awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Latheefa sahkan hantar surat letak jawatan

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
06/03/2020
00:47 MYT
Latheefa sahkan hantar surat letak jawatan
Latheefa Koya mengesahkan telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin, 2 Mac, 2020. Foto SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya hari ini mengesahkan telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Surat itu dihantar pada Isnin, 2 Mac lalu dan tertakluk kepada perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Latheefa berkata tindakan itu merupakan keputusannya sendiri dan menafikan spekulasi yang beliau menerima tekanan untuk meletak jawatan. "Saya berhasrat untuk kembali sebagai peguam bela hak asasi manusia. "Semalam (Khamis) saya telah berjumpa dengan perdana menteri untuk menjelaskan dan berbincang berhubung keputusan ini dan beliau memahami kedudukan saya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat. Dalam pertemuan itu, katanya, beliau turut memaklumkan mengenai usaha SPRM membanteras gejala rasuah termasuk siasatan berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). "Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan baharu dalam memastikan kebajikan dan kepentingan terbaik untuk rakyat. Tambahnya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Azam Baki serta ketua-ketua jabatan SPRM telah diberi taklimat bagi memastikan penyerahan tugas berjalan lancar.
Topic Berkaitan
#Latheefa Koya
#Latheefa letak jawatan SPRM
#letak jawatan
#Muhyiddin Yassin
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan