berita penuh, baca DI SINI.

Hakim tolak permohonan tangguh mitigasi kepada Isnin depan

Tue Jul 28 2020

Hakim menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan proses mitigasi kepada Isnin depan dan mahu ia diteruskan sekarang.

Kes SRC: 99.9 peratus wang diguna untuk kebajikan, bukan dibelanja Najib - Shafee

Tue Jul 28 2020

Peguam bela kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah bahawa 99.9 peratus wang digunakan anak guamnya untuk tujuan kebajikan dan bukan dibelanjakan untuk dirinya sendiri.

Menurut Shafee, sebanyak 13.7 peratus daripada wang itu pula disalurkan untuk kebajikan untuk pertubuhan bukan kerajaan (NG0).

Beliau berkata, 0.1 peratus daripada wang digunakan bagi membaiki kediaman Najib di Jalan Langgak Duta dan Pekan bagi kemudahan orang awam datang ke rumah bekas Perdana Menteri itu.

Shafee berkata demikian ketika rayuan menangguhkan mitigasi dihadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Kes SRC: Pasukan pembelaan Najib mohon kemuka rayuan pada Isnin

Tue Jul 28 2020

Sejurus selepas Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah terhadap kesemua tujuh pertuduhan membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, pasukan pembelaannya memohon agar rayuan bagi hukuman yang ringan didengar pada Isnin ini.

Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengemukakan permohonan itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali, kerana beliau akan memanggil seorang atau dua saksi untuk menyokong rayuan berkenaan.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Mahkamah ditangguhkan sehingga jam 2.00 petang

Tue Jul 28 2020

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali tangguh hingga 2 petang ini untuk memutuskan sama ada boleh atau tidak proses mitigasi ditangguh ke hari Isnin depan. Jika pembelaan gagal beri alasan munasabah, maka proses mitigasi dan jatuh hukuman akan dijalankan hari ini juga. #KesNajibRazak

— Initial: FA (@FirdausAzil) July 28, 2020

Peguam Najib kemuka rayuan penangguhan sabitan dan hukuman

Tue Jul 28 2020

Peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sedang mengemukakan rayuan penangguhan sabitan dan hukuman terhadap anak guamnya di hadapan Hakim Mohd Nazlan. @501Awani #KesNajibRazak

— Fareez Azman (@FareezAzmann) July 28, 2020

Mahkamah minta peguam bela buat rayuan hukuman

Tue Jul 28 2020

Mahkamah meminta peguam bela untuk membuat rayuan bagi hukuman.

Peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon agar pihaknya diberikan salinan keputusan ringkas oleh Hakim Mohd Nazlan bagi membolehkan pihaknya menyediakan rayuan.


Pihak pendakwaan berjaya buktikan kes tanpa keraguan

Tue Jul 28 2020

“Pihak pendakwaan berjaya buktikan kes tanpa keraguan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berhubung 3 tuduhan pecah amanah, dan 3 tuduhan pengubahan wang haram di bawah AMLA. Oleh itu, saya dapati tertuduh bersalah dan menjatuhkan hukuman ke atas 7 tuduhan tersebut." - Hakim Mohd Nazlan

Suasana di pekarangan mahkamah

Tue Jul 28 2020

Ikuti detik-detik penting peristiwa hari ini menerusi rakaman lensa kamera di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

GALERI FOTO: SRC International: Najib didapati bersalah atas tujuh pertuduhan

Kes SRC: Najib bersalah atas tujuh pertuduhan

Tue Jul 28 2020

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan berhubung dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd.‬

‪Keputusan disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Najib bersalah atas semua tujuh pertuduhan

Tue Jul 28 2020

[Terkini] Bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak didapati bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan membabitkan dana RM42 juta dari SRC International.

Keputusan disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali. @501Awani #KesNajibRazak

— Initial: FA (@FirdausAzil) July 28, 2020

Mahkamah putuskan Najib bersalah

Tue Jul 28 2020

Najib didapati bersalah atas tujuh pertuduhan berkaitan dana SRC International Sdn Bhd.

Keadaan di Mahkamah Kuala Lumpur kini terkawal

Tue Jul 28 2020

Wartawan Astro AWANI, @FirdausAzil menyatakan bahawa keadaan di Mahkamah Kuala Lumpur kini terkawal dengan adanya pasukan polis yang mengarahkan agar melakukan penjarakan sosial.#NormaBaharu #KesNajibRazak #HapusCOVID19 pic.twitter.com/X2ZN7bdJMl

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) July 28, 2020

Pakar tidak dipanggil sebagai saksi

Tue Jul 28 2020

Pihak pembelaan tidak memanggil pakar sebagai saksi untuk mengesahkan tandatangan Najib dalam beberapa dokumen telah dipalsukan seperti didakwa - Hakim

Ramai bimbang 'kluster mahkamah'

Tue Jul 28 2020

Ramai tidak mematuhi amalan penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka dalam kalangan orang awam yang hadir memberikan sokongan moral kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi pertuduhan kes rasuah SRC International.

Situasi itu menimbulkan keraguan dan kebimbangan bagi pemerhati perjalanan kes penghakiman tersebut, sama ada di siaran media rasmi, mahupun dalam kalangan netizen di media sosial.

Berdasarkan pemerhatian wartawan Astro AWANI di lokasi, anggaran lebih 1,000 penyokong hadir ke perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, dengan sebahagian besar daripada mereka menaiki 11 buah bas.

Ikuti berita penuh DI SINI.

Berita penuh Najib bersalah atas 1 pertuduhan

Tue Jul 28 2020

Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mahkamah mendapati pasukan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pasukan pendakwaan bagi tuduhan salah guna kuasa.

Keputusan disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Jho Low sah terlibat

Tue Jul 28 2020

Keterangan mengesahkan penglibatan Jho Low termasuk memberi arahan berhubung akaun bank Najib kepada seorang eksekutif bank - Hakim

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali

Tue Jul 28 2020
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali

Penyokong diberi amaran penjarakan sosial

Tue Jul 28 2020

Sementara itu, polis sudah memberi amaran menggunakan loudhailer kepada penyokong di luar kompleks untuk melakukan penjarakan sosial atau berdepan tindakan tegas. #KesNajibRazak pic.twitter.com/I0r2ZBTbwr

— Initial: FA (@FirdausAzil) July 28, 2020

Masih ada 6 pertuduhan

Tue Jul 28 2020

Masih ada enam pertuduhan, iaitu tiga berkaitan pecah amanah dan tiga lagi mengenai penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd. Hakim sedang menyampaikan alasan panghakiman. #KesNajibRazak

— Initial: FA (@FirdausAzil) July 28, 2020

Najib didapati bersalah atas satu pertuduhan

Tue Jul 28 2020

[Terkini] Bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak didapati bersalah atas satu pertuduhan menyalahguna kuasa berhubung dana RM42 juta dari SRC International.

Keputusan disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali. @501Awani #KesNajibRazak

— Initial: FA (@FirdausAzil) July 28, 2020

Pembacaan alasan penghakiman dilakukan

Tue Jul 28 2020

#KesNajibRazak @501Awani Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mula membacakan alasan penghakiman sebelum keputusan dibuat sebentar lagi.

— Fareez Azman (@FareezAzmann) July 28, 2020

Hakim Mohd Nazlan sudah masuk ke kamar Mahkamah

Tue Jul 28 2020

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sudah masuk ke kamar 10.17 pagi tadi bagi menyampaikan alasan penghakiman dan keputusan berhubung #KesNajibRazak. Watch this space.

— Initial: FA (@FirdausAzil) July 28, 2020

Tahap keselamatan dipertingkatkan

Tue Jul 28 2020

Keadaan keselamatan di hadapan perkarangan Kompleks Mahkamah diperketatkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. #KesNajibRazak @501Awani pic.twitter.com/tgFWxtvRtk

— Initial: FA (@FirdausAzil) July 28, 2020

Najib sedang menunggu Hakim Mohd Nazlan

Tue Jul 28 2020

@NajibRazak
memakai kot berwarna coklat dan peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah memasuki kamar Mahkamah.
Ketika ini sdg menunggu Hakim Mohd Nazlan memasuki kamar dan proses mendengar keputusan kes akan dibuat bila-bila masa sahaja lagi. @501Awani
#KesNajibRazak

— Fareez Azman (@FareezAzmann) July 28, 2020

Najib tiba jam 930 pagi

Tue Jul 28 2020

Bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sekitar 930 pagi tadi bagi mendengar keputusan berhubung perbicaraan kes SRC International. Liputan telekomunikasi agak terhad tadi. #KesNajibRazak @501Awani pic.twitter.com/q6uxriquMM

— Initial: FA (@FirdausAzil) July 28, 2020

Kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak disambut penyokong

Tue Jul 28 2020

Datuk Seri Najib Tun Razak memakai sut coklat dan pelitup muka turut diiringi Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan memasuki Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Najib yang diwakili Peguam Bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International.

Kes SRC: Ratusan penyokong Najib berhimpun di depan mahkamah

Tue Jul 28 2020

Ratusan penyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membanjiri pintu masuk Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, seawal 6 pagi tadi.

Mereka hadir bagi memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Pekan itu, berhubung kes penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang secara haram berjumlah RM42 juta dari sebuah unit di bawah 1MDB, iaitu SRC International Sdn Bhd.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Pengamal media dibenarkan masuk dalam Mahkamah

Tue Jul 28 2020

Pengamal media dibenarkan masuk selepas setengah jam berada di hadapan pintu Mahkamah Jalan Duta. @501Awani #KesNajibRazak pic.twitter.com/4uBRwDPlDG

— Fareez Azman (@FareezAzmann) July 28, 2020

Hanya peguam sahaja dibenarkan masuk, media belum lagi

Tue Jul 28 2020

Dari 8 pagi, ke 8.30 pagi, kini 9 pagi pula. Media yang mempunyai pas khas bagi perbicaraan #KesNajibRazak hanya dibenarkan masuk ke perkarangan Kompleks Mahkamah pukul 9 pagi. Hanya peguam sahaja dilepaskan buat masa sekarang. pic.twitter.com/ztLbZKoKu7

— Initial: FA (@FirdausAzil) July 28, 2020

Di hadapan kediaman Najib setakat 8.45 pagi

Tue Jul 28 2020

#KesNajibRazak Suasana di hadapan perkarangan kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta.

Tiada kelihatan pergerakan keluar dari bekas perdana menteri itu setakat ini.#NormaBaharu #DisiplinMalaysia #HapusCOVID19 pic.twitter.com/fR7zVt9l5u

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) July 28, 2020

Penyokong memenuhi Kompleks Mahkamah Jalan Duta

Tue Jul 28 2020

Kelaziman dalam perbicaraan kes berprofil tinggi melibatkan pemimpin kanan politik. Difahamkan ada yang penyokong dari luar Lembah Klang, berkampung di masjid berhampiran Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sejak semalam bagi menzahirkan sokongan terhadap bekas Perdana Menteri itu. pic.twitter.com/e4Mh7RBzIB

— Initial: FA (@FirdausAzil) July 27, 2020

Ahmad Maslan nyata sokongan terhadap Najib Razak

Tue Jul 28 2020

Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan bersama bersama sebilangan besar penyokong berbaju #BossKu menzahirkan solidariti kepada bekas Perdana Menteri itu. #KesNajibRazak pic.twitter.com/7Yxh3zK73r

— Initial: FA (@FirdausAzil) July 28, 2020

Penyokong Najib hadir sejak awal pagi

Tue Jul 28 2020

Penyokong @NajibRazak sudah berada di hadapan Mahkamah Jalan Duta bagi memberi sokongan kpd Bekas Perdana Menteri itu. @501Awani #NajibSRC pic.twitter.com/xreUuaM4F2

— Fareez Azman (@FareezAzmann) July 27, 2020

Polis mengawal laluan masuk ke Mahkamah Kuala Lumpur

Mon Jul 27 2020

#NajibSRC Polis mengawal laluan masuk ke Mahkamah Kuala Lumpur bagi memastikan hanya orang yg dibenarkan masuk ke kawasan itu.

