Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) hari ini mempersoalkan kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan pada Selasa, yang melarang guru membawa telefon ke bilik darjah.
Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock berkata, larangan tersebut dilihat tidak seiring dengan pengagihan telefon bimbit YES di kalangan guru.
"Profesion pendidikan kini ke arah Pendidikan Abad ke-21, yang mana kebanyakan alat bantu mengajar di pasaran menjurus ke arah kegunaan telefon bimbit.
"Malah, pihak Kementerian Pendidikan sendiri mengagihkan telefon bimbit YES kepada semua guru di negara ini, bertujuan mempertingkatkan kaedah pengajaran guru serta pembelajaran murid," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas Tan lagi, NUTP turut dimaklumkan bahawa 10,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara akan dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan akses kepada penyelesaian pembelajaran bersepadu.
Katanya, semua guru dapat berkongsi bahan pembelajaran dan pengajaran berkualiti sekali gus boleh digunakan di mana sahaja untuk capaian peningkatan murid.
"Oleh itu, NUTP ingin memohon penjelasan berkaitan dengan kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan..
"Bagaimana dengan pengagihan telefon bimbit YES tersebut? Adakah perlu dihentikan juga?" soalnya.
Semalam, Kamalanathan dilaporkan berkata, guru tidak dibenarkan membawa dan menggunakan telefon bimbit di dalam bilik darjah namun boleh membawanya ke sekolah dan disimpan di pejabat atau bilik guru.
Jelasnya, perkara itu merupakan prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan kepada semua guru.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Feb 07 2018
Kementerian Pendidikan melarang guru membawa dan menggunakan telefon bimbit di dalam bilik darjah namun boleh membawanya ke sekolah dan disimpan di pejabat atau bilik guru. - Gambar hiasan
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Larang bawa telefon ke kelas, kenapa beri telefon bimbit YES, soal NUTP
Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock berkata, larangan tersebut dilihat tidak seiring dengan pengagihan telefon bimbit YES di kalangan guru.