awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Larangan merokok di restoran, memang sudah tiba masanya'

Hilal Azmi
Hilal Azmi
07/09/2018
04:22 MYT
'Larangan merokok di restoran, memang sudah tiba masanya'
SOFIAN: Cadangan ini merupakan tindakan yang tepat pada masanya - Foto Fail
Cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengisytiharkan semua restoran terbuka sebagai kawasan larangan merokok dilihat sebagai tepat pada masanya.
Perunding Keselamatan dan Kesihatan Awam, Mohd Sofian Osman menyifatkan ia selaras dengan rungutan sesetengah pengguna yang kurang selesa termasuk ketika berada bersama anak kecil di kedai makan.
"Ia pernah dicadangkan sejak 2015 lagi ketika kaji selidik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menunjukkan terdapat 5 juta rakyat Malaysia merupakan perokok dalam kalangan umur 15 tahun ke atas.
"Malah, data menunjukkan 35 peratus kematian di hospital-hospital awam adalah penyakit yang berkaitan dengan asap rokok seperti jangkitan paru-paru, kanser, jantung dan lain-lain.
"Cadangan ini tepat pada masanya selepas ramai yang menganggap hak mereka untuk menikmati udara bersih dicemari oleh perokok," katanya ketika ditemubual dalam rancangan Bualan di Astro Awani pada Jumaat.
Jelasnya, KKM boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi menjalankan penguatkuasaan yang lebih drastik memandangkan kuasa penuh telah diberi melalui Peraturan-Peraturan Kawalan hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 324).
Di media sosial, ramai mahu kerajaan serius dalam memastikan penguatkuasaan dijalankan dengan teliti agar perokok dikenakan tindakan sewajarnya sekiranya melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Penguatkuasaan penting selepas mengisytiharkan kawasan larangan merokok. Boleh berbincang dengan pengusaha kedai makan terutama kedai yg menjadi tumpuan orang ramai spt kedai mamak dan kedai tomyam. Kerjasama antara pihak kerajaan dan pihak pengusaha peting utk diimplementasikan
— Dr. Wan Fahmi (@wanfahmi) September 6, 2018
Kerajaan kena buka social media platform untuk orang awam report mana2 perokok yg tidak mematuhi peraturan baru ni. Tbh, our policy is good, but its very poor on implementation,jd biar rakyat buat kerja, in fact,org kita ni cukup dah dengan dapat malu,kadang2 saman tak lut jugak
— Amirul Anwar (@ameeranzan) September 6, 2018
1. Tiada jualan rokok di restoran terbuka. 2. Orang awam boleh buat report terus kepada penguatkuasa untuk diambil tindakan. 3. Tindakan juga perlu diambil kepada pihak restoran krn membenarkan pelanggan merokok dalam premis.
— Mok (@aidalogy) September 6, 2018
Sebelum ini cadangan dikemukakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye yang mahu semua restoran terbuka diisytihar sebagai kawasan larangan merokok bermula Disember ini.
Mulai Dis ini, semua restoran terbuka diisytihar kawasan larangan merokok. Kerajaan mahu melindungi org awam drpd bahaya asap rokok. Cadangan masih di peringkat perbincangan semua pihak sblm dilaksanakan. - Tim Menteri Kesihatan @leeboonchye
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) September 6, 2018
Topic Berkaitan
#2015
#anak
#Astro
#Astro Awani
#Bersih
#Kementerian Kesihatan
#kerajaan
#keselamatan
#kesihatan
#KKM
#Malaysia
#Media
#media sosial
#menteri
#rakyat
#rakyat Malaysia
#saman
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan