Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengalu-alukan pelantikan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyifatkan peguam itu layak dan sesuai untuk menggalas tanggungjawab baharu itu.
Katanya, beliau telah mengenali Latheefa kerana masing-masing menjadi pengamal guaman dan berharap bekas Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty itu diberi masa untuk melakukan yang terbaik dalam tugas baharu itu.
"Saya tidak terkejut dengan pelantikannya... beliau pasti seorang yang berkebolehan, berpengalaman dan mempunyai pemahanan dan pegangan mengenai perundangan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Kompleks Seri Perdana di sini, hari ini.
Gobind berkata, terdapat banyak percubaan dan usaha untuk 'membersihkan' negara yang menjadi tumpuan kerajaan Pakatan Harapan dalam tahun pertama pentadbirannya.
"Ia adalah satu tanggungjawab besar tetapi sekali lagi beliau adalah seorang yang mempunyai pengalaman dan kelayakan untuk tugas baharu itu," katanya.
Mengenai dakwaan Latheefa tidak memiliki pengalaman yang mencukupi dalam menerajui agensi penguatkuasaan itu, Gobind berkata, beliau sendiri tidak mempunyai pengalaman sebagai menteri dan percaya perlu ada titik permulaan.
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Datuk seri Mohamed Azmin Ali percaya pelantikan Latheefa adalah berdasarkan merit dan bukannya ideologi politik.
"Saya pasti pelantikan itu berdasarkan merit kerana beliau telah menceburi bidang undang-undang untuk sekian lama. Tetapi saya pasti pelantikan itu dibuat berdasarkan merit itu dan tidak semestinya bukan berdasarkan ideologi," katanya yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Mohamed Azmin juga berkata, Latheefa, selaku Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, sudah lama tidak aktif dalam parti kerana beliau terlalu sibuk dengan kerja-kerja guaman di mahkamah.
"Jadi saya fikir kita perlu beri beliau peluang untuk berkhidmat dengan badan itu (SPRM)," katanya sambil menambah beliau mengetahui pelantikan Latheefa melalui media.
Semalam, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 1 Jun lalu.
Latheefa menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang memohon memendekkan kontrak beliau lebih awal daripada yang sepatutnya pada 17 Mei 2020.- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 05 2019
Gobind yakin dengan kemampuan Latheefa Koya menerajui SPRM. - Gambar fail
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
193 syarikat dianugerahkan status Digital Malaysia dalam Q1 2024 - Gobind
Sebanyak 193 syarikat telah dianugerahkan Status Digital Malaysia oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) pada suku pertama 2024.
Transformasi digital perlu untuk pengembangan industri runcit - Gobind
Pendigitalan bukan lagi satu opsyen tetapi keperluan untuk pengembangan perniagaan runcit dalam dunia hari ini.
Calon PH PRK Kuala Kubu Baharu masih dalam perbincangan - Gobind
Gobind yang juga Pengerusi DAP Selangor berkata pihaknya menerima banyak cadangan nama sebagai calon PH dalam PRK itu dan senarai nama berkenaan sedang dipertimbangkan.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
Penubuhan JKSN di bawah RUU Keselamatan Siber perlu untuk tangani isu keselamatan
Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) di bawah Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024 adalah perlu.
RUU Keselamatan Siber dibentangkan bagi bacaan kali kedua
Sebanyak 7,192 insiden keselamatan siber dilaporkan kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) pada 2022.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Universiti terkemuka dunia Draper University akan buka kampus di Kuala Lumpur
Pembukaan kampus itu adalah dengan kerjasama di antara institusi berkenaan dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
Kebocoran data: Cadangan kerajaan boleh diambil tindakan perlu kajian mendalam - Gobind
Cadangan menjadikan kerajaan sebagai entiti yang boleh diambil tindakan di mahkamah sekiranya berlaku kebocoran maklumat peribadi memerlukan kajian impak perundangan secara mendalam.