Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Larikan diri dan cuba langgar polis, dua das tembakan dilepaskan

Larikan diri dan cuba langgar polis, dua das tembakan dilepaskan
Anggota polis trafik terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kereta suspek di bahagian hadapan sebelah kanan dengan niat mempertahankan diri kerana diancam.
KUALA LUMPUR: Dua das tembakan terpaksa dilepaskan seorang anggota polis trafik selepas sebuah kereta yang dinaiki dua lelaki enggan memberhentikan kenderaan dan bertindak mahu melanggar anggota terbabit.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya, kejadian itu berlaku di Jalan Kampung Padang Balang pada Isnin lepas.
Beliau berkata, insiden itu berlaku pada pukul 4.30 petang ketika anggota trafik itu sedang bertugas di lampu isyarat Jalan Genting Klang susur Jalan Air Panas sebelum melihat sebuah kereta jenis Nissan Teana berwarna hitam melanggar lampu isyarat.

"Anggota trafik berkenaan cuba menahan namun dua lelaki yang menaiki kereta itu enggan memberhentikan kenderaan dan terus memecut laju ke arah Jalan Gombak.
"Anggota trafik itu kemudian mengekori kereta suspek dengan menaiki motosikal dan suspek cuba menghimpitnya serta melanggar beberapa buah kenderaan semasa melakui Jalan Gonbak menuju ke Kampung Padang Balang.

"Ketika itu, keadaan trafik agak sesak membuat anggota trafik itu memberhentikan motosikal di tepi jalan dan cuba mengejar serta mengarahkan suspek untuk memberhentikan kenderaan namun  suspek bertindak cuba melanggarnya," kata beliau dalam satu kenyataan pada Rabu.


Mengulas lanjut, Zulkifly berkata, anggota trafik itu terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kereta suspek di bahagian hadapan sebelah kanan dengan niat mempertahankan diri kerana diancam namun suspek tidak memberhentikan kenderaan dan terus memecut laju sehingga memasuki Lebuh Raya Duke.

"Seterusnya, kenderaan suspek telah terbabas dan tersangkut di penghadang jalan di tengah Lebuh Raya Duke, namun kedua suspek telah melarikan diri.

"Hasil pemeriksaan di dalam kereta terbabit telah menemui sepaket lutsinar dipercayai dadah jenis syabu dan mendapati kereta terbabit milik seorang wanita di Senai, Johor," jelasnya.

Sehubungan itu, polis sedang giat mengesan kedua suspek dan kes disiasat di bawah seksyen 186 Kanun Keseksaan.








Tag: dua das tembakan, anggota polis trafik, dua lelaki, melanggar lampu isyarat, Jalan Kampung Padang Balang, Jalan Genting Klang, Jalan Air Panas, Jalan Gombak, Lebuh Raya Duke



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.