Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Laporan penuh insiden lif PPR Kerinchi terhempas dalam jangka masa terdekat

Laporan penuh insiden lif PPR Kerinchi terhempas dalam jangka masa terdekat
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta pihak yang terlibat sedang menjalankan siasatan lanjut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjangkakan laporan penuh insiden lif sebuah pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi, Pantai, di ibu negara yang terhempas dari tingkat lima bangunan pada Jumaat akan diketahui dalam masa terdekat.

Timbalan menterinya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta pihak yang terlibat sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.

Menurutnya penyelenggaraan yang lebih teliti juga perlu dilakukan bagi menggelakkan insiden itu terus berulang.

“Kita harap insiden ini jadi satu pengajaran. Kita tidak boleh mengharap dari segi pemantauan berkala, kita  perlu feedback yang lebih kerap lebih terkini untuk mengetahui masalah.
“Sudah tentu kita akan mengambil tindakan terperinci untuk memastikan penyelenggaraan ini dilakukan dengan lebih teliti  supaya tidak berulang peristiwa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.



Tambahnya komuniti tempatan juga harus bertanggungjawab untuk menjaga lif tersebut.

Pada Jumaat, seramai lapan mangsa mengalami kecederaan selepas lif pangsapuri terbabit terhempas dari tingkat lima bangunan itu.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.36 petang, pada Jumaat sebelum bergegas ke tempat kejadian bagi menghulurkan bantuan.



Tag: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, KPKT, Timbalan Menteri KPKT, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, DBKL, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, lif terhempas, Lif PPR Kampung Kerinchi, Pusat Gerakan Operasi, bomba, Kuala Lumpur



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.