Pintu masuk akan dibuka jam 8 pagi, penyokong @NajibRazak telah berada di hadapan simpang Mahkamah Jalan Duta sejak 5.45 pagi tadi. @501Awani pic.twitter.com/M7G977Ar1G

— Fareez Azman (@FareezAzmann) July 27, 2020

Suasana di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta

Mon Jul 27 2020

Suasana di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta. Pengamal media hanya dibenarkan masuk ke perkarangan pada pukul 8 pagi. Bagi media yang ingin mengikuti keputusan dalam kamar, ada pas khas yang disediakan. @501Awani https://t.co/C3QZZkbV1v pic.twitter.com/NV8FBIhcjW

— Initial: FA (@FirdausAzil) July 27, 2020

Langsung dari hadapan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

Mon Jul 27 2020

Ikuti perjalanan keputusan kes SRC International Datuk Seri @NajibRazak
yang akan diketahui hari ini sama ada beliau bebas, didenda atau dipenjara?#NormaBaharu #DisiplinMalaysia #HapusCOVID19 https://t.co/DSpKOuuiYK

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) July 27, 2020

I am ready, jumpa di Mahkamah Rayuan - Najib

Mon Jul 27 2020

"Inilah peluang saya untuk membersihkan nama saya,".

Demikian luah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bakal mengetahui nasibnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok selepas menempuh perbicaraan lebih dua tahun berhubung kes penyelewengan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Menerusi perkongsian di Facebook rasminya pada Isnin, Najib turut menyatakan, apa juga keputusan esok, beliau sudah bersedia untuk menempuh proses seterusnya di Mahkamah Rayuan.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Foto terkini (27 Julai 2020)

Mon Jul 27 2020
Foto terkini (27 Julai 2020)

Imbasan peristiwa hari pertama dituduh

Mon Jul 27 2020

Najib dituduh buat kali pertama pada 4 Julai 2018 sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2018 dengan pihak pendakwaan diketuai bekas peguam negara Tommy Thomas.

Ikuti pautan berikut untuk mengimbas semula peristiwa itu menerusi rakaman lensa kamera pada tarikh tersebut.

ALBUM FOTO: Najib didakwa! Ini wajah yang hadir di mahkamah

Kes SRC: Nasib Najib ditentukan esok (28 Julai)

Mon Jul 27 2020

Selepas hampir dua tahun satu bulan kes perbicaraan berlangsung, nasib bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bakal ditentukan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada tarikh 28 Julai (Selasa).

Ia berhubung kes penyelewengan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Najib yang diwakili Peguam Bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International.

Sepanjang perbicaraan, sebanyak 750 eksibit dikemukakan termasuk dokumen bank, transaksi tunai, minit mesyuarat dan perbualan menerusi Blackberry Messenger.

Untuk imbasan latar cerita, ikuti pautan ini.

Kesahihan wang derma Arab Saudi tidak relevan - Peguam Najib

Wed Jun 03 2020

Persoalan sama ada dana yang dikatakan wang derma dari pihak Arab Saudi benar atau sebaliknya adalah sama sekali tidak relevan, menurut pihak pembelaan.

Peguam bela, Harvinder Singh menyampaikan hujah itu ketika prosiding kes rasuah SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

"Pihak pendakwaan cuba berhujah sama ada wang derma itu sahih atau tidak adalah tidak relevan," katanya kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Harvinder yang berhujah ketika sesi pembelaan berkata, kesahihan surat-surat yang dikatakan diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi tidak perlu dibuktikan berkaitan dengan derma tersebut.

Ikuti pautan ini untuk BERITA PENUH.

Najib 'tiada pengetahuan' mengenai RM42 juta wang SRC dalam akaun peribadinya - Peguam

Mon Jun 01 2020

Pembelaan dalam kes perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan skandal penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd menegaskan bahawa bekas Perdana Menteri itu tidak mempunyai pengetahuan bahawa wang RM42 juta yang dipindahkan ke dalam akaun peribadinya adalah dari syarikat itu.

