awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan polis terhadap Dr Mahathir berhubung dakwaan Agong dikenakan 'tahanan rumah'

Bernama
Bernama
23/05/2016
13:10 MYT
Laporan polis terhadap Dr Mahathir berhubung dakwaan Agong dikenakan 'tahanan rumah'
Tunku Abdul Aziz menyelar Dr Mahathir berhubung cubaannya melibatkan raja berperlembagaan dalam politik, serta politik partisan untuk kepentingannya. - fotoBERNAMA
Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaannya bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu telah dikenakan tahanan rumah.
Beliau berkata dakwaan bekas perdana menteri itu adalah "palsu dan jahat".
Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu mengambil perhatian bahawa beberapa portal berita telah melaporkan tentang perkara itu.
Katanya, Dr Mahathir mendakwa tahanan rumah itu bertujuan menghalang Yang di-Pertuan Agong daripada menerima tandatangan 1.4 juta rakyat yang beliau (Dr Mahathir) dakwa telah dikumpulkan.
"Dengan menuduh kerajaan mengenakan tahanan rumah ke atas Seri Paduka, Tun Mahathir bersikap keterlaluan, melampaui batas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.
Beliau turut menyelar Dr Mahathir berhubung cubaannya melibatkan raja berperlembagaan dalam politik, serta politik partisan untuk kepentingannya.
Tunku Abdul Aziz berkata tindakan Dr Mahathir itu telah menimbulkan kekeliruan dan boleh menjejaskan ketenteraman dan keselamatan awam, dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap bekas perdana menteri itu.
Topic Berkaitan
#laporan polis
#Mahathir Mohamad
#tahanan rumah
#Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan