awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan tanah runtuh Bukit Kukus siap minggu depan

Diyana Ibrahim
Diyana Ibrahim
22/10/2018
07:40 MYT
Laporan tanah runtuh Bukit Kukus siap minggu depan
Zuraida berkata kementeriannya masih menunggu siasatan laporan lengkap untuk melihat sama ada berlaku sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) atau sebaliknya. - Gambar fail
Laporan siasatan berhubung bencana tanah runtuh di projek Jalan Berkembar Bukit Kukus, Pulau Pinang dijangka siap minggu depan kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
Beliau berkata kementeriannya masih menunggu siasatan laporan lengkap untuk melihat sama ada berlaku sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) atau sebaliknya.
"Saya akan menerima laporan siasatan minggu depan. Kita akan lihat sama ada ia melanggar SOP atau tidak.
"Siasatan ini akan menjurus mengenai pematuhan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 yang dipinda baru-baru ini," katanya kepada media di lobi Parlimen, di sini hari.
Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada berlaku pelanggaran SOP dalam tragedi di Bukit Kukus yang mengorbankan lapan nyawa setakat ini.
Jumaat lalu, berlaku tanah runtuh di Bukit Kukus yang menyebabkan enam hingga 10 kontena didiami pekerja binaan tertembus dalam runtuhan tanah.
Topic Berkaitan
#bukit kukus
#menteri
#Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
#operasi
#pulau pinang
#siasatan
#SOP
#tanah runtuh
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan