awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan WSJ: 'Kalau sahih, kenapa tak dedahkan sumber?' - Rahman Dahlan

Astro Awani
Astro Awani
03/07/2015
08:59 MYT
Laporan WSJ: 'Kalau sahih, kenapa tak dedahkan sumber?' - Rahman Dahlan
ABDUL RAHMAN: Jika mereka benar-benar serius tentang kesahihannya, laporan tersebut perlu menamakan sumbernya.
Laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa sejumlah RM700 juta dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah ditempelak oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan melalui akaun Twitternya.
"Dengan memetik ‘penyiasat yang tidak bernama’ sebagai asas laporan yang sangat berunsur fitnah, AWSJ telah tenggelam ke dalam kewartawanan longkang sama seperti Sarawak Report.
"Berharap AWSJ tidak menggunakan dokumen yang diubah suai dalam laporan mereka kerana itu pastinya menjadikan hari yang menyedihkan dalam dunia kewartawanan.
"Saya terkejut dengan dakwaan tersebut. Jika mereka benar-benar serius tentang kesahihannya, laporan tersebut perlu menamakan sumbernya," ujar beliau dalam Twitternya.
I am shocked by AWSJ's wanton allegation. If they were dead serious about the authenticity, the reports should have named the sources.
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) July 3, 2015
Quoting "unnamed investigator" as a basis of a very defamatory report, AWSJ has sunk to the level of gutter journalism of Sarawak Report.
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) July 3, 2015
I sure hope AWSJ was not using malicious and tampered documents in their report. That would be a sad day for journalism.
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) July 3, 2015
Sementara itu, Abdul Rahman juga menerima tuit seorang pengguna dengan akaun @CaptRahmat, yang mengatakan bahawa sumber WSJ tidak lain tidak bukan adalah dari Sarawak Report.
@mpkotabelud RM500 I say the AWSJ source is the Sarawak Report
— Capt Rahmat (@CaptRahmat) July 3, 2015
Secara berseloroh dan seolah-olah bertaruh, Rahman segera membalasnya dengan mengatakan bahawa dia bersetuju dengan tuit tersebut.
I'll see your RM500, and raise you RM1,000! https://t.co/Bu87o1Kuuh
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) July 3, 2015
Terdahulu, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini menafikan pernah menyalurkan dana ke akaun milik Najib.
"Merujuk kepada laporan media yang diterbitkan awal hari ini, 1MDB ingin memperjelaskan bahawa syarikat ini tidak pernah menyalurkan dana kepada perdana menteri," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan Wall Street Journal dan Sarawak Report hari ini mendakwa, siasatan ke atas syarikat itu mendapati berbilion ringgit telah disalurkan ke dalam beberapa akaun peribadi Najib.
Menurut 1MDB, laporan yang dikeluarkan beberapa agensi media dan blog seperti Sarawak Report adalah tidak benar dan merupakan tuduhan liar terhadap syarikat serta kerajaan.
BACA: 1MDB nafi pernah salur dana ke akaun milik Najib
Topic Berkaitan
#1MDB
#Najib Razak
#Rahman Dahlan
#Sarawak Report
#Wall Street Journal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan