UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

LAPOR LANGSUNG: Pengebumian Tan Sri Adenan Satem

Jenazah Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia pada Rabu dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang.

Astro Awani
Adenan, 72, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.20 petang Rabu di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, Kuching berikutan komplikasi jantung.

Jenazah selamat dikebumikan

Thu Jan 12 2017

Allahyarham Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem selamat dikebumikan.

Keranda jenazah Allahyarham yang ditutupi bendera negeri dan diusung oleh pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia tiba di tanah perkuburan itu pada 2.05 petang.

Bendera Kerajaan Negeri Sarawak kemudiannya diserahkan kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud sebelum diserahkan pula kepada balu Allahyarham, Puan Sri Jamilah Anu.

BACA LAPORAN PENUH

Jasa Allahyarham akan sentiasa dikenang

Thu Jan 12 2017
Jasa Allahyarham akan sentiasa dikenang

Jenazah tiba di tanah perkuburan

Thu Jan 12 2017

Jenazah Tan Sri Adenan Satem tiba di Tanah Perkuburan Samariang, Kuching

PM Najib tiba di tanah perkuburan

Thu Jan 12 2017

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Sultan Hassanal Bolkiah berada di Tanah Perkuburan Samariang, Kuching.

Van jenazah meninggalkan masjid

Thu Jan 12 2017

Van jenazah bergerak dari Masjid Jamek Sarawak, Petra Jaya selepas selesai solat sunat jenazah yang diimamkan Pemangku Imam Besar Negeri Sarawak Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Sultan Brunei, PM Najib tiba di Masjid Jamek

Thu Jan 12 2017

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Masjid Jamek Sarawak, Petra Jaya untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Taib Mahmud hadir di masjid

Thu Jan 12 2017

Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud berada di Masjid Jamek Sarawak

Penghormatan terakhir kepada Allahyarham

Thu Jan 12 2017
Penghormatan terakhir kepada Allahyarham

Jenazah Adenan Satem diberi penghormatan terakhir

Thu Jan 12 2017

Jenazah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem telah tiba di Masjid Jamek Sarawak di Petra Jaya, di sini.

Van yang membawa jenazah tiba di masjid itu pada 10.55 pagi ini.

BACA LAPORAN PENUH


Jenazah dibawa memasuki masjid

Thu Jan 12 2017
Jenazah dibawa memasuki masjid

Jenazah tiba di masjid

Thu Jan 12 2017

Jenazah Tan Sri Adenan Satem tiba di Masjid Jamek Sarawak

Ucapan takziah Presiden PERDASAMA

Thu Jan 12 2017

PERDASAMA mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan berharap mudah-mudahan roh Allahyarham sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

BACA LAPORAN PENUH

Jenazah Adenan Satem dibawa dari kediaman ke masjid

Thu Jan 12 2017

Jenazah Tan Sri Adenan Satem dibawa keluar dari kediamannya di Damai Jaya, Santubong oleh pasukan pengusung ke Masjid Jamek Sarawak, Petra Jaya pada 10.10 pagi

Orang ramai terus beri penghormatan terakhir di kediaman Ketua Menteri

Thu Jan 12 2017

Orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat terus hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem di kediamannya di Damai Jaya, Santubong, dekat sini.

Mereka hadir sejak awal pagi lagi.

BACA LAPORAN PENUH

Ucapan takziah Felda Global Ventures Holdings Berhad

Thu Jan 12 2017

Bagi pihak Kumpulan FGV, kami ingin mengucapkan takziah kepada keluarga beliau dan semoga diberikan kekuatan serta ketabahan untuk menghadapi ujian yang berat ini.

BACA LAPORAN PENUH

Ucapan takziah Kementerian Pendidikan

Thu Jan 12 2017

Kementerian Pendidikan Malaysia mendoakan agar roh Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan mereka yang bertakwa.

BACA LAPORAN PENUH

ATM dan PDRM turut terlibat dalam proses pengebumian

Thu Jan 12 2017

15 Pegawai Markas 1 Divisyen ATM & 12 Pegawai PDRM akan terlibat dalam proses pengebumian jenazah Allahyarham TS Adenan Satem @501Awani pic.twitter.com/hF1Id8beJt

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) January 12, 2017

Ucapan takziah Menteri Besar Selangor

Thu Jan 12 2017

Saya terkejut dan amat berdukacita dengan perkhabaran bahawa Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan bin Satem meninggal dunia, hari ini.

Sehubungan itu, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Tan Sri Adnan dan berdoa supaya mereka tabah dan bersabar dalam melalui ujian ini.

Pemergian Tan Sri Adenan disifatkan sebagai satu kehilangan yang amat besar, bukan sahaja kepada Sarawak tetapi kepada negara ini.

Pengorbanan dan jasa beliau sepanjang hayatnya akan selalu dikenang.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali


Perkembangan semasa upacara pengebumian Allahyarham Tan Sri Adenan Satem

Wed Jan 11 2017

Penghormatan terakhir Ketua Menteri Sarawak

Wed Jan 11 2017

Suasana pilu di kediaman Allahyarham Tan Sri Adenan Satem

Wed Jan 11 2017

Suasana pilu menyelubungi kediaman Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di Santubong @501Awani pic.twitter.com/P37MU2qQ4U

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) January 11, 2017

Negara hilang pemimpin berwibawa - PM

Wed Jan 11 2017

Negara kehilangan pemimpin berwibawa berikutan pemergian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata bagi rakyat Sarawak kehilangan tersebut amat dirasai berikutan Adenan seorang Ketua Menteri yang disayangi rakyat Sarawak.

BACA LAPORAN PENUH

Solat jenazah

Wed Jan 11 2017
Solat jenazah

Ucapan takziah, kesedihan banjiri media sosial

Wed Jan 11 2017

Garis masa media sosial ketika ini dibanjiri dengan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atas pemergian beliau pada tengah hari Rabu.

Antaranya, pemimpin politik termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Khairy Jamaluddin, dan pemimpin DAP Lim Kit Siang.

BACA LAPORAN PENUH

Jenazah Adenan Satem dikebumikan hari ini

Wed Jan 11 2017

Jenazah Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia petang Rabu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang, Kuching pada Khamis.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg berkata sebelum itu jenazah akan dibawa dari kediaman peribadinya di Santubong ke Masjid Jamek Sarawak, Petra Jaya pada pukul 10 pagi.

BACA LAPORAN PENUH

Adenan Satem kesayangan rakyat Sarawak

Wed Jan 11 2017

Di bawah pentadbirannya, Adenan banyak membawa perubahan terutama dalam meningkatkan taraf hidup rakyat di luar bandar, menghapuskan tol, pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dan penyerahan semula kuasa autonomi kepada Sarawak.

Bapa kepada lima orang anak ini mempunyai rekod yang cemerlang dalam politik apabila memenangi kesemua kerusi Negeri dan Parlimen yang pernah ditandinginya sejak 1979.

BACA LAPORAN PENUH

Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem meninggal dunia

Wed Jan 11 2017

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, 72, meninggal dunia pada Rabu, 16 hari sebelum hari lahirnya yang ke-73.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, kira-kira pukul 1.20 petang Rabu.

Ketua Menteri Sarawak itu meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi jantung.

BACA LAPORAN PENUH

#Adenan Satem#dikebumi#disemadi#Ketua Menteri Sarawak
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.