awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kulim Smart Care jadi platform pintar salur aduan
Naik taraf stadium hoki perkukuh prestasi atlet, pembangunan sukan Negeri Sembilan - Exco
Pembangunan kawasan PRTU: PPSB komited terhadap ketelusan, keselamatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan Audit Negara: Pengurusan PKK Kementerian Pelajaran kurang memuaskan

Arfa Yunus
Arfa Yunus
01/10/2013
23:22 MYT
Laporan Audit Negara: Pengurusan PKK Kementerian Pelajaran kurang memuaskan
Pengurusan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) di institusi pendidikan oleh Kementerian Pelajaran adalah kurang memuaskan, menurut laporan Ketua Audit Negara 2012.
Walaupun kementerian tersebut hanya membelanjakan RM2.052 bilion daripada RM3.689 bilion yang diperuntukkan, hasil audit mendapati pengurusan kontrak tidak teratur di tiga buah negeri.
Kementerian Pelajaran telah mendapatkan perkhidmatan kawalan keselamatan syarikat swasta bagi melaksanakan PKK tanpa senjata api di 35 premis institusi pendidikan.
Ini bagi membekalkan keselamatan yang mencukupi, mewujudkan persekitaran sekolah yang tenteram serta mendapatkan suasana pembelajaran yang kondusif.
Namun, dari Jun 2012 hingga September 2012 sembilan buah syarikat telah lewat menyerahkan Bon Pelaksanaan (BP) dan kontrak telah ditandatangani walaupun BP masih belum diterima.
Sementara itu sebanyak 74 peratus sekolah yang melibatkan 18 buah syarikat gagal mengemukakan maklumat pengawal kepada pihak Audit.
Laporan mendapati tujuh peratus pengawal melebihi had umur yang dibenarkan, enam peratus tidak mengemukakan laporan kesihatan dan 59 peratus tidak mengemukakan pengesahan mereka bebas daripada rekod jenayah.
Dalam laporannya, pihak Audit meminta agar pihak kementerian bertindak tegas dalam menguatkuasakan syarat-syarat kontrak bagi meningkatkan keselamatan warga sekolah.
Sehubungan itu, kementerian telah pun mengeluarkan surat peringatan bertarikh 20 Mac 2013 kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan sekolah yang terlibat agar mengeluarkan surat amaran serta mengambil tindakan pemotongan bayaran kepada syarikat.
Topic Berkaitan
#kemeterian pelajaran
#laporan audit
#pengurusan kontrak
#PKK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan