awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes tembakan: Polis Selangor giat lakukan operasi bersama JSJ Bukit Aman
Penentuan sempadan Malaysia-Indonesia bukan bersandarkan prinsip pampasan, untung rugi - PM Anwar
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan PAC buktikan tiada salah laku jenayah dalam 1MDB seperti didakwa - Azalina

Astro Awani
Astro Awani
07/04/2016
11:17 MYT
Laporan PAC buktikan tiada salah laku jenayah dalam 1MDB seperti didakwa - Azalina
AZALINA: Terbukti segala tuduhan dan tohmahan terhadap Perdana Menteri selama ini tidak berasas. - Gambar fail
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman menyifatkan berdasarkan kepada hasil siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) membuktikan tiada salah laku jenayah dalam syarikat strategik kerajaan 1Malaysia Development Berhad 1MDB sebagaimana yang didakwa oleh pembangkang.
Laporan itu katanya, mengesahkan bahawa tiada penyelewengan kewangan atau wang yang hilang sebagaimana yang didakwa sebelum ini.
Beliau dalam satu kenyataan memberitahu, siasatan PAC yang disertai wakil kerajaan dan pembangkang itu adalah telus.
PAC turut mengambil keterangan daripada saksi berkaitan dan menggunakan dokumen sokongan yang sah.
"Laporan PAC itu mengesahkan Perdana Menteri bukan sahaja tidak melakukan sebarang kesalahan, malah tidak menyumbang kepada kesalahan jenayah.
"Terbukti segala tuduhan dan tohmahan terhadap Perdana Menteri selama ini tidak berasas dan hanya bermotifkan politik semata-mata yang berniat untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak secara tidak demokratik," kata kenyataan itu lagi.
Hasil siasatan PAC ke atas 1MDB hari ini antara lain mendapati struktur pembiayaan modal dan prestasi kewangan syarikat strategik itu 'kurang memuaskan'.
Dalam laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat, ia antara lain mencadangkan agar siasatan turut dilakukan ke atas bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Arul Kanda
#Azalina Said
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#PAC
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan