Laporan akhir terhadap pengauditan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin berkata perkara itu dimaklumkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang semasa membentangkan laporan akhir itu di Parlimen hari ini.
"Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia akur serta memahami keperluan dan tindakan yang diambil Jabatan Audit Negara bagi mengklasifikasikan Laporan Akhir Ketua Audit Negara Terhadap Pengauditan 1MDB sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Ketua Audit Negara mempunyai kuasa perundangan untuk berbuat demikian bagi menjaga kredibiliti dan integriti jabatan itu," katanya dalam satu kenyataan.
Keputusan Jabatan Audit Negara ini, katanya dilakukan berikutan ada maklumat dalam Laporan Interim Terhadap Pengauditan 1MDB yang dibentangkan kepada PAC pada Julai lalu, dibocorkan pihak tidak bertanggungjawab secara berpilih bagi mencetuskan laporan negatif sehingga menjejaskan kredibiliti Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa.
"Sebagai sebuah jawatankuasa ditubuhkan di bawah Parlimen Malaysia, adalah menjadi keperluan untuk wujudnya pematuhan dan akauntabiliti serta menghormati peruntukan undang-undang yang turut digubal institusi yang sama," kata beliau.
Sehubungan itu, PAC akan meneliti laporan akhir ini berserta dengan 10 prosiding terdahulu yang diadakan bagi melengkapkan Laporan PAC berhubung Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1MDB sebelum dibentangkan ke Dewan Rakyat.
"Rakyat tidak perlu bimbang dan harus yakin dengan syor serta rumusan laporan PAC berhubung Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1MDB yang dibentangkan ke Dewan Rakyat nanti kerana ia dibuat oleh ahli-ahli PAC terdiri daripada parti Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.
Tambahnya, selepas laporan PAC berhubung Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1MDB itu dibentangkan ke Dewan Rakyat, terpulang kepada Ketua Audit Negara membuat keputusan sama ada perlu untuk membatalkan arahan dokumen rahsia rasmi ke atas Laporan Ketua Audit Negara Terhadap Pengauditan 1MDB.
"PAC berharap Laporan berhubung Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1MDB ini akan dapat dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat kali ini," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Fri Mar 04 2016
Laporan akhir terhadap pengauditan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA). -Gambar fail
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.