awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan PAC mengenai 1MDB dibuat sebulat suara - Pengerusi PAC

Bernama
Bernama
10/04/2016
14:31 MYT
Laporan PAC mengenai 1MDB dibuat sebulat suara - Pengerusi PAC
HASAN: Laporan PAC berkaitan 1MDB dibuat secara sebulat suara oleh kesemua 14 anggota PAC termasuk Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua. - Gambar fail
Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibuat secara sebulat suara oleh kesemua 14 anggota PAC termasuk Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.
Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata jika konsensus jawatankuasa itu memerlukan penilaian terhadap sesuatu dokumen atau mendapatkan kenyataan saksi, beliau sebagai pengerusi akan memastikan ia dilaksanakan.
"Pada peringkat itu, jika terdapat mana-mana anggota jawatankuasa merasakan keperluan untuk memperoleh maklumat lebih terperinci, mereka akan mengutarakannya pada prosiding yang dijalankan di mana objektif utama adalah untuk menyediakan analisis terperinci mengenai transaksi 1MDB untuk dibentangkan kepada Parlimen," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata sepanjang prosiding PAC, jawatankuasa itu perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam Peraturan Mesyuarat bagi memastikan siasatan dijalankan secara bebas dan tidak berpihak.
"Kesemua anggota PAC secara konsensus telah menyatakan persetujuan dengan jelas tanpa sebarang paksaan dan keraguan serta dicatatkan melalui minit mengenai prosiding laporan yang disediakan dan hasil siasatannya," jelas Hasan.
Sebelum ini, Pua dilaporkan berkata beliau hanya 80 peratus berpuas hati dengan laporan jawatankuasa itu mengenai 1MDB.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu juga berkata siasatan PAC terhadap 1MDB menjadi sukar selepas pertukaran pengerusi jawatankuasa berkenaan.
PAC, yang dianggotai Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, mengeluarkan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB setebal 106 muka surat itu pada Khamis.
PAC antara lain mengesyorkan pihak berkuasa supaya menyiasat bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak berkaitan dengan pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Hasan Arifin
#laporan
#PAC
#Tony Pua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan