Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak JPBNS melarang 'Ngabang' Gawai atau berkunjung rumah ke rumah tidak bertentangan etika ritual Iban.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata langkah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkenaan wajar dan penting bagi memutuskan rantaian COVID-19.

“PKPB yang melarang kunjungan semasa Gawai tidak bertentangan dengan etika ritual Iban.

"Ianya hanya mengurangkan sedikit kemeriahan aktiviti yang mengiringi perayaan keagamaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Masing pada masa sama meminta masyarakat iban yang berhasrat amalkan upacara 'miring' untuk melakukannya itu di bilik masing-masing.

"Upacara seperti 'miring' adalah ritual yang sangat individualistik di mana setiap keluarga diminta untuk berikan sesuatu kepada dewa sebagai pertukaran kepada pertolongan," ujarnya.