Latihan ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst (RMAS), England menggilap dan menyerlahkan lagi keperibadian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai seorang pemimpin dan individu berdisiplin tinggi.
Walaupun berdarah raja, Sultan Abdullah sentiasa belajar mendisiplinkan diri dengan corak dan kehidupan seorang anggota tentera, khususnya daripada keterampilan diri dan akur dengan setiap arahan, kata bekas Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim.
Zulkiple, yang merupakan penuntut senior ketika Sultan Abdullah menjalani latihan di RMAS pada 1978-1979, berkata Paduka Baginda bukan sahaja terkenal dengan keperibadian seorang pemimpin, bahkan merupakan seorang individu yang prihatin kepada rakan-rakannya.
Mengimbas keperibadian Sultan Abdullah, Zulkiple berkata: "Ketika itu saya senior dan baginda pula junior yang lebih mesra dikenali ketika itu sebagai Tengku Mahkota atau TM. Walaupun berdarah raja, namun beliau merendah diri dan sentiasa ingat belajar mendisiplinkan diri dengan corak ketenteraan, termasuk daripada segi pakaian dan kebersihan kasut.
"Daripada sikap disiplin itu, lahirlah peribadi prihatin, peka dan ketegasan baginda. Walaupun ketika itu baru berusia 18 tahun, baginda sentiasa mengambil berat masalah rakan sekolej seperti daripada segi kewangan dan kesihatan. Di situlah bermulanya hubungan keakraban kami," katanya dalam satu temubual sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI pada 30 Julai ini.
BACA: Raja Permaisuri Agong cantik, bijak, cukup cekap memasak - YDP Agong
Zulkiple berkata Sultan Abdullah juga tidak pernah menggunakan status anak raja untuk bermegah atau memberi arahan tertentu, sebaliknya akan sentiasa menyesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran.
"Rakan sekeliling di kolej juga tidak mengambil kesempatan terhadap statusnya, malah sentiasa membantu baginda dalam memberi kata-kata semangat dan sokongan untuk menyiapkan pelbagai latihan yang diberi, tanpa mengharapkan sebarang bentuk balasan," katanya yang menjalani latihan sebagai pegawai kadet pada 1977-1978.
BACA: #AgongKita: 'I am a kampung boy' - YDP Agong
Mengimbau latihan di RMAS, sebuah akademi tentera diraja yang tertua dan dianggap antara akademi ketenteraan terbaik di dunia, Zulkiple berkata sikap prihatin yang lain adalah baginda sentiasa akan meminta pendapat dan nasihat dari senior atau rakan selatihan, sebelum memulakan latihan agar tidak tersilap langkah atau didenda komander bertugas.
Katanya keterampilan Sultan Abdullah semakin terserlah apabila dijadikan rujukan pegawai kadet lain dalam menguruskan diri dan berjaya dalam setiap latihan yang diberikan, sekali gus menyerlahkan sikap kepimpinan.
"Ketika itu, kami 10 rakyat Malaysia sahaja yang sama-sama berlatih dan rapat di antara satu sama lain, termasuk meluangkan masa di luar waktu latihan dan berhubung di tanah air, sekembalinya dari tamat latihan kira-kira setahun di sana.
"Menariknya, Seri Paduka Baginda tidak lupa akan kami dan kerap berhubung secara peribadi, diajak makan, berbuka puasa, menghadiri perkahwinan dengan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan lain-lain lagi," katanya.
BACA: #AgongKita: Saya lebih gemar menjadi 'strategist' - YDP Agong
Zulkiple berkata Sultan Abdullah juga mengambil berat dengan masalah kesihatan dialami rakannya, termasuk Arwah Kolonel Azman Mat Salleh, antara rakan sekolej Akademi Tentera Diraja, Sandhurst dulu sewaktu sakit, hingga ke saat-saat terakhir sebelum kematian.
"Sewaktu arwah Azman sakit, baginda sering bertanyakan khabar dan menziarah termasuk di hospital selain memberi penghormatan terakhir. Baginda tidak lupa akan masalah dihadapi rakan-rakannya," katanya.
BACA: Foto rasmi Agong sempena pertabalan dipersembahkan
Zulkiple, yang berkhidmat selama 42 tahun dalam Tentera Darat dan bersara wajib pada 2018 berkata, Sultan Abdullah mendapat pendidikan dan pembinaan karakter yang terbaik, dalam mempersiapkan dirinya menjadi pembesar negeri dan sebagai ketua utama negara.
"Saya percaya sikap keperibadian baginda yang prihatin bukan sahaja kepada rakan-rakan, malah kepada rakyat kerana baginda seorang yang jujur, menjadi dirinya sendiri baik di depan mahupun belakang rakyat, tidak berpura-pura dan boleh menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan. Itu kelebihan Sultan Abdullah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2019
Al-Sultan Abdullah sentiasa belajar mendisiplinkan diri dengan corak dan kehidupan seorang anggota tentera. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Niaga AWANI: Lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
'Saya tinggalkan satu mata dan satu telinga di Johor, jangan terkejut, saya tiba-tiba menjelma' - Agong
Sultan Ibrahim mengingatkan penduduk Johor bahawa Baginda akan senantiasa pulang ke Johor kerana itu adalah kampung Baginda.
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan.
#AgongKita: Sultan Ibrahim terima menghadap PM Anwar di Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara.
Anwar merafak sembah tahniah Sultan Ibrahim sebagai Agong ke-17
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Latihan ketenteraan bentuk jati diri, kewibawaan Sultan Ibrahim sebagai ketua utama negara
Latihan ketenteraan yang dijalani Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah membentuk jati diri dan kewibawaan tinggi dalam diri Seri Paduka Baginda.
Keberangkatan balik yang dinanti - MB Pahang
Penduduk Pahang sentiasa menghitung hari kepulangan Al-Sultan Abdullah ke bumi Tok Gajah kerana kasihnya Seri Paduka terhadap rakyat tidak dapat disembunyikan.
Yang di-Pertuan Agong sentiasa zahir ucapan terima kasih kepada juruterbang, anak kapal
Kapten Ahmad Najhan Mohd Jamil berkata Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga memiliki keperibadian sama.
Ribuan rakyat Pahang sambut keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah
Mereka yang datang dari serata daerah berkumpul di lokasi ditetapkan termasuk Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dibuka khusus kepada orang ramai.
#AgongKita: Demi penuhi hajat cucu, nenek gagahi datang rai kepulangan Al-Sultan Abdullah
#AgongKita: Demi penuhi hajat cucu, nenek gagahi datang rai kepulangan Al-Sultan Abdullah
PM Anwar menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Raja Permaisuri
Menerusi catatan di Facebook, Anwar turut mendoakan Seri Paduka berdua dan paduka-paduka anakanda serta seluruh kerabat diraja diberikan keafiatan.