Peguam Harvinderjit Singh berkata seorang saksi pendakwaan iaitu bekas Pengarah SRC International Datuk Suboh Md Yassin telah memberi keterangan bahawa beliau hanya mengikut arahan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC International Nik Faisal Ariff Kamil untuk menandatangani cek bagi tujuan memindahkan wang itu ke akaun peribadi Najib.

Ikuti pautan ini untuk BERITA PENUH.

Perbicaraan SRC: Wang masuk ke akaun Najib tidak semestinya bawa maksud kesalahan - Saksi

Wed Mar 11 2020

Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, memberitahu mahkamah, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak semestinya melakukan kesalahan walaupun banyak wang dimasukkan ke akaun peribadinya.

Dzulkifli ketika disoal Pendakwa Raya V. Sithambaram dalam sesi pemeriksaan balas, menyatakan bukan menjadi kesalahan jika pemilik akaun tidak mengetahui mengenai wang tersebut.

Ikuti pautan ini untuk BERITA PENUH.

Reaksi terkejut Najib RM42 juta masuk akaun hanya drama - Pendakwaan

Tue Oct 22 2019

Pihak pendakwaan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd mendakwa reaksi terkejut bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila mengetahui RM42 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadinya didakwa hanya satu drama.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram dalam hujahnya menegaskan Najib tidak pernah membuat laporan polis atau menyaman pihak bank berkaitan transaksi diragui.

Ikuti pautan berikut untuk BERITA PENUH.

Peguambela beri hujah Najib bertindak demi kepentingan negara

Tue Oct 22 2019

Hujah lisan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bermula hari ini dengan pasukan pembelaan memulakan hujah lisan

Peguam Farhan Read memulakan hujah lisannya pada hari pertama sesi hujah lisan kes tersebut berlangsung di Mahkamah Tinggi.

Dalam hujahnya, Farhan menyentuh salah satu pertuduhan terhadap Najib, di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Ikuti pautan ini untuk BERITA PENUH.

RM42 juta dipindahkan daripada akaun anak syarikat SRC kepada akaun Najib - Saksi

Mon May 06 2019

Saksi ke-30, Norhayati Mohd Yunus dalam perbicaraan berhubung kes SRC International yang melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mengesahkan tiga pemindahan yang berlainan berjumlah RM42 juta daripada akaun bank anak syarikat SRC International iaitu Ihsan Perdana Sdn Bhd kepada dua akaun Najib.

Ikuti pautan ini untuk BERITA PENUH.

Shafee watak penting dalam perbicaraan

Fri Mar 15 2019
Shafee watak penting dalam perbicaraan

Najib mengaku tidak bersalah terima RM42 juta hasil aktiviti haram

Wed Aug 08 2018

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berdepan tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM42 juta hasil daripada aktiviti haram yang mana wang itu milik SRC International Sdn Bhd, dalam dua akaun miliknya.

Najib, 65 tahun, mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi di Mahkamah Sesyen di sini.

Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, Najib didakwa telah menerima wang masing-masing berjumlah RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta yang merupakan hasil daripada aktiviti haram, melalui Real Time Electronic Transfer of Funds and Securities (RENTAS) dalam dua akaun AmIslamic Bank Berhad miliknya.

Ikuti pautan berikut untuk BERITA PENUH.

Pertuduhan pecah amanah dan rasuah RM42 juta, Najib mengaku tidak bersalah

Wed Jul 04 2018

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM42 juta secara keseluruhan.

Najib membuat pengakuan itu selepas empat pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Sofian Abd Razak.

Tommy menawarkan jaminan sebanyak RM1 juta bagi setiap pertuduhan yang dikenakan ke atas Najib dengan dua orang penjamin warga tempatan.

Namun, pasukan pembelaan yang diketuai Tan Sri Shafee Abdullah membantah jumlah itu kerana menyifatkannya terlalu tinggi.

Ikuti pautan ini untuk BERITA PENUH.

#SRC International Sdn Bhd#Najib Razak#pecah amanah#salah guna kuasa#Muhammad Shafee Abdullah#1MDB
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.