Ahli Parlimen Jelebu Datuk Jalaluddin Alias hari ini menafikan laporan berita yang mendakwa beliau sedang tenat.
Jalaluddin yang juga Pengerusi UDA Holdings Bhd (UDA) berkata laporan berita sebuah akhbar berbahasa Tamil itu tidak benar, tidak berasas dan mempertikaikan kesahihan berita yang langsung tidak dirujuk kepadanya terlebih dahulu.
"Saya sekarang berada di Jelebu, pagi tadi saya berada di Kuala Lumpur dan selesai bermain golf tengah hari tadi, saya terima banyak panggilan telefon dan WhatsApp daripada kawan-kawan bertanyakan tentang keadaan saya dan saya kata saya okey, sihat, alhamdulillah.
"Dalam masa sama ada juga yang kongsikan berita daripada akhbar tersebut yang melaporkan saya kini sedang tenat...jadi apa yang dilaporkan akhbar tersebut memang tidak betul," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Mengulas lanjut, Jalaluddin yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata sebagai seorang wartawan adalah menjadi tanggungjawab untuk melaporkan berita yang sahih termasuk mendapatkan pengesahan daripada sumber sesuatu berita yang ingin disiarkan.
Tambahnya, beliau akan mendapatkan penjelasan daripada syarikat akhbar berkenaan berhubung perkara itu.
Dalam siaran berita tersebut, Jalaluddin turut dilaporkan telah dikejarkan ke hospital dari rumahnya di Kuala Klawang ke Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 31 2020
Jalaluddin yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata sebagai seorang wartawan adalah menjadi tanggungjawab untuk melaporkan berita yang sahih. - Gambar fail/BERNAMA
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Mohd Rafi Ketua UMNO Labuan baharu
Mohd Rafi, 45, turut mengisytiharkan bertanding bagi merebut jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO bagi penggal 2023-2026.
Zambry tawar diri bertanding Naib Presiden UMNO
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Zambry Abdul Kadir hari ini mengumumkan beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti itu bagi penggal 2023-2026.
Tengku Zafrul dilantik Ahli MKT UMNO
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Raja, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu pada Khamis.
Ahli MKT UMNO tak puas hati Zahid tangguh mesyuarat
Mesyuarat tersebut penting untuk mereka menyuarakan pandangan, kritikan dan cadangan dalam menentukan hala tuju parti.
Lokman Adam didakwa sebar berita tidak benar mengenai vaksin, virus COVID-19
Datuk Lokman Noor Adam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu menyebarkan berita palsu melalui rakaman audio visual mengenai vaksin dan virus COVID-19.
Tajuddin hadir mesyuarat PRU15, rancang mohon maaf secara terbuka
Tajuddin mengakui kesilapannya dalam sidang media tempoh hari dan merancang untuk memohon maaf secara terbuka, kata sumber keluarganya.
Kain rentang desak Presiden UMNO berundur bukan perbuatan 'orang dalam' - Jalaluddin Alias
Kain rentang berkenaan dikesan dipasang di tiga lokasi berasingan dengan menggunakan logo serta nama UMNO bahagian.
Kerajaan PN bangunkan negara demi rakyat, bukan untuk kroni - Abdul Rahman
Abdul Rahman Mohamad berpandangan kerajaan Perikatan Nasional semasa melakukan sehabis baik demi rakyat.
Laporan berita saya tenat tidak benar - Ahli Parlimen Jelebu
Ahli Parlimen Jelebu Datuk Jalaluddin Alias hari ini menafikan laporan berita yang mendakwa beliau sedang tenat.