Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Latheefa Koya perlu membuktikan beliau layak memegang jawatan tersebut, kata Presiden Transperancy International Malaysia (TI-M), Dr Mohamad Mohan.
Menurut Dr Mohamad, mutakhir ini rakyat sangat berpuas hati dengan prestasi SPRM dan itu merupakan cabaran kepada Latheefa.
Dr Mohamad juga menyifatkan pelantikan Latheefa sebagai satu era baharu kepada SPRM kerana buat pertama kali wanita dipilih mengetuai agensi tersebut.
"Biarpun Cik Latheefa tidak ada pengalaman dari segi penguatkuasaan, tetapi pelantikan beliau merupakan satu era baharu bagi SPRM.
"Bila Cik Latheefa ambil jawatan ini, penanda arasnya tinggi kerana rakyat sangat berpuas hati dengan SPRM mutakhir ini," katanya kepada Astro AWANI.
Mengulas lanjut, Dr Mohamad berkata Pakatan Harapan perlu memberi penjelasan kepada rakyat berhubung pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Menurut Dr Mohamad, pelantikan Latheefa sangat mengejutkan kerana Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen tidak mengetahui tentang perkara tersebut.
"Persepsi rakyat pasti akan ragu-ragu dan negatif sebab mereka selau dengar ketika kempen Pakatan Harapan tidak akan membuat lantikan politik.
"Pakatan Harapan perlu buat penjelasan kepada lantikan politik dibuat sekali lagi kerana sebelum ini mereka mendakwa kerajaan sebelum ini banyak membuat lantikan politik.
"Namun pihak kerajaan mempunyai alasan sendiri atas lantikan ini jadi kita perlu dengar kenyataan dari pemimpin kerajaan," katanya lagi.
Pada Selasa, kerajaan memaklumkan pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdul yang memilih untuk memendekkan perkhidmatan kontraknya.
Kontrak Mohd Shukri sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sepatutnya berakhir pada 17 Mei 2020.
Astro Awani
Tue Jun 04 2019
Dr Mohamad berkata, Pakatan Harapan perlu beri penjelasan kepada rakyat berhubung pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM. - Gambar fail
Faisal Halim mula berjalan, mahu balik - Shahril
Pemain Selangor FC, Faisal Halim, yang menjalani pembedahan ketiga petang semalam, terus menunjukkan reaksi positif.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH punyai sedikit kelebihan berbanding PN - Ilham Center
Dengan majoriti etnik Melayu tersudut kepada PN, dan majoriti etnik Cina di pihak PH, maka pengundi India boleh diletakkan sebagai penentu.
Pelayar warga Sweden ditemukan maut
Seorang pelayar warga Sweden ditemukan maut di kapal layar miliknya yang berlabuh berhampiran perairan Kampung Patau-Patau.
[TERKINI] Tan Sri Azam Baki dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM tempoh setahun
Agong perkenan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 12 Mei 2024.
Wanita mengaku salah menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.
Keputusan pengisytiharan gencatan senjata kini di tangan Israel - Hamas
Hamas menegaskan kuasa dan keputusan penuh kini berada di tangan Israel selepas rundingan gencatan senjata terbaharu di Kaherah, Mesir tidak mencapai sebarang persefahaman.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian dua minggu lagi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akses tersebut diberikan melalui perkomputeran awan dan dikoordinasikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Malaysia perlu bina ekosistem AI, rencana pendidikan - PM
Perdana Menteri berkata perlu wujud perancangan segera membabitkan sistem pendidikan negara bermula daripada pendidikan awal hingga ke institusi pengajian tinggi bagi membina ekosistem AI.
[TERKINI] Yang di-Pertua Dewan Negara meninggal dunia
Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) jam 11.46 pagi, sebentar tadi.
AWANI Ringkas: Pengerusi SPR pegang jawatan sehingga 66 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Latheefa Koya perlu buktikan beliau layak pegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM - Presiden TI-M
Dr Mohamad berkata, rakyat mutakhir ini sangat berpuashati dengan prestasi SPRM dan ia merupakan cabaran kepada Latheefa.