awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapor maklumat kanak-kanak didera atau berdepan hukuman

Bernama
Bernama
26/03/2018
04:56 MYT
Lapor maklumat kanak-kanak didera atau berdepan hukuman
PEGAWAI perubatan berdaftar, anggota keluarga dan pengasuh kanak-kanak tiga kumpulan yang perlu melaporkan kepada pihak berkuasa jika mempunyai maklumat mengenai penderaan kanak-kanak. - Gambar Hiasan
Tiga kumpulan individu yang mempunyai maklumat mengenai penderaan kanak-kanak diingatkan melaporkannya kepada pihak berkuasa atau berdepan hukuman penjara dan denda jika gagal berbuat demikian, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun.
Azizah berkata, kewajipan tersebut terkandung dalam Akta Kanak-Kanak 2001 melibatkan individu yang terdiri daripada pegawai perubatan berdaftar, anggota keluarga dan pengasuh kanak-kanak.
Katanya, mengikut pindaan akta itu, di bawah Seksyen 27, 28 dan 29 seseorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar, mana-mana anggota keluarga dan seseorang pengasuh kanak-kanak atas alasan-alasan yang munasabah bahawa kanak-kanak telah dicederakan dari segi fizikal atau emosi akibat teraniaya, terabai, terbuang atau terdedah, atau teraniaya dari segi seks, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu pihak berkaitan.
"Jika mereka ini gagal melaporkan, maka boleh diambil tindakan apabila disabitkan boleh dihukum penjara atau denda (didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya)," katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baharu) yang mahu tahu saluran yang boleh digunakan kepada individu seperti guru, doktor atau pengasuh untuk melaporkan kes-kes penderaan kanak-kanak kepada pihak berkuasa.
Azizah berkata, orang awam yang mengetahui mengenai insiden penderaan kanak-kanak juga diminta menunaikan tanggungjawab sosial mereka melaporkan sebarang penderaan kanak-kanak sama ada melalui talian NUR, Jabatan Kebajikan Masyarakat atau pihak polis walaupun mereka tidak diwajibkan berbuat demikian.
Menjawab soalan asal Abd Aziz mengenai jumlah kes penderaan kanak-kanak dan rogol bawah umur, Azizah berkata dari tahun 2015 hingga 2017 sebanyak 1,107 kes penderaan kanak-kanak.
Katanya, ia menunjukkan peningkatan kes iaitu sebanyak 329 pada 2015, 349 pada tahun 2016 dan 429 kes tahun lalu yang direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bagi kes rogol bawah umur, sebanyak 7,379 kes yang direkodkan PDRM bagi tempoh sama yang menunjukkan penurunan kes iaitu sebanyak 2,704 kes pada tahun 2015, pada 2016 (2,453 kes) dan 2,222 kes pada tahun lalu.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Kanak-kanak 2001
#Datuk Azizah Mohd Dun
#Kanak-Kanak Dera
#keluarga
#Pegawai perubatan berdaftar
#pengasuh
#Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan